Bab 37

404 6 0
                                    


LENA tidurnya terganggu apabila terasa kucupan melekap di hidung dan bibir. Perlahan-lahan kelopak mata diangkat.

"Baby..... I'm leaving to JB now."

"Hah? What time now?"

"Four a.m."

"Hurmmmm....." Ellise mengumam panjang. Sayang mahu lepaskan Ryan pergi. Bukan setakat satu malam sahaja Ryan bermalam di sini, tetapi sudah berlanjutan hingga ke malam kedua. Tapi... eh?

"Why so early and why JB?" 4.00 pagi?. Kenapa tiba-tiba sahaja? Sepatutnya Ryan pulang ke KL siang esok.

"I just received a bad news. Our new building collapsed. One of the worker died. Zaki is on the way to pick me."

"Must you? Huby...... please stay." Tubuh sasa Ryan dipeluk. Dingin pagi begitu mencengkam. Alangkah bagusnya kalau Ryan dapat memanaskan tubuhnya sekarang ini.

"I need to be there."

"Pleaseee........" Rengek Ellise semakin manja dan menggoda. Dada Ryan diusap dengan tapak tangan.

Ryan serba-salah. Antara tanggungjawab dan nafsu. Lebih-lebih lagi bila Ellise mula menggoda "Come... ikut I ke JB kalau you sayang nak lepas I. Later, we'll check in."

"No JB. Fill me..... now!" Ellise semakin berani sekarang. Tangan sudah mencari-cari di bawah sana.

Ryan pula, pantang tersentuh. Terus sahaja bertindakbalas. Apa lagi kalau Ellise sendiri yang halakan ke arah sasaran Setakat setengah jam, sempat agaknya kereta yang dipandu Zaki sampai di depan pagar rumah mertuanya.

Bibir Ryan dikuasai Ellise semahunya. Tewas juga akhirnya Ryan dengan godaan Ellise. Ellise yang dulu polos dan naif, sekarang sudah lebih dari kemaruk. Dan Ryan, bukan setakat rela. Lebih dari suka dengan permintaan Ellise yang terlebih hari ini.

%%%%%%%%%%

2 HARI berehat tanpa buat apa-apa, Ellise mula merasa bosan. Mahu ke restoran papa, mamanya melarang. Kata mama, dia bakal pengantin. Tak usah penatkan diri dengan kerja dan melayan kerenah pelanggan yang macam-macam. Bila tiba majlis perkahwinannya nanti, mama tak mahu wajah Ellise pucat dan tidak bermaya. Mama cukup arif dengan insomnia yang dihidapi Ellise sejak sekian lama. Tak cukup tidur, ditambah dengan kerja-kerja di restoran, sudah tentu Ellise tak akan punya tenaga lagi.

Tiada sesiapa di rumah. Mama keluar ke Seremban bersama Eileen. Berulang kali menukar siaran Astro, satu pun tidak menarik minat matanya untuk melekap ke kaca TV. Sudahnya, Ellise masuk ke bilik dan bersiap.

Legging hitam bersama t-shirt merah ditubuh, Ellise bersedia untuk keluar jogging. Petang ini, cuaca agak redup. Elok sungguh untuk dia keluarkan peluh barang sejam-dua. Siap menyarungkan kasut sukan, Ellise keluar dari rumah dan berjalan kaki sahaja ke taman rekreasi yang hanya terletak beberapa meter sahaja di belakang rumah keluarganya.

Sambil berlari menyusuri jogging track yang tersedia, fikiran Ellise berpusat pada Ryan. Tak sudah-sudah dia memikirkan Ryan. Ugut Ryan, jika dia mahu batalkan perkahwinan mereka, segala pelaburan atas francais restoran Nasi Ayam Hainan milik papa di KL akan ditarik balik. Papa boleh bangkrap serta-merta, termasuk restoran yang sedia ada di Senawang juga bakal lebur. Kejam sungguh Ryan! Rasa ingin dia menjerit sekuat hati meluahkan rasa kecewanya. Kenapa dia harus terjebak dengan lelaki ego dan arrogant itu?

Yang Ellise marah lagi, mengapa dia harus jatuh cinta berkali-kali pada lelaki yang telah membuatkan hidupnya kucar-kacir? Arghhh!!! Dunia sungguh tidak adil!

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now