Bab 30

420 7 0
                                    


INDRA sudah selesai makan. Bukan dia lapar sangat asalnya, tapi niat sebenar dia bawa Ellise keluar mahu menyuruh Ellise makan. Dia tahu Ellise tengah lapar. Ketika makan malam bersama Patti, Reena, Amma dan Appanya tadi, Ellise tidak turut serta. Dia faham sebab apa dan mengapa.

Dan sekarang, Indra menungkat dagu menunggu Ellise habiskan Tosei. Dicicah pula dengan Chutney, kuah yoghurt sedikit masam berwarna hijau. Ellise... kalau bab makan, memang nombor satu. Tak tahu bagaimana agaknya Ellise jaga badan yang tak juga gemuk-gemuk walau main belasah makan sesuka hati dia. Berbanding Christine tunangnya itu, makan pun ikut jumlah kalori. Very particular!

Sedar diri diperhatikan, Ellise panggung wajah. "Kenapa kau tengok aku macam tu? Nampak aku lahap sangat ke?"

Indra ketawa kecil. "Tadi sombong, konon-konon tak mahu keluar. Tau pun lapar!"

Ellise sudah selesai menyuap kepingan Roti Nan yang terakhir. Dia bangun ke sinki. Nikmatnya mencicah menggunakan jari. Tak perlu sudu dan garpu, tak perlu nak kontrol ayu. Lagilah makan di depan abang sepupu yang membesar bersama-sama di rumah Patti. Peduli apa dia?

Indra meyoroti langkah Ellise ke sinki di hujung restoran. Sedang dia mengawasi sekeliling, serasakan ada mata yang memerhatikan dia. Indra menoleh ke meja yang tidak jauh dari mejanya. Sepasang mata tertangkap oleh Indra. Namun lelaki berbaju t-shirt hitam dan kelihatan agak berumur itu cepat-cepat alihkan pandangan ke depan semula. Menghirup minumannya.

Indra mula syak sesuatu. Sewaktu memandu ke sini tadi pun, dia terasa ada sebuah pick-up mengekori keretanya di belakang. Puas dia beri isyarat lampu, menyuruh pick-up itu memotong, tapi tetap juga kenderaan itu tidak memintas. Dia ada musuh ke? Setahunya, dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.

Ellise duduk semula dikerusi. Tisu diambil dan lap bibirnya yang basah.

"Dah kenyang?"

"Uhuh!" Ellise mengangguk sambil menyisp milo ais tabur kegemarannya. Oh.... Heaven!

"Ellise... aku rasa kita sedang diperhatikan."

"Hah? Kau biar betul. Siapa?"

"Entah, cuba kau tengok meja tepi kaunter tu. Kau kenal that guy?"

Ellise toleh ke sebelah bahu kanannya. Memang ada seorang lelaki Melayu sedang duduk di situ. Tapi... rasanya dia tak kenal langsung!

"Isyhh.. perasaan kau aje agaknya?"

"Lelaki tu, Ryan ke? Sugar daddy kau?"

"Weyh.. cakap tu agak-agaklah! Sejak bila pulak aku jadi perempuan simpanan? Aku kerja kuat kais pagi petang tau di Poliklinik MediCity." Peribahasa apa yang Ellise pakai, dia sendiri pun tak tahu. Belasah sajalah!

Ellise mengerling semula pada lelaki itu. Dan seketika, lelaki separuh umur itu tersenyum kepadannya. Ellise gelabah. Kecut perutnya tiba-tiba.

"Indra... jom balik!"

"Hah? Kenapa dengan kau?" Indra naik hairan tiba-tiba sahaja Ellise mengajaknya balik. Dia tengah seronok menyaksikan perlawanan bolasepak Liga Inggeris di kaca TV.

"Jomlah... aku rasa tak sedap hati."

Indra akur walaupun hatinya juga was-was. Ellise seperti takutkan sesuatu.

%%%%%%%%%%

BERJALAN menuruni koridor lot kedai, Indra genggam tangan Ellise. Bergandingan mahu ke petak parkir.

"Don't touch her!" satu suara garau menyergah. Serentak, bahu Indra ditolak dengan kasar, mengejutkan Indra dan juga Ellise. Terlepas genggaman tangan Ellise.

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now