Bab 17

1.1K 41 3
                                    


DENGAN menjinjit beberapa beg kertas, Ryan bawanya masuk ke suite. Mujurlah tidak jauh mana First World Hotel & Plaza dari Genting Grand. Tak sampai 5 minit berjalan kaki. Di sana juga banyak butik pakaian termasuk lingerie shop. Itupun termanggu-manggu dia mahu memilih pakaian dalam untuk Ellise. Saiz bra dan panties tadi sempat Ryan intai sebelum menyerahkan pakaian Ellise kepada pekerja hotel untuk dihantar ke laundry. Hasil pertolongan staf butik Blush!, dapatlah dia membeli tiga pasang pakaian dalam dan sehelai nighties yang agak jarang berwarna merah garang untuk Ellise. Pasti seksi jika Ellise pakainya malam nanti.

Ryan gelengkan kepala sebaik sahaja dia masuk ke bilik. Pintu tidak berkunci, tapi Ellise sedang berkelubung di atas katil. Kalaulah ada sesiapa masuk, sia-sia sahaja Ellise kena terkam. Tidur mati betul!

Setelah pintu dikunci, barang-barang yang dibeli tadi, Ryan campak ke atas sofa. Jaket kulit ditubuhnya juga ditanggalkan. Matanya melirik lagi Ellise di atas katil. Ermmm, sejuk-sejuk begini kalau dapat panaskan badan, bagus juga. T-shirt ditarik keluar begitu juga jeans yang dipakainya. Yang tinggal hanya boxer.

Ryan panjat katil. Tubuh yang meringkuk kesejukan itu dirangkul erat dari belakang. Ellise gerakkan kepalanya sedikit bila terdengar namanya diseru tapi amat sayang mahu membuka mata. Rasa belum cukup puas tidur.

"You cold, baby?" kepala Ellise Ryan tarik ke atas lengan sasanya dan kakinya melingkar ke betis Ellise.

"Ermmmm...." Sekadar mengiayakan. Dah tahu mereka sekarang di Genting, buat apa bertanya lagi?

"You want me to warm you?" Ellise tak menjawab sebaliknya menutup matanya kembali dan mengeraskan tubuh. Buatlah sesuka hatimu, Ryan! Ellise tahu walau sekuat mana pun dia membantah, lama-kelamaan dia harus akur juga dengan kehendak Ryan.

%%%%%%%%%%%

QASEH resah. Habis watu kerjanya, tanpa berlengah Qaseh terus pulang ke rumah sewa. Yang pertama mahu diterpanya, tak lain tak bukan adalah Ellise. Namun, dia hampa. Sesampai di rumah, Ellise masih juga belum balik-balik lagi. Ke mana dia pergi? Sepatutnya malam ini, Ellise mula bertugas syif malam.

"Kau cari siapa, Qaseh? Ellise ke?" Muna yang pelik dengan aksi Qaseh yang tak duduk diam terus meneka.

"Ya lah.... siapa lagi? Takkan dah pukul 6.00 petang ni, tak balik-balik lagi? Kemana Mister Ryan culik dia?"

"Lah.... Ellise bukan budak kecik yang kau nak bimbang sangat. Dia tengah seronok berasmaradana dengan Mister Ryan, kau pulak yang sasau tak tentu hala. Pandailah dia jaga diri sendiri."

"Aku bukan apa. Malam ni dia masuk kerja. Sekarang dah pukul berapa? Selalunya kalau kerja syif malam, belah petang dia tidur barang sejam dua."

"Elooo... kau lupa ke Qaseh? Kami ni kerja dengan siapa? Bos kami, Mister Ryan tu, kan? Jadinya, kalau Ellise tengah hang out dengan bos kami, apa yang kau nak risau lagi pasal kerja dia? Sebulan dia ponteng pun, sure tak kena buang punya." Muna membidas. Qaseh ni pun, bukan main ambil berat pasal Ellise. Nak kata ada kaitan darah, jauh menyimpang. Ellise tu, bukannya ada agama? Dia nak berkepit 24 jam dengan jantan mana, dia punya sukalah!

"Aku bimbangkan dia." Mendatar suara Qaseh. Kalau apa-apa terjadi pada Ellise, macam mana? Ellise kena rogol ke... kena bunuh ke? Ya ALLAH! Kenapa aku fikir negatif ni? Jangan buruk sangka pada orang, Qaseh!.

Meninggalkan Muna di ruang dapur Qaseh panjat tangga dan terus ke biliknya. Didailnya nombor Ellise, tetap tiada jawapan. Semua masuk ke peti simpanan suara. Hampir lima kali dia mendail dan jawapannya tetap sama, akhirnya Qaseh mengalah.

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now