Bab 29

369 5 0
                                    


TERCENGANG-CENGANG Harry dengan kedatangan Ryan di pejabatnya. Tanpa hello, tanpa ucapan terus Ryan duduk di kerusi di depan meja Harry.

"What's up. Kau datang nak belasah aku lagi ke? Yes.. aku ada jumpa Ellise baru-baru ini." Sengaja Harry mengapi-apikan perasaan Ryan. Si bongkak yang bodoh sombong!

"No...."

"What do you want then?"

"What?" Ryan mula rasa terhina. Do I need a reason everytime I want to meet my 'bestest' friend?"

"Sure. After our big fight, you need to have a reason." Harry membidas sinis.

"Okey.. okey... Aku datang nak mintak maaf. Bukan salah aku sepenuhnya. Kau yang provoke aku."

"Hurmmm.... so... apa yang kau nak mengadu pada aku? Tentang Ellise atau.... Andrea?" Ryan kalau datang dengan muka kusut, pastinya pasal perempuan.

"Ellise...." Lemah suara Ryan.

"Aku dah boleh agak."

Sekeping kertas A4 berlipat diletak di depan Harry. "She quit,"

Bertambah sinis senyuman Harry. Tak perlu dia membaca, sudah tahu apa isinya.

"So... apa yang kau rasa sekarang? Lost?"

Ryan termenung.

"By the way, Ellise asked me to return this." Laci yang terbuka di sebelah kanannya, Harry keluarkan satu sampul surat berwarna putih. 15 ribu ringgit ada di dalamnya.

"She did?"

"Aku tak tahu mana satu nak percaya. Kau macam tuduh Ellise minta bayaran tapi Ellise bagitau aku, dia tak tahu menahu langsung pasal duit yang ada dalam beg dia. Apa ni Ryan? Kau memang lelaki tak guna!"

Ryan pantas bangun. Kerusi ditendang hingga tergolek di karpet. "Jangan sampai aku belasah kau sekali lagi, Harry!"

"Ellise is not Andrea. She's a good girl! Kau tu yang buat dia macam sampah!"

"Arghhhh!!!" Ryan menekup kepala. Memang apa yang dikata Harry benar belaka, tapi untuk mengakui, tidak sesekali.

"Sit down, Ryan! We need to talk, man to man!" Harry memberi arahan.

Dan kali pertama Ryan jadi begitu lemah. Selama ini dia yang berkuasa, suka mengarah sana sini. Sekarang, bila berdepan dengan Harry dan permasalahannya dengan Ellise, jiwa kentalnya menjadi rapuh.

Ellise! What spell did you just cast on me?

%%%%%%%%%%

ELLISE termenung di bawah pergola di tepi taman buatan rumah neneknya. Selepas ke Poliklinik MediCity menghantar surat perletakan jawatan, Ellise larikan diri ke sini. Banglo nenek sebelah mama yang mana dia membesar dan bersekolah di Taman Harmoni ini.

"Ellise,"

Ellise menoleh pada Patti yang datang bersama seorang pembantu rumah warga Filipina. Dulang berisikan jag air oren dan juga kek span buatan neneknya diletak di depan Ellise.

"Cuti ke hari ini?"

"Ellise dah berhenti kerjalah Patti." Berkerut dahi nenek Ellise yang sejak kecil dipanggil 'Patti' dalam bahasa Tamil.

"Kenapa? Baru lagi bekerja, sudah berhenti. Sekarang mahu kerja apa?" marah Patti.

"Ellise nak balik Senawang. Cari kerja di sana atau tolong papa di restoran,"

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now