Bab - 8

1K 49 14
                                    

KELUAR dari bangunan Medic Corp, Porsche GTS milik Harry elok saja terpakir di depan lobi. Sebagai rakan kongsi Medic Corp, dengan sewenangnya Harry parkir kereta mewahnya di situ. Pengawal keselamatan Medic Corp juga sudah kenal akan keretanya, jadi dia tidak perlu bimbang dikenakan sebarang tindakan.

"Drive sendiri ke bro?" Harry angguk dengan pertanyaan Ryan.

"Driver cuti emergency. Balik kampung." Jawapan ringkas diberikan dan kedua-duanya masuk ke kereta berwarna merah garang itu. Harry mula memandu keluar ke restoran kegemaran mereka.

Ibunda Restoran yang terletak di Jalan Bukit Bintang, di hujung penjuru Prince Court Medical Centre yang dituju. Restoran milik Chef Zabidi Ibrahim ini menjadi kegemaran mereka berdua sejak akhir-akhir ini. Banglo yang diubahsuai ke restoran mewah punya halaman yang luas dan sangat menyerlah jika dilihat dari jalan besar.

Masuk ke dalam restoran, terdapat fine dining tidaklah terlalu tradisional susunan mejanya, tapi sangat menarik di pandangan mata. Pengurus restoran sendiri membawa mereka ke tempat duduk. Para pekerja sudah semestinya cukup kenal dengan kedua-dua anak muda tampan dan bergaya itu.

Seorang pelayan wanita yang masih muda dipanggil pengurus untuk mengambil pesanan.

Bangga sungguh Zaty apabila diminta melayan lelaki-lelaki kacak yang boleh mencairkan hati. Bersungguh Zaty memaniskan muka dan memberi senyuman menggoda. Mana tahu, salah seorang dari mereka terpikat dan seterusnya mahu berkenalan dengannya?

Ryan dan Harry hanya memesan minuman dan putuskan mahu makan secara buffet sahaja hari ini. Ryan yang lebih sukakan masakan Melayu pasti akan memilih nasi dan ikan Tenggiri Gulai Kampung. Manakala Harry lebih suka ikan bakar bersalut daun pandan yang sungguh menyelerakan.

Usai makan nanti, kepedasan kari dan juga cicah air asam yang 'kaw' itu boleh dimanisi dengan ais-kacang.

Hampa hati Zaty kerana kedua-dua lelaki itu langsung tidak mengerling ke wajahnya. Hanya bercakap dengan paparan menu di tangan masing masing. Selesai mengambil pesanan, Zaty berpaling dan lenggokkan punggung berlebihan agar mereka memandang ke arahnya. Namun, tiada apa yang dia dapat. Buat penat saja dia jalan melengang-lenggok macam itik! Getus hati Zaty dengan geram.

Kedua-duanya bangun ke meja buffet dan kembali dengan pinggan berisi makanan pilihan masing-masing. Ketika itu jugalah, Zaty datang ke meja dan letakkan gelas minuman yang dipesan sambil bongkokkan tubuhnya lebih hampir pada Ryan yang kacak. Lelaki yang seorang lagi macam Cina. 'Tak berkenan aku!' Bisik hati Zaty.

Aksi Zaty dikerling bersahaja oleh Ryan dan sudu berserta garpu di atas meja dicapai.

"So..... apa cerita pasal Ellise?" Harry terus bertanya Ryan. Suara sengaja dikuatkan sedikit. Bukan dia tak perasan pelayan itu cuba meraih perhatian Ryan.

Zaty tersentak. Ellise? Punah sudah harapannya. Rupa-rupanya lelaki kacak ala model itu sudah berpunya. Dengan hampa dia angkat kaki.

"Cerita apa?"

"Lah... kau ni, buat-buat tanya pulak! Kau dengan dia.... takkan tak buat apa-apa? Aku tak percayalah? Tengok kau senyum kat office tadi, aku dapat rasa sesuatu. Lain macam aje aku tengok?"

"Well.... Ellise‟s pretty cool. She‟s not like other girls. She‟s different, but in a good way."

Harry angkat kening. Wah.... Sejak putus dengan Andrea, Ryan tak pernah lagi puji mana-mana perempuan sebegitu hebat?

"Kenapa? Dia ada tampar kau masa kau nak cium dia?" Harry menebak. Ryan, adakalanya rakus kalau sudah naik hantu. Dia tak hairan kalau bibir Ellise yang cantik terbentuk itu digomol Ryan.

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now