BAB - 3

1.1K 48 10
                                    



ANAK mata Ryan tercari-cari Ellise. Ruang bawah Butik Kayla ini kosong. Hanya kelihatan seorang pekerja sedang meneliti skrin LCD di kaunter.

"Mana dia?" soal Ryan pada diri sendiri. Janganlah Ellise buat apa yang paling ditakutinya. Bimbang juga kalau-kalau minah 'kelibut' itu nekad lari dan ingkar arahannya. Setakat bekerja sebagai pembantu klinik, di mana mana pun gadis itu boleh cari kerja. Tadi... dia hanya sekadar mengugut mahu memecat Ellise.

Ryan tunduk memerhati lantai marmar bercorak di kakinya. Kenapa terlalu lama untuk seorang perempuan bersiap? Dia masih lagi ingat perangai Andrea yang perlu ambil masa hampir setengah hari untuk hadiri setiap majlis bersamanya dulu. Ryan tadi, sempat balik ke rumah keluarganya, bersiap dan sempat lagi minum petang bersama daddynya.

Ryan mengeluh. Dia berjalan mundar-mandir di depan pintu kaca. Sekarang sudah 8.30 malam. Hanya setengah jam saja lagi majlis amal akan dimulakan. Sudah jadi sikapnya, dia tak suka orang yang lewat!

Beberapa minit kemudian, terdengar derap tapak kasut tumit tinggi menuruni tangga. Seakan pasti bunyi tumit tinggi datangya dari kaki Ellise. Ryan mendongak dan mahu menjerit marah kerana dia harus menunggu sebegitu lama.

Namun, apa yang dilihatnya buat Ryan terpaku. Ryan tak tahu dan tak faham kenapa, anak matanya sekejap mengecil dan sekejap membesar. Cuba menganalisa sebaiknya apa yang dia nampak.

Kemarahannya hilang serta-merta berganti dengan rasa.......... 'MAHU'?

Anak tangga marmar dipijak Ellise satu-persatu dengan cermat penuh keyakinan. Bukanlah pertama kali Ellise menyarungkan 'evening gown' dan berkasut tumit tinggi sebelum ini ketika menghadiri majlis bersama keluarganya. Yang bezanya sekarang, dia memakai koleksi designer dress 'Martha Wango' dan juga kasut 'Valentino' dan clucth hitam sepadan.

Gaun kembang berwarna peach separas lutut dengan taburan lace bunga bunga hitam di pinggang dada dan lengan separas siku. Kolar bulat gaunnya walau kelihatan agak simple, tetapi menyerlahkan atas dada Ellise yang putih kemerahan. Belum lagi dengan betisnya yang bunting padi. Dari gadis 'selekeh' yang melanggar Ryan di siar kaki pagi tadi, juga yang merempuh dadanya di depan pintu poliklinik MediCity, kini Ellise bertukar 100%. Berkali-kali Ryan meneguk liur.

Kaki Ellise selamat mendarat di lantai tingkat bawah. Ryan kaku bagaikan patung di depannya. Bekerut dahi Ellise. "What's wrong? You just stood there not moving," tingkas Ellise.

Ryan tersentak. Bibirnya mengukir senyuman tipis. "Hurmmm...." Ryan legakan kerongkong yang tersekat. Kepala dialihkan ke pintu. Konon konon menghindar anak matanya dari terus merenung tajam wajah Ellise. "We should get going, we're already late." Dengan itu, Ryan dulu berlalu ke pintu keluar, tanpa menunggu Ellise yang masih terkulat-kulat.

Ellise pusing tubuh ke kaunter dan melambai pada staf Kayla Boutique tanda ucapan selamat tinggal. Dia pasti, bilnya bakal dibereskan CEO jutawan itu. Er... jutawan ke? Agaknyalah kot!

%%%%%%%%%%

AMBIL tempat di sebelah Ryan di tempat duduk di belakang Zaki, Ellise betulkan rambut panjangnya yang ditocang gaya Elsa dalam cerita animasi terkenal Frozen. Juga, menjadi watak kegemaran anak saudaranya.

Lama juga masing-masing mendiamkan diri. Terasa bosan, Ellise menoleh ke sebelah.

"Why do you want me to be your date so bad? Ada kena mengena dengan nama yang Zaki sebut petang tadi ke? Andrea and Dato' Bernard? Who are they?"

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt