Bab 42

451 4 0
                                    


TERGAMAM! Sungguh Ellise tak percaya, dia di sambut seluruh ahli kelurganya di rumah agam milik orangtua Ryan. Selain dari keluarga kecil Ryan, Ellise nampak Patti dan keluarga kakak kepada mamanya. Reenaa, Indra dan isterinya Christine juga ada.

Puan Jeyamani yang dulu menerpa Ellise. Walau sedikit terperanjat melihat Ellise yang menutup kepala dengan shawl, dia tetap tersenyum. Tubuh Ellise dipeluk erat.

"Mama rindu Ellise. Kenapa lama sangat Ellise merajuk?" air matanya Puan Jeya merembes-rembes keluar. Menangis gembira dengan kepulangan anak bongsu yang ditunggu-tunggu sekian lama.

Ellise tak mejawab. Dia beralih pada kakaknya Eileen dan abangnya Edward. Dipeluk seorang demi seorang saudara kandungnya.

"Mummy... I'm sorry. Daddy.... I'm sorry too." Bergilir-gilir dia memeluk bapa dan ibu mertuanya. Puan Regina juga mengesat air mata.

Usai bertangis-tangisan, mereka semua berganjak ke ruang makan yang luas. Di situ, sedikit jamuan kecil ala buffet disediakan. Melihat aneka masakan yang terhidang, memang boleh bikin kecur air liur. Tapi... entah mengapa dia tak rasa mahu menjamah.

"Ellise... kenapa tak makan?" tanya Indra begitu prihatin. Dia perhatikan wajah Ellise dengan shawl yang terlilit di kepala. Masing-masing sudah tahu dengan kejadian buruk yang menimpa Ellise. Jadi, tak seorangpun yang mempertikaikan kenapa Ellise mengenakan selendang panjang itu.

"Ellise... er...., kenyang lagi. Pagi tadi sarapan heavy." Alasan yang munasabah diberikan. Entah mengapa, tekaknya sudah lali dengan masakan Melayu selama dia tinggal di Rumah Amal Yayasan Nur Kasih.

Untuk mengambil hati tuan rumah, Ellise hanya minum fruit punch dan menikmati dessert sepeti puding dan juga kek yang tersedia dengan banyaknya. Seperti ada majlis untuk meraikan sesuatu.

Dan tiba-tiba sahaja, kedengaran lagu 'Happy Birthday' dinyanyikan beramai-ramai. Ellise tersentak. Hari jadi siapa hari ini?

Terpaku Ellise, bila mereka terus menyanyi.

Happy birhday to you.....

Happy birthday to Ryan.....

Happy birthday tooooooo youuuu....

Puan Regina menyuakan kek dengan 3 batang lilin yang masih menyala kepada anak tunggalnya. Ryan menggamit Ellise. Cepat-cepat Ellise merapati tubuh suaminya.

"Make a wish!" suruh mummy Ryan.

Ryan pejamkan mata, terkumat kamit dia berdoa. Sambil itu, Ryan paut tangan Elise.

"Come... blow the candle together." Pinta Ryan bersama senyumam manis. Ellise dan Ryan sama-sama menunduk dan menghembus apinya.

Kesemua yang ada bertepuk tangan dan bersorak gembira.

"This is my happiest day ever. Thank you all."

Ellise renung wajah suaminya. Rasa bersalah sungguh. Dia tak ingat langsung tarikh hari lahir Ryan.

Kek di potong kecil-kecil. Satu, Ryan suapkan ke mulut mummynya. Satu lagi buat daddynya, Andrew Isaac. Dan yang terakhir, Ryan pegang potongan kek dan berpaling pada Ellise.

"For my beloved Ellise Isaac. Welcome home, sweetheart!" kek dicecahkan ke bibir Ellise. Ellise menyambut dan mengunyah perlahan. Selesai sahaja dia telan hingga habis, Ryan sauk dagu Ellise. Bersaksikan berpasang-pasang mata, Ryan kucup bibir Ellise. Menikmati sisa-sisa manisnya icing kek yang tertinggal di bibir munggil Ellise.

"Whoaaaa!!!" gamat seluruh ruang bertempik.

Ellise rasa seluruh wajahnya memerah malu setelah Ryan lepaskan bibirnya. Tersipu-sipu Ellise sebentar. Mr. Ryan Isaac tak pernah berubah. Tak pernah malu untuk menunjukkan aksi romantisnya sesuka hati dia.

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now