Bab 43

555 6 0
                                    


SEBULAN lebih bercuti ke luar negara dan selesai menjelajah negara Peranchis dan kota Milan, Ryan dan Ellise kembali ke Malaysia. Tiba di KLIA, keluarga masing-masing menunggu dengan harapan menggunung mahu melihat Ellise seperti sediakala. Padahal, sudah banyak kali Ryan memaparkan wajah terbaru Ellise dan kemesraan mereka ketika berbulan madu di instagram miliknya. 'Ryan_lv_Ellise.'

Ellise peluk tubuh mama dan mummy Ryan juga. Saling melepaskan rindu. Pipi kiri dan kanan Puan Regina Isaac dikucup bertalu-talu. Tanda terima kasih atas pembiayaan rawatan plastic-surgery pipinya. Mummy mertuanya sanggup mengeluarkan simpanan peribadi buat menantu tersayang. Lagipun, kecacatan Ellise adalah disebabkan oleh anak tunggalnya juga. Kerana Ryan, Andrea jadi gila sampai sanggup bertindak mencederakan Ellise. Padan dengan muka Andrea dibunuh dengan kejam!

"Good to see you both back in piece. And you Ellise, look even prettier now." Puji Puan Regina selepas Ellise meleraikan rangkulannya. Kedua-dua pipi Ellise disentuh dengan tapak tangannya. Parut panjang sudah tidak kelihatan lagi.

Ellise memang jelita semulajadi. Mendiang Andrea pula, hanya cantik bila mengenakan solekan tebal sahaja. Tanpa make-up, wajahnya pucat dan kusam.

"Ma...., sudah-sudahlah tu. Let's go home. There's a lot of things to do."

Puan Regina ketawa. Tangannya tetap menyauk lengan Ellise menuju ke kereta mereka. Hujung minggu ini, majlis besar-besaran akan diadakan di The Royale Chulan Hotel bagi menggantikan wedding reception yang terbatal dulu atas kehilangan Ellise.

Yang menariknya, pada majlis itu nanti ada dua pasangan pengantin. Siang hari, majlis persandingan Harry bersama Qaseh dan Ryan dan pasangannya. Ellise. Bertemakan majlis perkahwinan Melayu. Di sebelah malam pula, wedding reception ala barat pula bakal berlangsung.

Oh Ya! Harry dan Qaseh, sudah selamat bernikah ketika Ellise dan Ryan sedang asyik berbulan madu di Milan dan sekita kota Rome. Hanya panggilan video dari kejauhan menjadi penghubung Ryan bagi mengucapkan tahniah. Majlis di sebelah perempuan, sudahpun berlangsung sehari selepas mereka bernikah. Cuma, majlis sambut menantu dari keluarga Harith Eizlan, sengaja Harry berpakat dengan keluarganya mahu sama-sama bersanding dengan Ryan dan Ellise. Satu kelainan apabila pasangan bukan Melayu bersanding dalam satu majlis.

Sepanjang 2 minggu lebih, keluarga Harry dan orangtua Ryan yang sememangnya bersahabat baik, bertungkus-lumus membuat persiapan bagi majlis gilang gemilang anak lelaki mereka. Harry dan Ellise amatlah terharu dengan kejutan yang diberikan keluarga mereka.

Dua hari sebelum majlis persandingan, Ellise pulang ke rumah keluarganya di Senawang. Papa Ellise, Eddy Chua tetap mahu anaknya melaksanakan upacara Chio Thau warisan nenek moyangnya walaupun dia kini sudah berkahwin campur. Lagipun, mummy mertua Ellise berketuran Baba-Nyonya, pastinya dia inginkan Ellise buat begitu juga.

Adik perempuan papanya yang dipanggil Aunty Fern yang mengemudikan upacra 'menyisir rambut' dalam bahasa Melayunya. Ellise memakai busana pengatin tradisional Peranakan berwarna merah lengkap dengan segala manik dan jurai di atas kepala.

Ryan pula mengenakan seluar putih dan baju batik berdasar merah dan bermotifkan bulat-bulat putih.

Kedua-dua mempelai disisir ibu masing-masing sebanyak 3 kali. Dan setiap sisiran diiringin doa-doa yang berlainan mengikut harapan si ibu.

Selesai upacara yang pertama, Ellise dan Ryan saling berpandangan. Senyuman terukir di bibir masing-masing. Bahagia kerana mereka dapat membuat ibu dan bapa mereka gembira dengan perkahwinan ini walaupun tertunda untuk beberapa bulan.

Kemudian, dilanjutkan dengan upacara 'Minum Teh' di mana pasangan memepelai memberikan teh kepada saudara mara pihak lelaki. Tapi.... kali ini Ryan menyimpang sedikit dari adat di mana, dia juga dengan rasa rendah diri, menyuakan teh pada kaum kerabat Ellise.

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now