Bab - 12

1.1K 58 16
                                    


RYAN henyakkan kepala ke penyandar kerusi tinggi. Letih setelah hampir dua jam meneliti fail proposal sebuah lagi cawangan Poliklinik MediCity yang bakal di buka di Johor Bharu. Bermakna, tidak lama lagi dia harus berulang-alik ke JB setiap minggu bagi memastikan ianya bakal berjalan lancar. Besok, beberapa orang penyelia projek dan kontraktor akan hadiri mesyuarat pertama di sini. Ryan yang tidak cukup tidur cuba merapatkan kelopak matanya sebentar.

Arghh!!!... kenapa lagi-lagi wajah itu yang muncul? Ellise, Ellise, Ellise! Di mana-mana pun dia nampak Ellise. Ellise yang sedang ketawa, Ellise yang sedang menari di gelanggang ais. Ellise yang menangis di atas katilnya. Sudah angaukah dia pada gadis brutal yang comel, kelibut tapi cukup memikat? Hatinya yang sudah lama beku tanpa perasaan seolah mencair semula bila teringatkan seraut wajah itu.

"You're in love, bro! After sooo..... long!" kata-kata Harry ketika makan tengahari di Restoran Ibunda terngiang-ngiang di telinganya. Sudah jatuh cintakah dia? Tak mungkin secepat ini? Dengan gadis yang biasa-biasa keturunan entah dari mana. Yang dia tahu, Ellise lahir dari dua bangsa yang berlainan. Chindian. Itulah yang diceritakan Ellise tempohari. Di mana keluarga Ellise tinggal, apa pekerjaan ibubapa Ellise, dia tidak pernah menanyakan Ellise.

Gagang telefon di atas meja diangkat sementara tangan kirinya meneliti nombor telefon di setiap cawangan Poliklinik MediCity. Tentu sekali dia mencari nombor telefon klinik di mana Ellise Chua bekerja.

"Poliklinik MediCity. May I help you?" Marina menyambut panggilan di meja pendaftaran.

"Good afternoon. Ryan Isaac here. Dr. Danny please?"

"Hold on, Sir!" cepat-cepat Marina menyambung ke bilik rawatan. Suara garau Mr. Ryan kedengaran sungguh merdu di telinganya. Susah untuk Mr. Ryan menelefon klinik. Ikutkan, boleh sahaja dia terus hubungi Dr. Danny menggunakan telefon bimbit sendiri. Kenapa ya? Ada kaitan dengan kejadian 3 hari lepas ke? Ellise!

Oh ya! Selepas 2 hari ambil cuti kecemasan, baru hari ini dia nampak Ellise masuk kerja. Itupun, Ellise nampak tak bermaya sahaja. Pagi tadi dia bertanya Ellise perihal kes pertengkaran dan adengan kejar mengejar Ellise dengan pemandu merangkap bodyguard Mr. Ryan. Dia kecewa apabila Ellise menjawab secara acuh tak acuh sahaja.

Apakah hari ini tiba-tiba Mr. Ryan mencari Dr. Danny ada kaitan dengan Ellise juga?. Jangan-jangan Ellise bakal dipecat tak? Isyyhhh... mintak-mintaklah tak sampai ke tahap itu. Ellise, walau masih muda tapi cukup disenangi seluruh kakitangan di sini. Baru 3 bulan rasanya Ellise bekerja. Kesian sungguh kalau dia terpaksa berhenti.

"Mister Ryan.... what's up?" Dr. Danny yang baru selesai memeriksa seorang pesakit, tiba-tiba interkom di atas mejanya berbunyi dan kedengaran suara Marina memberitahu Mr. Ryan Isaac di talian.

"Hello Danny... just a quick check. Ellise Chua.... is she in today?"

"I'm not sure.... hold on for a while," Dr Danny menekan butang hold dan hubungi Marina.

"Yes doc?"

"You nampak Ellise tak sepanjang pagi ini?"

"Yes doc.... Ellise betugas di bilik x-ray untuk sepanjang minggu. Pagi tadi dia ada masuk kerja. Dua hari lepas Ellise cuti."

"Okey..... saya tahu dia cuti. I just want to make sure she's in today. Thank you, Marina." Butang interkom dipicit dan kembali menyambung talian pada Ryan semula.

"Yes... Mister Ryan. She's in."

"Thanks Danny. Could you e-mail me her C.V.? I need it right now."

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now