Bab 31

399 9 0
                                    


HUJUNG minggu berikutnya, Qaseh pulang ke rumah keluarganya di Kuang. Dari pagi hatinya resah tidak keruan. Ummi memberitahu, petang nanti, keluarga Uzair Rahman akan datang berkunjung ke teratak mereka, sekaligus memperkenalkan calon menantu pertama untuk Ummi dan abah. Berdebar-debar dada Qaseh. Bagaimana wajah Uzair Rahman sekarang? Adakah sekacak Harith Eizlan?

Adik perempuan Qaseh, Qaira sedang termenung panjang di jendela. Wajahnya muram. Apa masalah lagilah adiknya itu? Minggu lepas elok-elok sahaja.

"Qaira,"

"Apa?"

"Yang termenung kat situ buat apa? Dah Zohor ke belum ni?"

"Dah sudahlah!" Qaira berkalih ke kusyen dan ambil sebiji bantal 4 segi dan peluknya erat-erat. Termenung lagi. Kalah orang yang sedang bercinta padahal Qaira baru sahaja habis SPM. Takkanlah dah ada teman lelaki kot?

"Kenapa masam aje ni? Tak suka Kak Long balik?"

"Tak suka kenapa pulak? Qaira biasa-biasa ajelah."

"Dah tu? Kenapa macam tengah masuk angin puting beliung ni? Frust dengan boyfriend ke?"

"Haah!" laju sahaja Qaira menjawab.

Qaseh tersentak. "Weyhh... awak tu baru tujuh belas tahun. Bila masa pulak bercinta ni? Kalau Abah tahu mesti Abah tak suka."

"Abah memang tak suka semua yang Qaira buat. Kak Long nak buat apa, semua pun Abah sokong! Abah lebih sayangkan Kak Long dari Qaira." Herdik adiknya.

"Qaira cakap apa ni?"

"Betul apa? Dulu... Kak Long bercinta dengan Abang Uzair masa kat asrama, boleh pulak?"

"Qiara.... mana Kak Long pernah bercinta dengan Uzair?"

"Tak payah nak tipulah! Kalau tak, masakan Abang Uzair nak pinang Kak Long? Kan ramai lagi perempuan cantik-cantik kat dalam kampung kita ni?"

"Dah tu, Qaira jeles?"

"Mestilah jeles. Semua kawan-kawan Qaira puji Abang Uzair. Semuapun sudi kalau nak jadi isteri Abang Uzair. Tapi.... kenapa Kak Long yang dapat hah?"

Ya ALLAH! Qaira.. Qaira. Kenapa salahkan Kak Long? "Dengar sini, kak Long pun tak tahu menahu pasal Abang Uzair ada hati dengan Kak Long. Kak Long dah ada kawan istimewa sebenarnya. Tapi.... sebab Kak Long tak nak kecewakan Abah dan Ummi, Kak Long terima. Kak Long tahu, Abah mesti mahu Kak Long berkahwin dengan orang baik-baik." Selesai mengucapkan ayat itu, hati Qaseh sungguh pedih. Pedih mengenangkan Harith Eizlan. Ya...., walaupun Harith nampak baik, lembut tapi dia lelaki yang tak tahu menjaga tingkahlaku. Qaseh tak boleh bersuamikan lelaki yang senang-senang boleh peluk perempuan lain di depan matanya. Itu yang dia nampak. Di belakangnya, entah-entah lebih dari itu yang Harith dan Ellise buat. Nauzubillah!

"Kak Long!" Qaira menyergah kakaknya. Tiba-tiba Kak Long pula yang mengelamun, apa hal? Tak sabar nak jadi isteri Abang Uzair, agaknya. Dia cemburu. Abang Uzair yang dipujanya dalam diam, bakal menjadi abang iparnya.

%%%%%%%%%%%

SELEPAS Asar, Qaseh menolong Ummi di dapur menyediakan minum petang. Kuih Kaswi kegemaran bakal ibu mertuanya, Qaseh susun di atas piring cantik yang Ummi baru keluarkan dari almari. Beria-ia benar Ummi mahu menyambut bakal besannya hari ini. Dan tentulah berita gembira yang disampaikan malam tadi melalui telefon buat Ummi makin ceria. Qaseh bersetuju untuk dijodohkan dengan Uzair Rahman.

"Sekejap lagi, sampailah bakal mertua kamu. Elok-elok sikit, jaga tingkah-laku tu. Tunjuk sopan."

"Ya Ummi.... dah banyak kali Ummi pesan. Qaseh tahu apa nak buat. Qaseh nak jadi diri Qaseh, bukannya nak jadi sopan dibuat-buat."

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now