Bab 20

1.6K 54 33
                                    


"R

HEA.... Kenapa tiba-tiba saja ni? You minum ke apa?" Sambil memapah Andrea keluar dari lif, mulut Ryan tak berhenti-henti membebel. Geram juga dengan Andrea yang membawa masalah kepadanya. Tak pasal-pasal beberapa tetamu hotel mengerling mereka dengan pandangan sinis semasa di dalam lif tadi.

Andrea tak menjawab. Dia lagi selesa dalam pelukan Ryan. Ryan sudah berubah banyak sekarang. Dada bidang Ryan semakin kekar ototnya, tidak lagi semasa dia tinggal serumah dengan Ryan dulu. Mungkin juga Ryan selalu ke gym bagi menghilangkan rasa sunyi.

Andrea meraba-raba key card dari tas tangan kecil di lengannya. Segar terus dia bila melangkah masuk ke dalam The Club room. Bilik besar gaya mewah yang disewa bersama Fiona. Manakala Ogy dan Bella pula di bilik bersebelahan dengan biliknya.

"You look fine now. I better go." Belum sempat Ryan mahu berpaling, pantas Andrea menyauk lengan sasanya.

"Ryan please, don't leave me alone."

"I can't Rhea. I'm sorry." Nafas tertahan-tahan. Separuh hati mahu menemankan Andrea. Separuh lagi, dia benci bila mengingatkan Andrealah yang mencuranginya dulu.

"Sampai hati you.....kejamnya you kalau you masih tak dapat maafkan I."

Ryan mengeleng. Wajahnya di dekatkan kepada Andrea. Ubun-ubun Andrea, Ryan kucup. "Silapnya pada you. Kalau you tak curang pada I, mungkin sekarang you sudah jadi my wife. Have kids like normal people. But...... you tak pernah impikan semua tu. You hanya mahu berseronok."

"I sedar I dah banyak buat salah pada you. Can we start all over again?"

"You ingat senang ke I nak lupakan apa yang you dah buat dengan Bernard depan mata I? Why Rhea? One thing, I never thought you had been 'fuckin' around for years. And why you have to choose my own place?"

Terlepas pegangan tangan Andrea bila Ryan mengherdiknya. "I'm pregnant, Ryan!" tungkas Andrea dalam nada sendu.

"So? Ada kena mengena dengan I ke? For years, we have not been intimate at all."

"Gosh! Can you show your little empathy? I need help! Bernard dah buang I. How to survive raising my child alone? I'm so scared." Andrea teresak kecil di atas katil.

Tak jadi Ryan mahu keluar dari situ. Dia turut duduk di tilam, merapati Andrea yang sedang menangkup kedua-dua tapak tangan ke muka.

"Kalau you takut, gugurkan saja. I tahu you ada banyak duit untuk buat abortion yang tak seberapa tu."

"I can't. I've done it for three times already. The Gynae won't allowed me anymore."

Ryan renung wajah Andrea yang basah dengan air mata. Bertahun-tahun hidup serumah dengan Andrea, Ryan tahu bila mana Andrea benar-benar menangis atau saja-saja berlakon. Sebuah keluhan dilepaskan Ryan. Amarahnya tadi, perlahan-lahan menyusut. Rasa kesal dan kesian pula yang timbul. Kepala Andrea, Ryan tarik ke dadanya.

"Bernard cuma bagi I dua ratus lima puluh ribu. Some of them, I dah guna untuk bercuti di sini. Termasuk belanja kawan-kawan I. Kalau I tak buat begitu, you fikir mereka bertiga tu nak temankan I? I stress, Ryan! Siapa nak ambil I bekerja kalau perut I dah besar nanti? Nak buat catwalk dengan perut boyot?" Andrea menyambung bersama tangisan.

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now