Bab 36

476 5 0
                                    


AWAL pagi lagi Ryan sudah keluar hingga tak sempat bersarapan pun. Penting sangat agaknya meeting dia hari ini.

Ellise yang baru bangun, menilik waktu di telefon bimbit. Hah? Sudah hampir 10.00 pagi?

Dengan malas, Ellise angkat tubuh sambil mendapangkan tangannya. Menggeliat. Leher digerakkan kiri dan kanan. Kalau boleh mahu tidur lagi, tapinya perut sudah memijar pedih.

Uhhh.... sengal-sengal tubuh di sana-sini. Penangan Ryan malam tadi. Ini baru pra-bulan madu. Apalah agaknya yang bakal berlaku selepas wedding reception nanti? Beritahu Ryan, dia sudah menempah tiket ke Italy dan Peranchis bagi honeymoon mereka yang sebenar.

Tapi... bila membayangkan akan dapat bercuti ke destinasi igauan semua manusia di dunia, siapa tidak suka? Lebih-lebih lagi bila dapat membeli-belah di kota Milan dan Paris. Peluang sudah datang bergolek. Beruntung dia kerana berkahwin dengan pewaris Medic Corp yang kaya-raya. Alangkah bahagia hidupnya!

Siap mandi dan menyarungkan sehelai T-shirt longgar dan tight paras betis, Ellise meneliti menu sarapan dan mendail ke bahagian tempahan. Lapar betul dia pagi ini. Agaknya sudah berapa banyak kalori yang sudah hilang malam tadi. Bukan hanya setakat di atas sofa, malah Ryan panjangkan aksi mereka ke katil juga. Berulang-ulang, berlangsung hingga ke dinihari.

Sungguh...... mengasyikkan!

Sambil menikmati sarapan, Ellise membaca akhbar yang Ryan sudah bawanya masuk dan letak di atas meja makan. Tak ada berita sensasi dan menarik hendak dibaca sepenuh hati. Ellise lipat semula kemas-kemas dan menyisip kopi yang masih berbaki.

Seketika kemudian, telefon bimbitnya menjerit nyaring di atas kabinet. Pantas dia bangkit dan menerpa. Panggilan dari Ryan.

"Hello!"

"Baby.... are you still on bed?"

Ellise ketawa manja. "Just finished my breakfast,"

"Owh... okey! How are you now? Penat?" Ryan ketawa di hujung kata-katanya. Sengaja menyakat si isteri. Siapa kata kahwin tanpa cinta tak bahagia? Dia bahagia, sangat bahagia. Ellise yang garang, mampu ditawan dengan kebijaksanaanya.

Sekarang layanan Ellise, lebih dahsyat yang dia terima dari Andrea. Superb! Pengalaman bersama Andrea, dia praktikkan dengan Ellise. Ellise walau nampak 'blur' amat mudah belajar. Hingga ada kalanya, dia yang tewas!

Berbaloi apabila Andrea meninggalkannya dulu untuk Dato' Bernard. Ternyata, dia lebih beruntung apabila dapat memiliki 'permata' yang berharga sedangkan Andrea hanyalah sekadar batu berlumpur di tepi sungai.

"Huby.... are you there?"

"Hah... yes. I'll be back for lunch. After that, we're going to bridal boutique."

%%%%%%%%%%%

DUA JAM kemudian, Ryan kembali ke Marina Suite. Ketika itu Ellise sedang membaca majalah keluaran Singapura, 'Style: WEDDING'. Dari tadi, ralit dia meneliti rekaan terbaru gaun-gaun pengantin dan foto-foto pra-perkahwinan yang sungguh cantik di sekitar Marina Bay Sands dan tempat-tempat menarik di Kota Singa ini.

"Are you ready?" pipi Ellise dicium lama. Rindu, walau hanya beberapa jam berpisah. Aura memikat Ellise buat dia tak senang duduk sepanjang mesyuarat tadi. Tak sabar mahu kembali ke hotel semula, berkepit dengan Ellise.

"You tak penat ke? Tak mahu rest dulu?"

"No I don't. Hurry up! We have an appointment to catch. Before that, we go for lunch."

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now