BAB 1 🍁

29.7K 1.2K 9
                                    

HOSPITAL KUALA LUMPUR

Bunyi siren ambulans sentiasa memenuhi ruang kecemasan di Hospital Kuala Lumpur itu. Pergerakan keluar masuk ambulan-ambulan juga terlihat seperti perkara biasa bagi mereka yang bertugas di situ.

Sebuah ambulans yang berhenti di pintu kecemasan segera disambut oleh beberapa jururawat. Semuanya sudah bersedia untuk menjalankan tugas masing-masing.

Pesakit yang dikeluarkan daripada ambulans segera ditolak masuk ke bilik bedah. Semuanya bergerak ke tempat masing-masing dengan persiapan yang sudah disediakan.

"Kita mulakan pembedahan ini" ucap seorang Doktor perempuan yang baru sahaja tiba.

Kesemua jururawat yang bertugas di situ lantas mengangguk dan bersedia dengan tugas mereka.

Pembedahan yang berjalan agak lama membuatkan mereka semua sedikit kepenatan. Perkara itu juga sudah menjadi kebiasaan bagi mereka semua. Penat atau tidak, tugas mereka bermain dengan nyawa.

Sama ada mereka sanggup atau tidak, itu sudah menjadi tanggungjawab mereka. Satu nyawa bermain dengan fokus masing-masing.

Doktor perempuan itu menghembuskan nafas lega apabila berjaya mengeluarkan besi yang tertusuk di bahagian perut pesakit. Dengan berhati-hati besi itu diletakkan di atas tempat yang sepatutnya.

"Dr. Iris boleh settlekan kawasan jahitan" ucapnya dan menukar tempat dengan doktor perempuan yang lain.

Dr. Iris lantas mengangguk faham. Tugas beralih pula kepadanya. Dr. Iris lantas melanjutkan pembedahan dengan menjahit semula luka yang terdedah.

Manakala Doktor perempuan itu memantau dari jauh. Dr. Iris adalah perintisnya. Jadi dia perlu meninjau setiap kerja yang dilaksanakan oleh Dr. Iris supaya berjaya.

"Alhamdulillah Dr. Semuanya dah selesai" ungkap Dr. Iris dengan nafas lega.

Doktor perempuan itu lantas mengangguk dan tersenyum. Dia dapat melihat peningkatan daripada cara Dr. Iris menjahit luka itu.

"Alhamdulillah. Satu nyawa berjaya diselamatkan. Saya serahkan pada kamu semua untuk menguruskan keadaan pesakit ya" pesannya sebelum keluar daripada bilik bedah.

Jururawat yang bertugas segera mengemas ruangan bedah. Malah pesakit yang sudah selesai pembedahan juga telah dibawa ke wad pesakit.

🍁

"Dr. Umay!" Jerit Iris sewaktu mengejar Umay yang baru sahaja mencuci tangannya.

"Ya Iris?" Soalnya pelik apabila melihat Iris berlari ke arahnya.

"Terima kasih sebab ajarkan dan pantau saya waktu dalam bilik bedah. Saya betul-betul bersyukur kerana tunjuk ajar Dr kepada saya" ucapnya sebagai tanda terima kasih.

"You doing your best Iris. Tingkatkan lagi prestasi awak supaya menjadi doktor yang hebat. Saya hanya bantu awak sedikit sahaja. Selebihnya adalah usaha awak sendiri" tutur Umay dengan sebuah senyuman ikhlas.

"Thanks Dr. Umay" Iris lantas menundukkan kepalanya tanda terima kasih sekali lagi.

Umay hanya tersenyum dan mengangkat tangannya sebelum beredar keluar dari ruangan bedah.

Iris bersyukur kerana dia berada di bawah pemantau Umay. Mujurlah Umay adalah salah seorang Doktor yang hebat di HKL. Malah sikap lemah lembut dan sifat tenang Umay membuatkan dirinya tidak begitu gementar di bilik bedah.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now