BAB 42 🍁

17.2K 1K 58
                                    

Hari-hari berlalu seperti biasa. Umay juga seboleh-bolehnya menyibukkan dirinya. Dia tidak mahu dirinya rebah kerana rindukan Yusuf. Pulang ke rumah mereka juga sangat jarang buat Umay. Dia hanya berasa sunyi jika ke situ.

Ketukan di pintu bilik kerjanya menyentak Umay. Umay lantas memandang ke arah Nuha yang tersenyum di tepi pintu.

"Kau nak apa huh, Cik Nuha Kirana?" Soal Umay.

"Kau free tak? Jom turun makan" ucap Nuha.

"Boleh la. Alang-alang aku tengah free kan. Tapi kau belanja aku la" Umay menyimpan barang-barangnya ke dalam beg.

"Boleh la. Jom" ajak Nuha.

Mereka berdua berjalan bersama-sama ke arah kafeteria. Selepas mengambil makanan, barulah mereka mencari tempat duduk.

"Kau ajak aku makan ni, mesti ada benda nak cakap kan. Apa dia?" Soal Umay secara terus. Dia sudah faham dengan sikap Nuha itu.

"Pandai kau ek. Aku nak bagi tahu yang aku bakal berkahwin hujung bulan ni" ucap Nuha dengan nada gembira.

"Alhamdulillah. Dengan Nuqman ke?"

Umay masih ingat dengan kekasih hati si Nuha itu. Bercinta sejak zaman Universiti. Cuma Nuqman bekerja di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

"Aah. Nuqman ajak aku kahwin. Lagi pun dia dapat tukar ke hospital ni. Rezeki kita orang" jelas Nuha.

"Wow. Memang rezeki kau orang la. Tak payah nak LDR bagai lepas ni. Tak de lah orang tu asyik rindu je" sindir Umay dan ketawa.

"Banyak lah kau. Lagi pun Umi dia nak kita orang kahwin cepat. Tak manis katanya sebab umur kita orang pun dah nak masuk fasa 30 kan. Lagi pun Nuqman selalu datang rumah mak aku" ujar Nuha dan menyuap mi goreng ke dalam mulut.

"Betul lah tu. Benda dah serasi dengan hati kita, lebih baik kita percepatkan"

Suapan Umay terhenti seketika. Lama dia merenung ke arah nasi gorengnya. Nuha juga perasan dengan sikap Umay.

"Kenapa Umay? Tak sedap ke?" Soal Nuga pelik.

"Aah. Masin" ucap Umay dengan wajah berkerut.

"Aku ingatkan apa lah tadi. Kemain berkerut dahi kau. Haa. Kau dengan Yusuf macam mana? Dah semakin romatis ke?" Soal Nuha.

"Alhamdulillah. So far hubungan kita orang okay la. Nak kata romantis tu tak. Aku banyak gaduh dengan dia" luah Umay dan menguis nasi gorengnya.

"Kenapa pula? Yusuf tu baran ke?"

"Tak pun. Aku annoying dengan perangai dia. Rasa nak smack down je mamat tu. Mujur suami aku" ucap Umay dengan wajah stress.

"Kau ni. Aku ingatkan gaduh sebab apa. Biasalah tu, gaduh- gaduh manja. Nanti jatuh cinta" usik Nuha.

"Dia mula dah"

Selepas itu mereka berdua ketawa besar. Terasa lucu apabila mereka sudah di situasi berbual tentang pasangan masing-masing. Jika sebelum ini, pasti tentang urusan kerja sahaja.

🍁

Umay membetulkan sedikir urat di tengkuknya. Selama 4 jam dia bertemu dengan pelbagai jenis pesakit yang datang. Pelbagai masalah juga yang dihadapi oleh pesakit tersebut.

"Maaf ya Cik. Dr. Umay tengah sibuk sekarang" ucap seorang jururawat di kaunter itu.

"Sekejap je. Saya nak sangat jumpa dia. Urgent" balas gadis itu.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now