BAB 48 🍁

17.9K 1.1K 74
                                    

Yusuf menuangkan air mineral ke dalam cawan. Encik Syafik juga hanya memilih untuk mendiamkan diri. Dia juga berasa kekok apabila bersama Yusuf selepas 3 bulan.

"Nah abah. Yusuf dengar kesihatan abah dah semakin membaik" ucap Yusuf dan menghulurkan cawan itu.

"Hmm" balas Encik Syafik.

"Abah ada apa-apa masalah ke?" Soal Yusuf pelik.

Selalunya ada sahaja yang akan dimarahi oleh Encik Syafik kepadanya. Tetapi sekarang berbeza pula.

"Abah minta maaf kalau selama ni abah kasar dengan kamu" tiba-tiba Encik Syafik meminta maaf.

Yusuf yang mendengarnya juga berasa tersentak. Secara tiba-tiba Encik Syafik meminta maaf.

"Yusuf dah lama maafkan abah. Cuma Yusuf tak kan pernah lupa dengan apa yang berlaku" balas Yusuf.

Encik Syafik hanya menundukkan kepala. Dia juga bersalah atas apa yang telah berlaku.

Pintu yang dibuka dari luar mengalihkan tumpuan mereka. Yusuf yang melihat Iwani melangkah masuk memandang tajam.

Iwani juga terkejut dengan kehadiran Yusuf saat itu. Dia tidak sangka Yusuf sudah kembali. Kepala ditunduk sewaktu melintas Yusuf.

"Haa Wani. Abang kamu dah balik. Ada apa-apa nak cakap?" Soal Encik Syafik.

"Takde abah. Wani okay je" jawab Iwani dengan nada takut.

"Abah tengok kamu ni dah makin gemuk. Kamu sakit ke Wani? Sebelum ni kamu kurus je" tegur Encik Syafik.

Sejak minggu lepas dia perasan dengan perubahan badan Iwani yang semakin membesar. Dia juga pelik jika anaknya itu makan banyak kerana Iwani bukan seperti itu.

"Tak de la abah. Wani biasa je. Mungkin sebab baju Wani ni" tegah Iwani.

Pandangan mata Yusuf yang tertuju padanya membuatkan Iwani resah. Dia risau jika Yusuf mengesan tentang perutnya.

"Abah. Yusuf nak cakap dengan Wani kejap ya. Wani. Ikut aku keluar" arah Yusuf.

Encik Syafik hanya mengangguk faham. Matanya juga menyuruh supaya Iwani keluar.

Iwani dengan perasaan cemas segera menuruti langkah Yusuf keluar. Yusuf juga hanya mendiamkan diri sahaja sewaktu mereka berjalan keluar.

🍁

Mereka duduk di ruangan taman hospital itu. Malah Yusuf juga hanya menutup mulut saat itu. Iwani sudah terketar-ketar di sebelah Yusuf.

"Siapa lelaki yang pukul Kak Umay?" Soal Yusuf tiba-tiba.

Iwani lantas terkedu. Dia seperti tidak berani untuk bersuara ketika itu. Dia risau dirinya akan dimarahi oleh Yusuf.

"Jangan risau, aku tak kan marah kau. Aku cuma nak tahu siapa yang buat isteri aku sampai macam tu" sambung Yusuf lagi.

"Bekas teman lelaki Wani" jawab Iwani dengan nada takut.

"Kenapa dia nak serang kau? Atas sebab apa? Mustahil dia nak serang kau kalau kau orang tak de masalah"

"Dia cakap Wani ada hutang dengan dia. Sedangkan Wani dah bayar semuanya" jelas Iwani.

"Jadi selama ni, duit yang aku bagi tu, kau bagi dekat jantan tu?" Nada suara Yusuf mula kedengaran serius.

"Wani minta maaf Abang Yusuf. Wani terpaksa buat macam tu sebab dia ugut Wani. Kalau Wani tak bayar hutang dia, dia akan bagi tahu Abang Yusuf. Wani minta maaf sangat-sangat" luah Iwani dan langsung menangis.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ