BAB 55 🍁

16.5K 1.1K 102
                                    

Rindu tak diciptakan
Oleh jarak ;
Namun oleh perasaan.

Kamu merindukan ;
Bukan kerana ia jauh,
Namun kerana ia,

Telah ada,
Di dalam kamu.

🍁

Umay memegang kuat tangannya ketika itu. Dia tidak tahu ke mana Puan Tira akan membawanya. Kerusi roda itu juga ditolak ke arah sebuah khemah yang bertutup.

Dari jauh Umay sudah dapat melihat Shahim yang baru sahaja keluar daripada khemah itu. Wajah sugul milik Shahim juga membuatkan Umay berasa berdebar.

"Kenapa Puan bawa saya ke sini?" Soal Umay dengan nada takut.

Beberapa tentera yang melintasinya juga hanya menundukkan kepala. Pelbagai andaian telah dia ciptakan.

"Tuan Yusuf nak berjumpa dengan Puan" balas Puan Tira dan menolak kerusi roda itu.

Umay yang mendengar tentang itu mula berdebar. Dia yakin pasti ada sesuatu yang telah berlaku kepada Yusuf.

"Puan boleh masuk sendiri? Saya tak nak ganggu Puan dengan Tuan Yusuf" ucap Puan Tira sewaktu tiba di hadapan khemah itu.

"Tak apa. Saya boleh sendiri. Terima kasih Puan"

Puan Tira lantas mengangguk dan beredar dari situ.

Umay menarik nafas terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam. Pandangannya lantas jatuh kepada Yusuf yang sedang membalut luka di bahagian perutnya.

Yusuf yang terdengar bunyi kerusi roda segera mengangkat wajahnya. Pandangan lantas bertemu dengan mata Umay.

Mata Umay sudah berair apabila melihat balutan di bahagian perut Yusuf. Malah terdapat juga beberapa tompok darah di bahagian tersebut.

"Umay.."

Yusuf cuba untuk turun daripada katil itu tetapi tidak berjaya. Pergerakannya sahaja sudah mencucuk luka di bahagian perut itu.

Umay segera menolak kerusi rodanya untuk menghampiri Yusuf. Tangan Yusuf segera dipegang kuat. Yusuf juga terkejut dengan tindakan Umay.

"Apa yang dah berlaku? Kenapa perut awak berdarah? Kenapa awak berbalut? Yusuf. Jelaskan pada saya" soal Umay dengan wajah cemas. Air matanya juga mula mengalir turun.

"Umay. Jangan nangis ya. Saya tak apa-apa. Luka ni kecil je" pujuknya sebagai penyedap hati.

"Kecil awak kata? Balutan ni besar, Yusuf. Kalau awak cedera ringan, tompok darah ni tak akan muncul" marah Umay.

"Okay. Okay. Saya minta maaf. Saya terkena tembakan waktu tumpaskan penceroboh tu.." jelas Yusuf.

Mata Umay lantas membulat kerana terkejut. Yusuf pula cuak apabila melihat wajah Umay.

"Tapi Umay jangan risau, dah ada Dr yang rawat saya. Dia pun dah keluarkan peluru tu. Tadi Im datang untuk tolong saya tukar kain kasa ni" sambung Yusuf.

Umay mengeluh perlahan. Mujurlah tiada apa yang buruk berlaku kepada Yusuf. Walaupun luka itu agak teruk baginya, nyawa Yusuf masih selamat.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now