BAB 23 🍁

16.9K 1K 135
                                    

Puan Khalisah dan Tuan Adam memandang tajam ke arah Umay yang sedang duduk di hadapannya. Umay pula hanya menundukkan kepalanya sahaja.

"Jadi Umay memang perlu ke sana bulan tiga ni?" Soal Tuan Adam.

"Ya papa. Nama Umay dah dihantar ke pihak sana" jawab Umay perlahan.

Puan Khalisah hanya mampu memicit kepalanya yang telah pening. Sejak beberapa bulan yang lalu, dia sudah melarang Umay untuk ke sana, tetapi sekarang anaknya itu dihantar oleh pihak tertinggi di Hospital.

"Maaf mama, maaf papa. Umay pun tak tahu tentang benda ni. Tiba-tiba Umay kena ganti seorang Dr ni. Umay betul-betul tak sengaja" ucap Umay dengan nada serba salah.

"Haish. Nak buat macam mana. Benda pun dah jadi" ucap Tuan Adam.

"Jadi. Majlis tunang Umay tu batal la kan?" Soal Umay dengan nada perlahan.

"Umay Alisa!" Jerkah Puan Khalisah.

Umay dan Tuan Adam juga terkejut apabila Puan Khalisah bersuara.

"Majlis pertunangan kamu tu masih boleh diteruskan. Majlis tu hujung bulan 2 bukan hujung bulan 3" bebel Puan Khalisah.

"Ala mama. Umay tengah sibuk buat persiapan untuk ke sana waktu tu. Tak sempat nanti" ucap Umay.

"Kalau macam tu, kita awalkan. Mama akan cakap dekat dia orang nanti. Macam mana papa?"

Puan Khalisah cuba meminta pendapat daripada Tuan Adam. Umay mula membuat muka kasihan kepada Tuan Adam. Moga Tuan Adam terpukau dengan kecomelan wajahnya.

"Abang rasa kan. Baik kita buat majlis nikah terus" cadang Tuan Adam.

Umay yang mendengar kata-kata Tuan Adam lantas ternganga. Dia tidak sangka ayahnya itu lebih licik.

"Haah kan. Lebih terjamin keselamatan Umay nanti" Puan Khalisah terus setuju.

"What?! Tak masuk akal la mama, papa" jerit Umay.

"Apa yang tak masuk akal? Perkara baik elok dipercepatkan. Lagi senang hati mama dengan papa nak lepas Umay pergi sana" ucap Puan Khalisah.

Tuan Adam juga mengangguk berulang kali.

"Kenapa pula nak senang lepas Umay? Kalau bakal suami Umay tak izinkan. Macam mana Mama?" Umay sudah mula stress.

"Jangan risau, dia mesti akan benarkan. Papa kenal sangat dengan dia" ucap Tuan Adam.

"Okay. Kalau papa kenal sangat dengan dia, apa nama dia? Umay nak tahu" ucap Umay bersungguh.

Puan Khalisah memandang ke arah Tuan Adam. Dia tidak mahu Tuan Adam memberi maklumat bakal tunang Umay itu. Tuan Adam hanya tersenyum tenang.

"Nama dia Yusuf. Papa dengan mama cukup kenal dengan mak dia. Papa yakin Yusuf boleh jadi suami Umay dengan baik" jelas Tuan Adam.

Puan Khalisah hanya mengeluh perlahan. Kini Umay sudah tahu nama lelaki itu. Dia berharap Umay tidak melenting.

"Urgh. Lepas tu, Umay tetap kena kahwin dengan dia sebab mama papa kenal dia orang? Hidup Umay nanti macam mana? Umay yang akan hidup dengan dia. Bukan papa mama"

Umay sudah menitiskan air matanya ketika itu. Dia tidak sangka hidupnya akan menjadi seperti itu. Tambah pula, keputusan itu diambil oleh Tuan Adam dan Puan Khalisah tanpa persetujuannya.

"Umay. Maafkan papa. Papa cuma nak anak perempuan papa ni dijaga oleh seorang lelaki selain papa. Papa tahu keputusan papa sekarang tak adil untuk Umay. Tapi mama dengan papa risau kalau jadi apa-apa dekat Umay nanti. Kalau Umay kahwin, keselamatan Umay akan dijaga oleh seseorang. Papa dah tak larat nak tinjau hidup Umay selalu. Macam tu juga dengan mama" pujuk Tuan Adam sambil memegang bahu Umay.

"Betul cakap papa tu, Umay. Mama nak tengok anak mama ni dijaga. Kalau Umay tak yakin, Umay buat solat istikarah dulu. Percayalah cakap mama sayang, Yusuf tu baik orangnya" pujuk Puan Khalisah pula.

Umay yang mendengar kata-kata Tuan Adam dan Puan Khalisah akhirnya mengalah. Dia tahu perkahwinannya adalah impian mereka berdua.

Sebelum ini juga, banyak yang dikorbankan oleh Tuan Adam dan Puan Khalisah untuk dirinya membesar. Mungkin ini sahaja cara yang dapat dilakukan olehnya.

"Baik mama, papa. Umay terima pernikahan tu" ucap Umay perlahan.

Tuan Adam dan Puan Khalisah memandang antara satu sama lain kerana terkejut. Dia tidak sangka selepas pujukan mereka, Umay akan menerimanya.

"Betul ke ni Umay? Mama tak salah dengar?" Soal Puan Khalisah.

"Ya mama. Umay ikhlaskan sahaja. Umay tahu papa dengan mama pasti akan cari lelaki terbaik buat Umay"

"Alhamdulillah kalau macam tu. Lega hati papa. Umay jangan risau, kalau jadi apa-apa yang buruk lepas Umay kahwin, papa sendiri yang akan ambil Umay untuk kembali pada papa" ucap Tuan Adam dengan serius.

Umay hanya tersenyum senang dengan kata-kata Tuan Adam. Dia tahu ayahnya pasti tidak akan membenarkan dirinya disakiti.

Saat itu, dia benar-benar redha dan ikhlas.

🍁

"Huh??! Kau serius ke ni Umay?" Ucap Nuha tidak percaya.

Anggukan Umay menambahkan lagi kejutan di dalam kejutan. Dia benar-benar tidak sangka bahawa sahabatnya itu bukan bertunang tetapi bernikah.

"Kau yakin dengan keputusan ni? Kau dah kenal dengan lelaki tu?" Soal Nuha bertubi-tubi.

"Yakin tak yakin, aku dah berserah pada Allah. Ini semua pilihan mak ayah aku, jadi aku tahu dia orang mesti akan pilih yang terbaik. Apa yang nak jadi nanti, aku dah memang redha sangat" jelas Umay dengan nada perlahan.

"Ya Allah Umay. Aku tak tahu sama ada aku perlu gembira atau tak. Tapi sahabat aku nak kahwin, mestilah aku kena happy kan"

Nuha memandang wajah Umay yang kelihatan seperti sedih. Dia tahu sahabatnya itu masih tidak mahu berkahwin. Dirinya juga masih membujang. Entah bila kekasihnya mahu meminang, dia juga tidak pasti.

"Tapi takpe Umay. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja. Aku akan sentiasa doakan kau"

Tangan Umay digenggam lembut. Dia cuba untuk menguatkan semangat Umay.

"Terima kasih Nuha"

"So macam mana dengan misi bantuan kau tu nanti? Mak ayah kau benarkan?"

"Aah. Dia orang benarkan. Disebabkan ni juga la aku kena nikah terus. Mak ayah aku cakap lepas ni, ada yang akan jaga aku. Aku pun tak faham" jelas Umay dengan keluhan berat.

"Akan jaga kau? Nak ke bakal suami kau tu izinkan kau ke sana? Confius pula aku" Nuha mula memikir.

"Itu yang aku pelik. Aku tak tahu apa yang bakal berlaku nanti. Aku memang wajib ke sana sebab nama aku dah dihantar ke pihak sana. Nak tak nak kena pergi juga" ucap Umay lagi.

"Betul juga tu. Mungkin ada hikmah lepas kau kahwin mungkin. Kau dah tahu nama bakal husband kau?" Soal Nuha. Sedikit teruja pula.

"Yusuf. Itu je yang aku tahu. Paras rupa dia aku tak pasti"

"Nama pun dah sedap, mesti paras rupa pun menawan. Ye dok" ucap Nuha sekadar bergurau.

Umay hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum tipis. Dia juga hanya berdoa supaya segalanya berjalan dengan lancar. Nampaknya kehidupannya akan berubah selepas ini.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Onde histórias criam vida. Descubra agora