BAB 56 🍁

17K 1.2K 64
                                    

Pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu telah berjaya ditumpaskan oleh pasukan tentera Malaysia. Berkat kesabaran dan mereka selama 6 bulan, akhirnya tugas mereka sudah hampir selesai.

Kapten Wadi melihat keadaan Yusuf yang tercedera di bahagian perut. Dia juga sudah menerima laporan daripada Shahim berkaitan dengan apa yang sudah berlaku sewaktu mereka menumpaskan penceroboh.

"Macam mana dengan luka kamu?" Soal Kapten Wadi dengan serius.

"Semuanya baik, Tuan. Dr beritahu saya yang luka tu tak berapa dalam. Jadi ianya tak memberi kesan yang agak teruk kepada saya" jawab Yusuf.

"Baguslah kalau macam tu. Terima kasih Yusuf sebab dah berjaya tumpaskan mereka. Pihak kita akan cuba untuk berbincang dengan pihak atasan berkaitan dengan mereka yang masih hidup"

"Baik Tuan!" Ucap Yusuf dan mengangkat tabik walaupun dia duduk.

"Kalau macam tu, saya minta diri dulu. Jaga kesihatan kamu" ujar Kapten Wadi dan beredar pergi.

Shahim yang juga berada di situ hanya mendiamkan diri. Walaupun sudah lama bekerja di bahagian itu, aura yang dibawa oleh Kapten Wadi tetap kuat.

"Bila kita semua boleh balik?" Soal Yusuf.

"Lebih kurang dalam 2 hari. Tentera lain sedang periksa dan membantu beberapa orang penduduk di kawasan sekitar" ucap Shahim.

"Okay-okay. Luka aku ni pun dah macam nak baik" ucap Yusuf dan turun daripada katil.

Windbreaker yang digantung di satu tiang dicapai dan disarung ke tubuh.

"Kau nak pergi mana? Luka kau tu masih belum pulih. Jangan nak membongak" tegur Shahim.

"Aku nak pergi jumpa Umay. Risau jadi apa-apa dekat dia. Kau jangan risau, aku akan pastikan yang luka ni tak terbuka" balas Yusuf.

Belum sempat Shahim membalas, bayang tubuh Yusuf sudah hilang. Sepantas itu Yusuf mahu menjenguk Umay.

🍁

Umay berjalan perlahan-lahan menggunakan tongkat. Kaki kanannya yang masih belum pulih masih terasa sakit. Kawasan yang meletakkan roti ditujunya terlebih dahulu. Perutnya asyik berbunyi untuk diisi.

Disebabkan Umay yang kurang biasa menggunakan tongkat itu, tubuhnya nyaris terjatuh ke atas lantai. Tetapi mujurlah ada satu tangan yang sempat memaut pinggangnya.

"Umay!" Jerit Yusuf dan segera memaut pinggang Umay.

Dia juga terkejut apabila melihat Umay yang hampir jatuh. Mujurlah hatinya terdetik untuk menjenguk Umay. Jika tidak, pasti isterinya itu sudah rebah ke lantai.

Umay juga terkejut dengan kehadiran Yusuf. Walaupun dia bersyukur kerana tidak jatuh tetapi hatinya lekas risau dengan luka di perut Yusuf.

Tangan Yusuf lantas dileraikan oleh Umay. Umay berpusing mengadap Yusuf di belakangnya.

"Yusuf. Macam mana dengan luka awak?" Soal Umay dengan nada risau.

Tangannya lantas menyentuh perut Yusuf kerana berasa risau.

"Jangan risau, luka saya dah hampir pulih. Dr tu hanya minta saya tak buat kerja berat"

Tangan Umay di perutnya diambil dan dikucup lembut. Dia mahu menghilangkan ras gusar di hati isterinya itu.

"Kalau macam tu, lega sikit hati saya. Awak buat apa dekat sini?" Soal Umay dan berjalan perlahan-lahan ke katil.

Yusuf juga segera memimpin Umay untuk duduk di katil. Risau dia melihat Umay yang terhinjut-hinjut.

"Saya nak lawat isteri saya ni. Setiap malam saya risaukan awak. Macam mana dengan kaki awak? Ada tanda-tanda nak pulih?" Soal Yusuf dan memandang ke arah kaki Umay yang berbalut.

"Belum lagi Yusuf. Saya dah minta Dr lain untuk dia periksa, dia cakap masih terlalu awal untuk pulih. Kawasan retak tu agak besar" jelas Umay dengan nada kendur.

"Jangan risau, Umay. Kalau kaki awak tak boleh tolong awak lagi, saya yang akan tolong awak. Biar saya yang jadi kaki awak" ucap Yusuf bersungguh.

"Hahaha. Apa pula nak jadi kaki saya. Kaki awak, awak guna untuk diri awak. Saya masih boleh bergantung pada tongkat ni" balas Umay dan tersenyum.

"Sampai hati Umay cakap macam tu. Saya nak tolong Umay je. Umay lupa ke siapa saya dekat awak?" Nada suara Yusuf mula berubah.

Dia merasakan seperti Umay tidak mahu bergantung kepadanya. Sedangkan dirinya benar-benar mahu membantu Umay. Umay isterinya, pasti dia mahu menolong setiap langkah isterinya itu.

Umay yang perasan dengan kelainan suara Yusuf mula berasa risau. Dia tahu kata-kata telah membuatkan hati Yusuf terasa.

"Yusuf. Saya tak bermaksud macam yang awak fikirkan. Saya cuma risau kalau luka awak terbuka semula. Diri saya sekarang memang susah nak bergerak. Tapi saya tak nak awak jadi macam saya juga. Maafkan saya ya" jelas Umay.

"Tak apalah Umay. Saya jaga diri saya sendiri. Umay rehatlah cukup-cukup. Lagi 2 hari kita akan balik ke Semenanjung. Jadi sampai sana, minta tolong mama jagakan Umay" ucap Yusuf dengan serius.

Tanpa menunggu lama, Yusuf lantas keluar dari situ. Umay hanya terkesima dengan kata-kata Yusuf. Dia tidak sangka ianya telah mengguriskan hati Yusuf.

Umay hanya menunduk sedih. Dia telah membuatkan Yusuf berasa tidak berharga kepadanya. Sedangkan dia tidak mahu menyusahkan Yusuf. Cukuplah dirinya mempunyai banyak masalah, tetapi bukan kepada Yusuf. Dia tidak mahu lelaki itu penat.

🍁

Umay mengetap giginya kerana berasa resah. Hari juga sudah hampir larut malam. Sejak dari pagi lagi dia sudah menanti Yusuf untuk datang berjumpa dengannya.

Tetapi bayang Yusuf langsung tidak kelihatan. Nampaknya, Yusuf benar-benar merajuk dengannya.

Puan Tira yang baru sahaja masuk ke bilik itu terkejut melihat Umay yang masih belum tidur.

"Kenapa Puan tak tidur lagi?" Soalnya pelik.

"Uhm. Puan tahu tak Tuan Yusuf dekat mana sekarang?" Soal Umay teragak-agak.

"Setahu saya, Tuan Yusuf pergi berjumpa dengan Tuan Nahdi. Ada mesyuarat rasanya mereka malam ni. Kenapa Puan?" Soal Puan Tira kembali.

"Sampai pukul berapa ya?"

"Rasanya dah habis sekarang ni. Tadi pun saya terserempak dengan Tuan Yusuf juga" ujar Puan Tira.

"Dia ke mana?" Umay mula berdebar. Dia cukup berharap yang Yusuf akan datang berjumpa dengannya.

"Tuan Yusuf cakap, dia nak terus ke khemah dia. Katanya nak berkemas untuk balik ke Semenanjung nanti" jelas Puan Tira.

Hati Umay lantas bertukar hampa. Dia agak kecewa apabila Yusuf tidak memikirkan tentang dirinya langsung.

"Puan nak pergi jumpa dengan Tuan Yusuf ke? Kalau Puan nak, saya boleh teman" jelas Puan Tira teragak-agak.

Dia perasan nada suara Umay yang berubah sebentar tadi. Seperti nada orang kecewa.

"Tak apa Puan. Saya dah mengantuk. Dah nak tidur ni" balas Umay dan memberi senyuman palsu.

"Baik Puan"

Puan Tira hanya menerima dengan tanda tanya. Dia tahu ada sesuatu yang berlaku di antara Umay dan Yusuf.

Sewaktu dia bertembung dengan Yusuf juga, Yusuf asyik memerhati ke arah khemah Umay. Apabila ditanya, Yusuf hanya mengabarkan yang dia hanya mahu melihat dari jauh.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now