BAB 46 🍁

17.2K 1K 127
                                    

Iwani menangis semahu-mahunya di sebelah katil Umay. Dia merasakan semuanya disebabkan dirinya, Umay jadi seperti itu. Jika dia tidak meminta tolong daripada Umay, pasti hidup Umay akan baik-baik sahaja.

"Dah Wani. Janganlah nangis lagi. Kak Umay okay je" ucap Umay.

Dia pula berasa serba salah apabila melihat Iwani menangis semahu-mahunya.

"Tapi semuanya salah Wani. Kak Umay jadi macam ni, sebab Wani. Maaf Kak Umay" rintihnya perlahan.

Tangan Umay juga dipegang dan dicium berulang kali. Seolah meminta ampun.

"Its okay Wani. Dah takde rezeki untuk Kak Umay. Wani jangan risau ya. Wani jaga diri baik-baik. Kak Umay tak dapat nak jaga Wani buat masa sekarang" luah Umay.

"Tak apa Kak Umay. Wani faham. Wani akan cuba selesaikan masalah Wani sendiri. Terima kasih Kak Umay sebab dah bantu Wani"

"Wani jangan macam ni. Bila akak cakap akak akan tolong Wani, akak memang akan tolong. Kak Umay tak nak Wani buat keputusan secara terburu-buru. Tunggu sampai Kak Umay sembuh dulu ya" ucap Umay.

Dia tahu Iwani bersendirian ketika itu. Dia tidak mahu Iwani memilih cara dengan mencabut nyawanya seperti hari itu.

"Maafkan Wani, Kak Umay" ucap Iwani lagi.

"Tak apa. Kak Umay faham. Wani jangan risau ya" pujuk Umay dengan lembut.

Tangan Iwani juga dipegang kemas sebagai pembakar semangat buat Iwani. Dia tahu gadis itu sedang buntu ketika itu.

🍁

Umay berehat bersendirian ketika itu. Malah cutinya juga dipanjangkan bagi dirinya untuk sembuh. Telefonnya ditenung lama. Hatinya berasa sedih apabila tiada panggilan daripada Yusuf buatnya.

Puan Khalisah dan Puan Maria yang baru masuk membuatkan Umay terkejut. Telefon itu lantas diletak tepi.

"Macam mana dengan badan Umay? Dah rasa okay sikit?" Soal Puan Maria.

Selepas mendapat berita tentang Umay daripada Puan Khalisah, dia terus bergegas ke situ. Kerisauannya kepada menantunya itu cukup menebal.

"Alhamdulillah. Badan Umay okay sikit, Bonda" ucap Umay dengan nada perlahan.

"Syukurlah macam tu. Bonda risau nak bagi tahu Yusuf nanti. Dia dah minta Bonda jagakan kamu bila dia takde dekat sini"

Umay hanya tersenyum mendengar kata-kata Puan Maria. Sepatutnya dirinya yang harus menjaga Puan Maria tetapi sekarang terbalik.

"Nuha cakap Umay dah boleh balik hari ni. Umay pantang dekat rumah mama ya" ucap Puan Khalisah.

"Mama. Boleh Umay minta something?"

"Apa dia sayang?" Soal Puan Khalisah. Hairan.

"Umay nak duduk dekat rumah Yusuf" luah Umay tentang keiinginannya.

Puan Khalisah dan Puan Maria lantas tersentak. Mereka tidak sangka Umay mahu duduk di situ.

"Boleh sayang. Mama dengan bonda kamu akan teman kamu sampai Yusuf balik" ucap Puan Khalisah.

Dia tidak mahu emosi Umay terganggu. Biarlah Umay duduk di situ jika itu yang selesa buat diri Umay.

🍁

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now