BAB 36 🍁

19.4K 1.1K 81
                                    

Umay menutup pintu kereta dan menggalas beg kerjanya. Mujurlah perumahan rumah Yusuf hampir dengan hospital. Mudah untuk dia bergerak ke hospital jika berlaku hal-hal kecemasan.

Pintu dibuka dan Umay memberi salam. Lampu yang menyala menandakan bahawa Yusuf ada di rumah. Tetapi kelibat Yusuf tidak kelihatan di bahagian ruang tamu.

"Yusuf?" Panggil Umay dengan nada biasa.

Bunyi periuk yang berlaga dari arah dapur membuatkan Umay segera ke sana. Bau yang agak menyelerakan juga masuk ke dalam hidunnya. Perutnya juga sudah berkocak untuk diisi.

"Yusuf?!" Tegur Umay apabila melihat Yusuf yang sedang membasuh periuk di singki.

Yusuf yang mendengar suara Umay segera menutup pili air. Tangannya juga dilap terlebih dahulu.

"Umay baru sampai ke?" Soalnya dan mendekat ke arah Umay.

"Aah. Awak memasak ke?"

"Yup. Saya nak makan malam sama-sama dengan isteri saya" ucap Yusuf dan tersenyum.

"Kalau saya cakap saya dah kenyang macam mana?" Usik Umay.

"Tak apa lah. Siapalah saya kan. Dah penat-penat masak, isteri pula kenyang" ujarnya dengan nada rajuk.

"Hahahaha. Gedik la. Saya tak makan lagi ni. Saya nak solat dulu" balas Umay dan berlalu keluar dari dapur.

Yusuf yang mendengar kata-kata Umay lantas tersenyum.

"Oh ya Yusuf. Awak letak barang saya dekat bilik mana ya? Saya nak rehat kejap lagi" ucap Umay apabila berpatah semula ke arah Yusuf.

"Mari saya tunjukkan bilik Umay" ujar Yusuf dan berjalan naik ke atas.

Umay hanya mengikut langkah Yusuf ke tingkat atas. Pintu bilik dibuka oleh Yusuf dan terus menjemput Umay untuk masuk.

"Ini bilik Umay" ucap Yusuf dan membuka lampu.

"Serius la Yusuf?" Tanya Umay dengan wajah ketat.

"Aah. Serius la. Ini bilik Umay dan bilik saya. Ada yang tak kena ke?"

"Kita duduk sebilik?!" Soal Umay tidak percaya.

"Mestilah sebilik. Kita kan suami isteri. Umay lupa ke yang saya ni suami Umay?" Nada suara Yusuf mula berubah.

"Tapi kita takde perasaan antara satu sama lain lagi. Awak pun sama kan" balas Umay dengan nada kurang senang.

Yusuf yang mendengar ucapan Umay lantas menarik Umay supaya rapat dengannya. Umay sudah gelisah apabila tangan Yusuf di pinggangnya.

"Kenapa ni?" Soal Umay dengan nada cuak.

"Awak lupa yang kita dah berjanji untuk terima satu sama lain. Dan awak lupa yang saya akan buat awak jatuh hati pada saya. Sebab saya rasa, saya dah makin sayang dekat isteri saya ni" bisik Yusuf dengan lembut di telinga Umay.

Umay cuba menolak tubuh Yusuf supaya menjauh daripadanya tetapi tidak berjaya. Rangkulan Yusuf tetap tegap di pinggangnya.

Jantung Umay juga berdegup dengan begitu laju. Dia benar-benar berdebar dengan situasi itu. Risau pengsan pula.

"Dan Umay kena ingat siapa saya dekat Umay. Suka atau tak suka, Umay adalah isteri saya. Tempat Umay dekat sebelah saya. Hanya saya seorang je yang boleh sentuh Umay. Itu istimewanya seorang suami buat si isteri" sambung Yusuf lagi.

Umay sudah beberapa kali menelan air liur. Dia juga kehilangan kata-kata untuk membalas kerana segalanya benar tentang apa yang disebut oleh Yusuf.

"I want to experience it all. I want to look at you eyes with their bright shine. I want to ge to know you deeply. I want to be you best listener to you problem. I want to be your bestfriend and lover in the same time. And I want to call you mine for entire of my life" ucap Yusuf dan mencium lembut pipi Umay.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now