BAB 13 🍁

17.1K 1K 52
                                    

Lori tentera yang membawa para komando itu dibawa agak laju. Mereka perlu melihat keadaan di sana. Tambah pula ada rakan kerja mereka yang turut berada di situ.

Sampai sahaja kawasan luar dewan itu, masing-masing turun daripada lori dan terhenti.

Semuanya terkejut apabila melihat dewan itu roboh dan musnah. Malah asap daripada letupan itu juga masih ada. Beberapa tentera yang sudah berada di situ juga berusaha untuk mencari penduduk yang tertimbus.

Yusuf tidak sangka tekaannya tepat tentang serangan itu. Tetapi dia tidak sangka mereka akan memusnahkan kawasan dewan tersebut.

"Tolong penduduk yang tertimbus dan laporkan situasi sekarang kepada markas pusat. Maklumkan untuk kerahkan lagi bantuan tentera ke sini!!" Arah Yusuf dengan nada lantang.

Semua tentera segera bertindak. Malah para komando juga berlari masuk ke kawasan untuk membantu penduduk yang sudah tertimbus akibat runtuhan dewan itu.

Yusuf juga sempat memberi arahan kepada pasukan pengeboman untuk memeriksa kawasan tersebut, sama ada masih ada bom yang tersisa mahupun tidak.

"Tuan!!" Jerit satu suara apabila Yusuf masuk ke dalam.

Yusuf lantas berlari mendapatkan Shahim yang sudah terduduk di atas tanah itu.

"Apa yang dah berlaku? Kau kenapa?" Soal Yusuf terkejut.

Dia dapat melihat kaki Shahim yang dibalut dengan kain kasa bewarna putih. Shahim juga terlihat seperti penat.

"Aku tak apa-apa. Kaki aku cuma luka sikit sebab ada batu jatuh atas kaki. Cuma ramai penduduk yang tak sempat kita orang selamatkan" jelas Shahim dengan nafas turun naik.

"Jadi kau dah dirawat ke belum?" Ucap Yusuf. Dia risau apabila melihat keadaan Shahim yang seperti sesak nafas.

Penutup wajah itu juga dibuka oleh Shahim untuk mudah bernafas.

"Dah. Dr. Umay sempat balut luka aku" jelas Shahim.

Yusuf yang mendengar nama Umay disebut berasa lega. Dia juga tidak pasti kenapa hatinya berasa senang apabila mendapat tahu keadaan Umay yang selamat.

"Okay. Aku nak kau rehat dulu dekat sini. Aku akan cuba tolong penduduk yang lain"

Shahim hanya mengangguk dan melihat Yusuf berlari ke arah timbunan bangunan yang runtuh itu. Dia bersyukur kerana Umay sempat menariknya keluar. Mereka semua juga menjadi kelam-kabut saat seseorang memberitahu ada warga asing di belakang dewan.

🍁

Yusuf yang membantu mengangkat batu terpandang ke arah Umay yang juga sedang berusaha untuk mengangkat sebuah batu. Tanpa membuang masa, Yusuf pergi ke arah Umay.

"Kenapa ni Dr?" Soal Yusuf dengan nafas tercungap.

"Tuan kena tolong saya. Ada pesakit bawah batu ni. Saya masih boleh dengar suara dia" ucap Umay dengan nada cemas.

Dia masih berusaha untuk mengalihkan batu itu sendiri.

"Ke tepi" ucap Yusuf dan mengambil alih tugas Umay.

Umay mengesat peluh di dahinya. Dia juga penat mencari rakan sekerjanya yang lain. Mereka semua masih belum kelihatan.

Yusuf mengangkat sedaya upaya batu yang agak besar itu. Selepas meletakkan batu tersebut ke tepi, mereka berdua dapat mendengar suara seseorang.

"Encik boleh dengar suara saya?!!" Jerit Yusuf dengan nada kuat.

"Ugh"

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now