BAB 38 🍁

18.3K 1K 89
                                    

Selama dua hari Umay bekerja di ruangan kecemasan itu sudah cukup membuatkan dirinya penat. Malam itu barulah dia pulang ke rumah.

Yusuf yang melihat wajah penat Umay berasa kasihan. Dia tahu kerja Umay bukan biasa-biasa. Kerja seperti itu juga memerlukan mental yang kuat.

Umay yang melihat tangga tinggi itu berasa penat. Mahu sahaja dia rebahkan dirinya di sofa panjang di ruang tamu. Badannya benar-benar penat.

Tiba-tiba badan Umay terasa terangkat. Dari rasa mengantuk terus berubah kepada rasa segar. Umay terkejut apabila melihat Yusuf mendukungnya naik ke tingkat atas.

Tiba di bilik, Yusuf meletakkan Umay dengan lembut di atas katil.

"Umay rehat la dulu. Kalau Umay lapar, bagi tahu saya" ucap Yusuf.

Umay hanya mengangguk kepala perlahan. Tudung di kepala ditanggal dan diletakkan di meja katil. Selepas itu, dia terus merebahkan kepalanya ke atas bantal.

Yusuf hanya tersenyum melihat keadaan Umay. Dia terus membetulkan comforter supaya dapat memberi rasa selesa kepada Umay. Malah penghawa dingin juga diset kepada suhu yang bersesuaian.

🍁

Umay membuka matanya apabila berasa ada sesuatu memegang perutnya. Matanya terus membulat apabila melihat tangan kekar milik Yusuf di perutnya.

"Mmm" rengek Yusuf yang baru sahaja lena.

Umay mengalihkan tangan Yusuf perlahan-lahan. Dia mahu pergi ke tandas. Mujurlah Yusuf tidak memeluknya dengan erat. Dengan laju, Umay bergerak ke tandas.

Keluar daripada tandas, Umay terkejut apabila melihat Yusuf yang sudah terjaga. Yusuf memandang ke arah Umay dengan muka yang masih mamai.

"Tidur lah lagi Yusuf. Masih awal nak bangun" ucap Umay.

Jam baru sahaja pukul 430 pagi. Masih awal untuk menunaikan solat subuh.

"Umay. Sini" panggil Yusuf dengan keadaan mamai.

Umay was-was menghampiri katil itu. Risau jika Yusuf bertindak di luar kawalan.

"Awak mamai lagi ni. Tidur lah" ucap Umay dan duduk di sebelah Yusuf.

"Saya rindu dekat Umay" ucap Yusuf dan memejam semula matanya.

Umay terkedu saat itu. Yusuf di sebelahnya juga sudah terlena semula. Hanya gelengan sahaja yang dibuat oleh Umay. Wajah Yusuf yang sedang lena itu ditenung dekat.

"Saya pun rindukan Yusuf" bisiknya perlahan dan kembali berbaring.

Tanpa Umay sedar, Yusuf tersenyum selepas Umay mengucapkan kata rindu itu.

🍁

Yusuf turun ke bawah selepas solat subuh. Ketika dia bangun, Umay sudah tiada di sisinya. Dia hanya mengandaikan yang Umay sudah pergi ke hospital.

Tiba di tangga terakhir, kedengaran bunyi pinggan yang pecah dari arah dapur. Yusuf terus berlari ke arah dapur.

"Umay!!"

Jeritnya kerana terkejut apabila melihat Umay yang sedang mengutip serpihan pinggan yang pecah.

"Jangan sentuh. Biar saya yang kemas" halang Yusuf dan mengambil penyodok.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now