BAB 12 🍁

17.4K 956 61
                                    

Pada keesokan harinya, Umay tiba dengan lebih awal di dewan tersebut. Dia mahu memeriksa keadaan pesakit yang telah dirawat. Jika mereka semua sudah menunjukkan tanda untuk sembuh, mereka akan ditukarkan ke pusat penempatan yang lain.

"Assalamualaikum Dr" tegur seorang lelaki dari belakang Umay.

Umay yang sedang khusyuk menyusun ubat tersentak dengan salam itu. Tambah pula nada suara itu kedengaran garau.

"Waalaikumussalam" jawab Umay sewaktu berpusing ke belakang.

Berderau darah Umay apabila melihat seorang askar berpakaian hitam. Boleh gugur jantungnya apabila kerap terjumpa mereka.

Tambah pula, malam tadi dia sudah membuat carian tentang mereka. Dia sudah tahu bahawa mereka adalah pasukan tentera elit iaitu daripada Grup Gerak Khas. Bertambah seram Umay jadinya.

"Awalnya Dr ke sini" ujar Shahim dan memandang sekeliling.

Boleh dikatakan hanya beberapa doktor dan jururawat sahaja yang kekal di situ. Mereka juga yang bertugas pada tengah malam sehingga pagi.

"Aah. Saya datang nak check bekalan ubat ni. Tuan berjaga dekat sini ke?" Soalnya lagi.

"Yup. Ini tugas saya sekarang. Kalau boleh Dr jangan keluar masuk sesuka hati ya. Kami risau terlepas pergerakan Dr nanti" pesan Shahim.

"Baik-baik"

Umay yang ditegur berasa takut. Air liur hanya ditelan beberapa kali. Salahnya juga kerana mengikut jalan kecil di tepi dewan itu, dia malas hendak mengadap para tentera di muka pintu depan.

"By the way Tuan. Macam mana dengan keadaan pesakit lelaki semalam?" Soal Umay apabila teringat kepada lelaki yang dirawatnya semalam.

"Lelaki? Siapa?" Soal Shahim pelik.

Itu baru sahaja pertama kali dia bersua muka dengan Umay. Tidak pernah lagi dia berjumpa dengan wajah itu di luar pangkalan.

"Yang kena tembak dekat tangan tu. Tuan kan yang bawa saya balik sini semula" ucap Umay dengan nada serba salah.

Dia salah orang ke?

"Oh. Dr ke yang Tuan Yu. Oh. Sorry. Jadi Dr yang rawat tawanan tu semalam ya?" Ucap Shahim apabila teringat dengan cerita Yusuf semalam.

"Oh. Tuan orang lain ke? Maafkan saya. Saya ingatkan Tuan orang sama dengan yang semalam"

Umay menyalahkan dirinya kerana tersilap. Dia juga perasan dengan nada suara mereka yang berbeza. Tetapi disebabkan wajah mereka tertutup, dia terus andaikan itu adalah lelaki yang sama.

"Tak. Lelaki semalam tu Tuan kepada saya. Dia tak de dekat sini hari ni. Saya anak buah dia" jelas Shahim.

"Ouh. Macam tu. Minta maaf ya" Umay hanya mampu menahan malu.

"Okay la Dr. Ingat pesan saya ya. Jangan ikut jalan kecil. Kalau boleh masuk ikut depan" pesan Shahim lagi.

"Baik Tuan"

"By the way, Dr boleh panggil saya Tuan Im" ucap Shahim dan tersenyum.

Walaupun senyumannya tidak nampak di mata Umay, dia tetap mahu tersenyum.

"Bukan Tuan tak boleh dedahkan nama ke?" Umay masih ingat dengan kata-kata lelaki semalam.

"Hanya singkatan nama je. Nama full Dr tak tahu kan. Saya gerak dulu ya Dr" ucap Shahim dan berlalu pergi.

"Im? Apa nama dia? Fahim?" Tekanya lagi.

Dia masih ingat dengan nama watak lelaki di dalam novel kegemarannya.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now