BAB 63 🍁

17.6K 1.4K 89
                                    

Umay berlari turun daripada katil apabila dirinya berasa mual ketika itu. Yusuf yang baru sahaja mahu terlelap, terkejut melihat keadaan Umay.

Dia juga segera mengikut Umay ke tandas. Umay juga tidak henti-henti meluahkan semua yang telah dimakannya siang tadi.

Yusuf hanya mampu mengusap belakang badan Umay supaya lebih lega.

"Awak salah makan ke?" Soal Yusuf sewaktu mereka kembali ke katil.

"Tak tahu la. Tapi saya ada dengar yang ramai doktor sakit perut lepas makan dekat kafeteria semalam" jelas Umay.

Mungkin dia juga tersilap makan di situ. Tambah pula, Iris sudah meminta cuti kerana keracunan makanan.

"Bahaya ni. Kita pergi hospital la" ucap Yusuf dan berdiri.

"Pagi esok la awak. Saya tak larat nak gerak" balas Umay dan berbaring di atas katil semula.

Yusuf hanya mengeluh perlahan. Risau dia melihat keadaan Umay yang lemah itu.

Yusuf menarik comfoter dan menutup tubuh Umay. Tangannya juga menepuk lembut badan Umay supaya kembali lena.

Tetapi keadaan itu berlarutan sehingga subuh. Umay tetap ulang-alik ke tandas. Walaupun semua yang dimakan telah dikeluarkan, Umay tetap berasa mual.

"Lepas solat Subuh, kita pergi hospital terus. Saya tak sanggup nak tengok awak macam ni" ucap Yusuf dengan nada keras.

Umay yang sememangnya sudah tidak larat hanya mampu menurut. Dia juga pelik dengan dirinya yang asyik terasa mual.

Selesai solat Subuh, Yusuf segera memakaikan cardigen dan tudung kepada Umay. Selepas itu, dia sendiri yang mendukung Umay sehingga ke kereta.

Umay juga terkejut dengan tingkah Yusuf itu. Dia tidak sangka Yusuf akan mengangkatnya turun dari bilik dan masuk ke kereta. Pasti Yusuf malas hendak mendengar bebelannya.

🍁

Nuha merenung tajam ke arah Umay yang sedang buat muka tak tahu. Umay juga tidak sangka dirinya sedang mengandung. Yusuf di sebelahnya hanya memegang kemas tangan Umay. Tiada reaksi yang ditunjukkan oleh Yusuf lagi.

Cuma Yusuf pelik kenapa Dr di bahagian kecemasan meminta untuk Umay pergi berjumpa dengan Nuha. Isterinya itu sakit teruk ke? Duganya.

"Tahniah ya Yusuf, isteri awak mengandung. Usia kandungan dah 2 bulan" ucap Nuha dan tersenyum senang.

Umay mula memandang ke arah dinding kosong apabila Yusuf berkalih ke arahnya. Berusaha Umay mengunci mulutnya.

"Betul ke ni Dr?" Soal Yusuf tidak percaya.

"Yup. Awak boleh tengok sendiri dekat skrin ni" Nuha menunjukkan janin yang masih kecil di perut Umay.

"Alhamdulillah. Ya Allah, terima kasih. Terima kasih Umay" ucapnya dan mencium lembut tangan Umay.

Selepas itu, air matanya mengalir turun. Umay segera bangun apabila melihat Yusuf menangis.

"Eh. Jangan la menangis awak. Saya okay je" pujuk Umay.

Nuha hanya tersenyum melihat Umay dan Yusuf. Dia faham perasaan Yusuf saat itu. Keguguran Umay dahulu telah memberi sebuah perasaan yang lain buat Yusuf.

"Terima kasih sangat-sangat, Umay. Saya betul-betul bersyukur" luah Yusuf dan memeluk Umay.

Umay hanya mengusap lembut belakang badan Yusuf. Kemain Yusuf menangis di situ. Yusuf juga tidak menghiraukan Nuha yang turut memandang ke arahnya.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now