BAB 39 🍁

18.4K 1K 146
                                    

Puan Khalisah meletakkan kuih muih yang dibuatnya di hadapan Puan Maria. Lama juga mereka tidak berbual bersama.

"Agaknya macam mana la kehidupan anak kita tu kan" ucap Puan Khalisah dengan nada tertanya.

"InsyaAllah semuanya baik-baik. Yusuf pun selalu cakap yang Umay balik rumah dia" jelas Puan Maria.

"Baguslah kalau macam tu. Cepat sikit hubungan dia orang rapat. Tapi Yusuf kerja apa, Maria?" Soal Puan Khalisah.

"Err. Dia kerja sebagai tentera darat, Lisah. Berat sikit la kan" ucap Puan Maria serba salah.

Jika dia memberitahu pekerjaan sebenar Yusuf, pasti Puan Khalisah akan memikir tentang hidup anak perempuannya itu. Hanya Tuan Adam sahaja yang mengetahui pekerjaan sebenar Yusuf.

"Oh tentera. Patut dia pergi operasi hari tu kan. Saya ingatkan operasi apa la" balas Puan Khalisah dan menyuap kuih donut di pinggan.

"Aah. Selalu juga dia pergi. Nak buat macam mana kan, dah tugas dia"

Puan Khalisah mengangguk faham. Sama seperti yang dikatakan oleh Tuan Adam dulu. Yusuf boleh menjaga Umay dengan baik. Dia berharap supaya pekerjaan Yusuf tidak membebankan Umay di masa hadapan.

🍁

Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh mereka sepanjang berada di Pulau Redang itu. Umay dan Yusuf tidak melepaskan semua aktiviti yang disediakan.

Tambah pula mereka berdua memang penggemar aktiviti yang lasak. Umay juga seronok dalam merasakan pengalaman itu.

Ditambah pula dengan Yusuf yang sentiasa menjaganya. Umay dapat rasakan keselamatannya terjamin seiring dengan jagaan Yusuf kepadanya.

Malah mereka berdua juga sempat berjalan-jalan di kedai cenderahati. Banyak yang dibeli oleh Umay untuk dihadiahkan kepada Puan Khalisah dan Puan Maria. Tidak lupa juga dengan rakan kerjanya di hospital.

Petang itu, mereka berdua duduk di tepi pantai sambil menikmati keindahan matahari terbenam. Umay hanya membiarkan sahaja bahunya dipeluk oleh Yusuf.

"Umay suka tak dapat berehat macam ni?" Soal Yusuf tiba-tiba.

"Suka sangat. Lama dah saya tak rehat macam ni. Terima kasih Yusuf bawa saya ke sini"

"Saya sanggup buat apa sahaja untuk isteri saya" ucap Yusuf dan mencium lembut kepala Umay.

"Saya tak sangka yang awak adalah suami saya Yusuf. Hati saya masih mengatakan awak bukan sesiapa buat saya. Tapi layanan awak mampu buatkan hati saya cair. Saya rasa tenang je bila awak ada dengan saya" luah Umay dengan nada lembut.

Yusuf yang mendengar hanya tersenyum tipis. Dia tahu Umay masih belum mahu meluahkan rasa hati yang sebenar. Dia tidak kisah dengan semua itu, asalkan Umay sudi menerima dirinya sebagai suami.

"Kalau Umay nak tahu, pertama kali saya jumpa Umay dekat Sempadan dulu, saya dapat rasa yang Umay untuk saya" ujar Yusuf.

"Saya untuk awak? Bukan waktu tu saya benci dekat awak ke?" Umay memandang ke arah Yusuf.

"Aah. Saya tak tahu kenapa, hati saya kuat mengatakan yang Umay tercipta untuk saya seorang. Walaupun saya tengah sibuk dengan kerja saya, Umay selalu muncul dekat fikiran saya dengan tiba-tiba" sambung Yusuf lagi.

Umay mula berdebar. Dia tidak sangka itu pandangan Yusuf kepadanya dulu.

"Dan alhamdulillah. Orang tua kita pertemukan kita berdua dalam sebuah hubungan yang cukup dirahmati oleh Allah. Saya bersyukur sangat bila nama Umay dilafaz oleh papa untuk saya" ucap Yusuf lagi.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now