BAB 17 🍁

16.9K 1K 86
                                    

Yusuf melihat laporan yang baru sahaja diberikan oleh unit pasukannya. Jenis bom yang digunakan juga dicatat di dalam laporan itu.

Semua jenis bom itu adalah yang diimport dari luar negara.

Shahim yang baru sahaja tiba hanya menelan air liur apabila melihat wajah garang Yusuf. Di khemah itu hanya pasukan Komando sahaja yang berada.

"Kau pergi mana tadi?" Soal Yusuf dengan nada tegas.

"Aku pergi lawat kawasan letupan. Alang-alang berbual dengan Dr. Umay kejap" ucap Shahim tanpa rasa bersalah.

"Baru dua hari kau rehat, dah jadi pemalas macam ni ke? Kau ingat yang lain sempat nak berborak macam yang kau buat?"

Nada suara Yusuf yang berubah membuatkan Shahim dan beberapa komando di situ terdiam. Mereka semua tidak tahu kenapa Yusuf angin secara tiba-tiba.

"Maaf Tuan" balas Shahim dengan segera.

Dia tidak boleh membalas semula kata-kata Yusuf. Pangkat Yusuf lagi tinggi darinya.

"Kalau aku tahu kau pergi buang masa macam tu, aku hantar kau balik semula ke kem" ugut Yusuf.

Shahim yang menunduk segera mengangkat kepala. Naim yang juga berada di situ hanya menganjing dengan isyarat mulut 'padan muka'. Shahim mengetap bibir geram kerana diejek oleh Naim.

"Maafkan saya Tuan. Saya janji saya tak kan buat lagi" ucap Shahim bersungguh.

Penggunaan kata ganti nama diri juga berubah daripada aku ke saya.

Shahim yang melihat wajah Yusuf tersenyum hanya ternganga. Tidak lama selepas itu, mereka semua ketawakan Shahim.

"Kau sengaja kan nak kenakan aku!!" Ucap Shahim dengan nada tidak puas hati.

Geram dirinya apabila melihat Yusuf ketawa. Manakala Naim di sebelah sudah terbahak-bahak.

"Itulah kau. Aku suruh datang sini terus, kau pergi melilau tempat lain" ucap Yusuf.

Shahim hanya menarik muka. Sakit hatinya apabila dipermainkan oleh Yusuf.

"Memang padan si Umay tu santau kau" ucap Shahim dengan wajah masam mencuka.

"Apa dia?!!" Soal Yusuf kerana terkejut.

"Dia bagi tahu aku tadi, nak nama kau untuk dia hantar ke bomoh. Mudah disantau katanya. Aku rasa better aku pergi bagi" balas Shahim dan membuat muka seposen.

"Kau berani buat, siaplah. Aku turunkan pangkat kau" ugut Yusuf kembali.

Yusuf agak terkejut apabila mendengar cara Umay melepaskan marah padanya. Si budak perempuan tu mahu menyantaunya. Tak ke keterlaluan?

"Haa. Tahu pun kau takut. Jangan main-main dengan si Umay tu. Lain kali jangan berlagak sangat" balas Shahim pula.

"Ergh. Lantak lah. Kau sini. Aku ada benda nak bincang" panggil Yusuf.

Semakin lama dia melayan, semakin jauh topik perbualan mereka. Itu bukanlah masa untuk berborak. Mereka masih ada kerja yang hendak di buat.

🍁

"Dr Umay!!" Jerit seorang jururawat perempuan.

Umay yang sedang membelek dokumen laporan itu memandang dengan wajah terkejut.

"Kenapa?" Soalnya dan terus berdiri.

"Ada seorang mangsa dah ditemui. Tapi ada tiang besi yang menusuk tubuh dia" jelas Jururawat itu dengan nafas turun naik. Penat berlari.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1حيث تعيش القصص. اكتشف الآن