BAB 4 🍁

20K 960 15
                                    

Sempadan Malaysia- Thailand

Lori askar yang membawa 20 komando itu memasuki kawasan yang telah ditetapkan. Mereka semua sudah memakai penutup muka dan kaca mata hitam. Identiti mereka tidak boleh didedahkan begitu sahaja.

Yusuf segera menuju ke markas operasi untuk melihat info terbaru. Ketua bagi operasi yang bertugas di sempadan iaitu Leftenan Muda Syed Arif lantas bertemu dengan Yusuf. 

"Bagaimana dengan situasi sekarang?" soal Yusuf dengan laju.

Peta topgrafi yang ditanda oleh Syed Arif dipandang sekali imbas. Terdapat beberapa kawasan yang ditandai dengan warna merah. Jelas di situ menunjukkan kawasan itu adalah bahaya.

"Buat masa sekarang, tiada pergerakan daripada mereka. Tentera daripada Thailand juga masih memantau kawasan mereka dan sentiasa berkomunikasi dengan kita" jelas Syed Arif.

Yusuf menganggukkan kepalanya tanda faham dengan penjelasan Syed Arif.

"Aku nak kau orang semua berpecah kepada 4 kumpulan sebab kita ada 4 kawasan yang dijangka akan berlaku pengeboman. Laksanakan operasi macam yang dibincangkan semalam. Sebarang pergerakan yang pelik, maklumkan terus kepada kawalan pusat. Jangan sesekali hilang fokus. Keselamatan bumi Malaysia terletak pada bahu kamu semua" arahnya lantang.

Kesemua 19 komando yang berdiri di hadapannya segera menyahut arahan Leftenan mereka. Semuanya sudah siap untuk menyelesaikan misi dalam menyelamatkan bumi Malaysia tercinta mereka. 

Yusuf hanya memberi gerakan tangan, dan mereka semua mula bergerak ke kawasan yang telah diarahkan. Yusuf berpusing kembali bagi melihat peta tersebut. Dia perlu bersedia dalam apa jua keadaan.

Syed Arif yang berdiri di sebelah Yusuf turut terasa debarnya. Hanya daripada suara Yusuf, dia sudah dapat mengagak kemampuan Yusuf dalam menjalankan tugasnya. Tepat dengan pangkat yang diperoleh oleh Yusuf.

🍁

Yusuf mengikut Syed Arif ke arah sempadan Malaysia-Thailand. Dia mahu memantau kawasan itu sementara Syed Arif pergi berbincang dengan Tentera Thailand. 

Yusuf memandang ke arah kawasan sempadan yang kelihatan sepi itu. Pelbagai perkara boleh berlaku jika mereka terlepas satu saat. 

Pandangan matanya ditajam kepada seorang lelaki tua yang berada di pintu gerbang lepasan itu. Satu perasaan aneh terlintas di dalam hati Yusuf.

Sempadan telah ditutup buat sementara waktu. Sama ada dari belah Thailand mahupun Malaysia. Jadi bagaimana lelaki tua itu dapat menembus ke situ.

Dua orang tentera darat yang berada di hadapan Syed Arif mengangkat tangannya tanda berhenti. Syed Arif juga menghentikan langkahnya serta merta.

"จับเขา (Tangkap dia!)" Jerit seorang tentera Thailand yang baru tiba di bahagian sempadan.

Para tentera yang lain mula bergerak ke kawasan masing-masing dan mengejar lelaki tua itu.

Yusuf sudah bersedia mengeluarkan pistolnya bagi menembak lelaki tersebut. Tetapi ada sesuatu yang membuatkan dirinya terkejut.

Syed Arif yang berada di hadapannya segera ditarik ke belakang.

"Mundur!!!" Jerit Yusuf sekuat hati.

Tentera yang bertugas untuk mengawal Syed Arif dan Yusuf segera berundur seperti yang diarahkan oleh Yusuf.

Tentera-tentera daripada pihak Thailand juga berundur apabila mendengar arahan daripada ketua mereka.

Sekelip mata tubuh lelaki tua itu meletup. Tekaan Yusuf tepat apabila memandang keadaan baju lelaki itu yang terlebih lebar. Malah wayar yang berjalur keluar dari lengannya sempat diperhati dan dikesan oleh Yusuf.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now