BAB 30 🍁

19.4K 1.1K 111
                                    

Bunyi beberapa tentera yang berlatih menambahkan suasana di kem tersebut. Masing-masing berlatih dalam mempertingkatkan kemahiran.

Shahim yang baru sahaja tiba di dewan latihan itu berasa pelik apabila melihat Yusuf. Yusuf pula dengan bersungguh-sungguh berlawan dengan beberapa komando yang lain.

"Lain macam Yusuf hari ni" ucap Naim yang baru sahaja bergerak ke arah Shahim.

"Apa hal mamat tu? Kena marah dengan Kapten ke?" Duga Shahim.

"Aku pun tak tahu. Habis dia bantai budak-budak tu. Dari pagi macam tu. Macam bad mood" balas Naim.

Shahim yang melihat gerakan Yusuf yang agak kasar itu mula berasa risau. Risau jika komando yang lain menerima kecederaan. Cara Yusuf berlawan juga seperti lain.

"Yusuf!!" Jerit Shahim dan bergerak ke arah Yusuf.

Tubuh Yusuf juga ditarik ke belakang untuk berundur. Beberapa komando yang lain segera berundur diri. Masing-masing tidak mampu untuk berlawan dengan Yusuf lagi.

Yusuf menyentak kasar tangan Shahim di bahu. Peluh di dahinya dikesat agak kasar.

"Kau ni kenapa? Bad mood semacam je" tegur Shahim.

"Tak de apa lah. Aku nak mandi" ucap Yusuf dan berlalu ke biliknya.

Shahim memandang ke arah Naim dengan penuh tanda tanya. Jarang Yusuf berkelakuan seperti itu.

🍁

Kehidupan berjalan seperti biasa. Malah suasana baru itu juga memberi banyak perkara baru yang dapat Umay belajar.

Kejadian gempa bumi yang berlaku sebulan yang lalu telah memberi kesan yang agak teruk kepada penduduk sekitar. Ditambah pula dengan cuaca yang agak dingin.

Umay juga sudah berada Turki selama 4 minggu. Hanya beberapa hari sahaja lagi, mereka semua akan pulang ke Malaysia.

Umay duduk di sebuah batu di tepi bangunan yang sudah runtuh itu. Kawasan itu juga hampir dengan khemah-khemah perubatan.

Telefon di koceknya dikeluarkan. Bibirnya lantas mengukir senyum saat melihat satu gambar itu.

Sejak dia berada di situ, gambar itu sering ditatapnya. Dia juga tidak tahu kenapa dia berasa sayang dengan gambar itu.

Walaupun wajahnya kelihatan kekok, tetapi wajah Yusuf yang agak tenang mendamaikan hatinya.

Malah gambar-gambar yang dihantar oleh Yusuf melalui whatsappnya juga mengembirakan hati Umay. Walaupun hanya sehari sahaja semua gambar itu dihantar, hatinya sudah cukup gembira.

Malah Yusuf juga meletakkan satu ayat yang cukup membuatkan kerinduannya semakin menambah.

"Wahai isteriku, maafkan saya kerana tidak dapat bersama dengan awak di sana. Nama awak sentiasa berada di dalam doa saya.

Pandanglah langit di atas kerana kita masih di bawah langit yang sama. Bulan yang menyinari malam di sana masih sama dengan bulan yang dilihat oleh saya di sini.

Apa yang membezakan adalah ia mampu melihat awak tetapi saya hanya mampu merindukan awak. Saya nak awak tahu yang saya sentiasa merindukan isteri saya. My Qalbi "

Setiap kali Umay membaca ayat itu, mesti dia akan tersenyum. Dia tidak sangka Yusuf pandai bermain dengan ayat-ayat puisi. Muka garang tapi hati sastera.

Dia juga tahu Yusuf sudah kembali bertugas di kem. Malah Yusuf juga tidak berjanji untuk menjemputnya di KLIA nanti. Disebabkan itu dia tidak dapat menghubungi Yusuf dengan kerap.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now