SPECIAL BAB 2 🍁

25.3K 1.1K 113
                                    

Umay mengesat peluh yang mula muncul di dahinya. Keadaan di wad kecemasan pada petang itu agak menyesakkan kepalanya.

Berlaku kemalangan jalan raya yang membabitkan tiga buah kereta. Disebabkan itu, berpusu-pusu pesakit yang dihantar ke bahagian itu.

"Dr. Umay. Ada pesakit yang baru tiba" muncul Ahmad dengan serius.

"Okay"

Begitulah kerjanya apabila berada di hospital. Semuanya masih sama seperti dahulu. Malah selepas dinaikkan pangkat juga, Umay tetap mahu bekerja di bahagian tersebut.

🍁

"Sedia semua. Berbaris ikut susunan masing-masing!!" Arah Yusuf dengan nada tegas.

Kembar tiga itu lantas berbaris mengikut susunan mereka. Bermula daripada Haffaz, Hayder dan Naqyla.

Yusuf tersenyum lucu apabila melihat teletah anak-anaknya itu. Masing-masing sudah faham dengan arahannya itu. Tambah pula, mereka bertiga sudah berumur 6 tahun.

"Semua dah perfect?" Soal Yusuf.

"Dah baba!!" Ucap mereka bertiga serentak.

"Okay. Jom kita gerak"

Yusuf lantas menyuruh mereka bertiga untuk ke bawah dahulu. Selepas itu, barulah dia menyusul.

Mereka mahu pergi ke rumah Tuan Adam kerana terdapat majlis kesyukuran atas ulang tahun kelahiran Umay. Umay juga meminta Yusuf untuk membawa anak-anak mereka di sana.

Selepas mengemaskan tali pinggang di dalam kereta, kereta Yusuf terus meluncur pergi.

🍁

"Sebelum turun, baba tak nak kamu buat perangai. Haffaz. Hayder" suara Yusuf ditekan sewaktu menyebut nama dua anak lelakinya itu.

Haffaz dan Hayder yang sedang ralit bermain dengan kereta mainan segera mengangkat kepala.

"Ya baba. Faham" balas mereka berdua.

"Dah. Mari turun"

Yusuf membuka tali pinggang mereka bertiga dan membawa masing-masing turun daripada kereta.

Naqyla pula setia memegang tangan Yusuf manakala Haffaz dan Hayder dengan laju berjalan masuk ke dalam rumah. Yusuf hanya berharap dua anak lelakinya itu tidak membuat onar di majlis itu.

"Baba. Mama mana?" Soal Naqyla tiba-tiba.

"Mama call baba tadi, mama dalam perjalanan. Naqyla rindu mama ke?" Balasnya dan memandang anak perempuannya itu.

"Naqyla rindu mama" jawab Naqyla dengan nada kendur.

"Kejap lagi mama sampai ya. Kita masuk dalam jumpa Tokma dengan Tokpa dulu" Yusuf lantas mendukung anak perempuannya dan masuk ke dalam.

Puan Khalisah dan Tuan Adam begitu teruja apabila melihat cucu-cucu mereka yang baru sahaja sampai.

Haffaz dan Hayder segera berlari ke arah Puan Khalisah dan Tuan Adam untuk bersalaman. Manakala Naqyla datang bersama Yusuf.

"Makan dulu Yusuf. Bacaan Yaasin dah selesai tadi" pelawa Puan Khalisah.

"Eh. Cepatnya siap mama"

"Papa kamu tu la. Lepas Isyak dia terus suruh pihak masjid buat. Tak sempat nak tunggu kamu dengan Umay"

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now