BAB 68 🍁

17.8K 1.2K 74
                                    

Sebulan berlalu dan Umay juga sudah hampir selesai berpantang. Malah bulan hadapan juga dia perlu meneruskan kerjanya di hospital seperti sebelum ini.

Yusuf yang sedang memandikan Haffaz melirik ke arah Umay yang sedang memakaikan pampers kepada Naqyla dan Hayder.

Hatinya terasa senang saat melihat wajah Umay yang asyik tersenyum. Seumur hidupnya dia tidak pernah membayangkan bahawa dirinya sudah menjadi suami dan ayah.

Pertemuannya dengan Umay dan pernikahan itu telah memberinya sebuah kebahagiaan yang tidak terucap.

Selesai memandikan Haffaz, Yusuf lantas masuk ke dalam bilik semula. Tubuh Haffaz di letakkan di hadapan Umay. Umay terus meletakkan bedak dan memakai pampers dan baju. Selepas itu, pasti hidung si kecil itu akan diciumnya.

Yusuf yang memandang hanya mampu menahan diri. Sudah lama dia tidak bermanja dengan Umay. Layanan Umay juga tidak seperti sebelum ini kepadanya.

"Yusuf..Yusuf!!" Tegur Umay berulang kali.

Sejak dari tadi dia memanggil Yusuf, tetapi Yusuf kelihatan seperti sedang temenung.

"Ya Umay?" Soal Yusuf apabila tersedar.

"Saya tanya awak ni, awak nak pergi tak majlis kahwin Nuha?" Soal Umay kembali.

"Bila?"

"Hujung minggu ni"

Yusuf berfikir sejenak. Dia tidak kisah dengan perkara itu, cuma siapa yang akan menjaga anak mereka. Puan Maria tiada kerana outstation kerja. Manakala Puan Khalisah dan Tuan Adam juga telah pergi ke Indonesia untuk hal tertentu.

"Boleh tu boleh Umay. Tapi siapa nak jagakan mereka bertiga?" Soal Yusuf teragak-agak.

"Saya la yang jaga. Saya kan tak habis pantang lagi. Jadi saya hantar awak je dekat kenduri tu. Wakil saya" jelas Umay.

"Huh? Umay nak jaga dia orang bertiga sendiri? Tak boleh. Saya tak nak. Kalau jadi apa-apa macam mana?" Nada suara Yusuf mula meninggi.

Perkara itu membuatkan Umay dan anak mereka tersentak. Naqyla juga menangis halus. Umay lantas memeluk anak perempuannya itu.

"Kenapa ni Yusuf? Saya boleh jaga mereka bertiga. Awak pergi, bukannya lama. Sekadar beri hadiah dan sampaikan salam saya dekat dia orang. Lepastu, balik semula"

"Saya bukan apa Umay, saya risau dalam keadaan yang singkat tu, berlaku sesuatu dekat awak. Kan dah susah dekat situ" luah Yusuf.

"Okay. Kalau macam tu, awak duduk rumah. Jaga dia orang, biar saya pergi sendiri ke sana" balas Umay pula.

Yusuf mula keliru. Ianya tetap sama. Dia tidak mahu meninggalkan Umay seorang diri.

"Mana boleh macam tu, Umay. Saya tak tergamak nak biarkan awak drive sendiri. Haish. Susah la macam ni" rungut Yusuf perlahan.

Umay terus terasa apabila mendengar rungutan Yusuf. Seolah anak mereka itu beban kepada Yusuf.

"Tak apalah. Saya tak pergi. Awak pun tak payah pergi. Saya tak nak susahkan orang lain" balas Umay dan mendukung Naqyla untuk ke katil bayi.

Haffaz dan Hayder yang sudah lena di atas katil segera dibawa ke katil bayi itu. Selepas melihat ketiga-tiga mereka lena, Umay terus keluar dari bilik tidur itu.

Yusuf pula terpinga-pinga di atas katil. Tiba-tiba dirinya ditinggalkan seorang diri di dalam bilik. Dia perasan dengan nada rajuk isterinya itu. Dia cuma risau dengan keselamatan Umay sahaja.

🍁

Yusuf turun ke bawah untuk mencari Umay. Perasaan bersalah mula menerpa dirinya. Dia tidak mahu perkara seperti itu menganggu rumah tangga mereka.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora