BAB 6 🍁

18.6K 1K 49
                                    

Puan Khalisah yang sedang mengemas rumah melepaskan nafas lega. Semuanya sudah dibersihkan olehnya. Puas matanya memandang.

Bunyi telefonnya yang berdering segera dijawab. Dia berasa gembira apabila menerima panggilan daripada anak perempuannya itu.

"Assalamualaikum Umay" ucapnya laju.

"Waalaikumussalam Mama. Mama tengah buat apa?" Soal Umay.

"Mama baru je siap kemas rumah. Ni pun baru je duduk. Umay pula?"

"Mama jangan angkat barang-barang yang berat. Nanti sakit pula pinggang mama. Umay tengah bersiap" balas Umay dengan nada prihatin pada mamanya.

"Umay jangan risau lah. Mama pandai jaga diri. Ni Umay cakap tengah bersiap? Nak ke mana?" Puan Khalisah mula hairan dengan ucapan Umay.

"Mama. Kalau Umay cakap, mama jangan marah ya. Ini pilihan Umay sendiri" nada suara Umay mula berubah kepada nada serius.

Puan Khalisah mula berdebar. Dia risau jika permintaan Umay minggu lepas diambil oleh anaknya itu. Dia tidak mahu Umay ke Syria.

"Umay kena cakap dulu. Baru mama boleh fikir sama ada nak marah atau tak" ujar Puan Khalisah.

"Mama tahu kan kes letupan dekat sempadan Malaysia-Thailand tu?" Kata Umay dengan nada teragak-agak.

"Umay jangan cakap, Umay kena pergi sana?" Balas Puan Khalisah dengan nada tinggi.

"Maaf Mama. Umay terpaksa ke sana. Umay kena tolong penduduk yang tercedera" balas Umay dengan nada serba salah.

"Ya Allah Umay. Kenapa tak bagi tahu Mama lebih awal. Tak boleh ke kalau Umay tarik diri?"

"Tak boleh mama. Nama Umay dah dihantar sebagai doktor pembantu dekat sana. Mama jangan risau, Umay pandai jaga diri" ujar Umay dengan nada lembut.

Puan Khalisah hanya mengeluh perlahan. Sikap anaknya sama seperti sikap suaminya. Sejenis hati keras. Dia juga tidak boleh memujuk lebih jika itu sudah tugas Umay.

"Haish. Tak pe lah Umay. Mama doakan keselamatan anak mama ni dekat sana. Umay bantulah semua insan yang memerlukan. Mama tak marah Umay, cuma mama risau. Kalau ada masa, call mama ya. Jangan buat mama risau seorang dekat sini" ujarnya dengan nada pasrah.

"Baik mama. Terima kasih. Nanti mama beritahu papa ya. Umay dah nak kena gerak malam ni ke Kelantan, jadi takut lambat pula bersiap kalau call papa. Mama doakan Umay ya"

"Baiklah sayang. Mama doakan segala urusan Umay dipermudahkan di sana"

"Assalamualaikum mama" ucap Umay dan menamatkan panggilan telefon itu.

Puan Khalisah hanya menjawab di dalam hati. Dia berharap anaknya sentiasa dilindungi Allah. Selepas ini, dia perlu memberitahu suaminya pula tentang perkara itu. Dia sudah dapat membayang apa yang bakal dijawab oleh Tuan Adam.

🍁

Semua doktor yang sudah memilih untuk membantu merawat penduduk di Kelantan sudah bersiap sedia di ruangan lobi. Mereka semua sedang menunggu ketibaan pengangkutan yang akan mengangkut mereka ke sana.

"Umay okay?" Soal Maryam apabila melihat Umay yang sedikit termenung

"Umay okay je. Maryam jangan risau" balasnya dan tersenyum.

Hatinya benar-benar berdebar ketika itu. Semuanya rasa tidak enak padanya.

"Baiklah semua. Van yang akan bawa kita semua dah sampai. Jadi boleh gerak sekarang" laung seorang jururawat lelaki.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now