BAB 49 🍁

17.8K 1.1K 155
                                    

Yusuf melipat sejadahnya dan bergerak ke almari. Bajunya juga ditukar kepada tshirt lain.

Kaki dibawa ke arah katil. Umay yang masih lena dipandang dengan pandangan sayang. Pipi isterinya dicium lembut.

Selepas itu, dia terus berlalu keluar. Ada sesuatu yang perlu dia uruskan.

Selepas tiba di tempat yang ditetapkan, Yusuf lantas berjalan ke arah kedai. Naim yang sedang mengunyah roti canai hanya mengangkat tangan.

"Lama dah ke kau dekat sini?" Soal Yusuf selepas memberi salam.

"Tak pun. Makanan aku pun baru sampai. Pergi lah order dulu" ucap Naim dan menelan air kopi.

Selepas mengambil pesanan, Yusuf segera bertanya tentang hal yang diminta olehnya kepada Naim.

"Macam mana yang aku minta semalam. Dah jumpa?"

"Oh yang tu. Dah dah. Ni ha maklumat tu" Naim menyerahkan satu sampul kepada Yusuf.

Yusuf segera membuka sampul tersebut. Beberapa maklumat yang diperoleh oleh Naim dibaca sekali imbas.

"Patut la. Budak ni hisap dadah" ucap Yusuf dan meletak dengan kuat kertas itu di atas meja.

"Kenapa? Dia cari pasal dengan kau ke?" Soal Naim pelik.

"Dia dah pukul kepala Isteri aku. Aku tak kan mudah lepaskan budak macam ni" jelas Yusuf.

"Patutlah kau angin sangat. Aku dah tahu dia duduk dekat mana. Kau nak pergi tak? Jumpa budak tu" ujar Naim dengan serius.

"Boleh. Dia tak kenal lagi dengan aku. Berani dia sentuh isteri aku. Salah orang nak ajak gaduh" ucap Yusuf dan merenung tajam ke arah gambar Zarul.

Naim yang mendengar luahan Yusuf hanya mengunci mulut. Dia tidak mahu menambahkan api dalam diri Yusuf. Dia hanya mahu membantu.

🍁

Zarul terbaring dengan mata yang kuyu. Dadah yang baru sahaja ditelan telah memberi kesannya secara perlahan-lahan. Lantai yang agak berdebu dan kotor itu telah menjadi tempat tidurnya selama beberapa bulan.

Baru sahaja dia ingin melelapkan matanya, pintu rumah yang sudah usang itu ditendang dari luar sehingga tercabut.

Dengan keadaan khayal, Zarul berdiri dan cuba melihat siapa yang telah menendang pintu rumahnya itu.

"Kau siapa huh!" Jerkah Zarul sekuat hati.

Yusuf yang melihat keadaan Zarul yang khayal hanya mengetap bibirnya kerana geram. Tanpa menunggu lama, wajah Zarul ditumbuk sekuat hati sehingga membuatkan Zarul jatuh tersembam.

Zarul berusaha untuk bangun walaupun muka dan kepalanya terasa sakit. Matanya juga kabur apabila memandang ke arah Yusuf.

"Kau siapa huh?! Tiba-tiba tumbuk aku!' tengking Zarul sekuat hati.

"Kau dah cederakan isteri aku dan kau dah musnahkan hidup adik aku. Kau ingat aku akan lepaskan kau macam tu je? Jangan mimpi"

Yusuf memegang kolar baju Zarul dengan kasar dan menarik Zarul untuk keluar daripada rumah.

"Apa ni. Lepaskan aku lah. Aku tak kenal isteri dengan adik kau!!"

Balas Zarul dan berusaha untuk melepaskan tangan Yusuf. Tetapi kekuatannya tidak setanding Yusuf.

"Kalau ikutkan aku sekarang, aku nak bunuh kau. Tapi aku masih waras. Masuk!!" Yusuf menolak dengan kasar Zarul untuk masuk ke dalam kereta.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now