BAB 34 🍁

18.3K 1K 71
                                    

"Hai pengantin baru" tegur Nuha dari arah belakang Umay.

Umay hanya menjeling tajam ke arah Nuha yang baru sahaja duduk.

"Punya lah busy kau kan. Sejak aku balik dari Turki, tak nak jenguk pun" Umay lantas berpura-pura merajuk.

"Ala tomey-tomey. Aku busy sangat-sangat wei. Banyak kes berkaitan dengan ibu mengandung yang aku kena settlekan. Tambah pula Dr. Rita join sukarelawan dekat Turki tu. Lagi bertambah kerja aku. Sorry la Umay" ucap Nuha dengan serba salah.

"Hahahaha. Tahu pun cuak. Aku gurau je la. So sekarang kerja kau banyak lagi ke?"

"Macam biasa la. Aku sentiasa kena get ready je ni. Bila-bila masa ada ibu yang akan bersalin. Kau ni tak de kerja ke? Ajak lepak pula" bebel Nuha.

"Aku tengah tunggu pukul 6 ni. Ada pembedahan nanti. Ni, aku tengah rehatkan badan kejap" luah Umay.

"Faham. So macam mana life kau sekarang. Happy-happy ke atau sad-sad?" Soal Nuha. Teruja dengan cerita Umay.

"Aku baru jumpa dia dalam 3 hari. Lepas nikah, kita orang duduk sekali selama 2 hari. Lepastu aku kena gerak pergi Turki. Lepastu semalam dia baru balik dari tempat kerja dia. So macam gitu je la. Jumpa dan sembang mana sempat je" balas Umay dan menyedut airnya.

"La. Tak romantiknya. Tak pergi honeymoon ke?"

"Nak honeymoon macam mana. Tugas aku tak tetap dekat hospital ni. Bila-bila je siren ambulans akan berbunyi"

Umay juga sentiasa alert dengan semua situasi di hospital. Lagi-lagi dia bekerja di bahagian kecemasan. Kurang masa untuk berehat.

"Aah kan. Kasihan la abe Yusuf. Terpaksa tahan diri" ucap Nuha dengan muka sedih.

"Kau tak payah nak kasihan sangat ya. Aku pukul kejap lagi"

Geram pula Umay dengan sikap Nuha. Ada sahaja yang nak dikenakan.

"Hahaha. Aku gurau je la. Eh. Kau dengar tak cerita tentang Naufal?" Tiba-tiba nada suara Nuha berubah menjadi serius.

"Kenapa pula dengan mamat tu?" Tanya Umay dengan malas.

"Dia cakap dia nak pinang kau. Tak ke gila mamat tu" ucap Nuha dengan nada tinggi.

"Haa?!!!" Jerit Umay dengan kuat.

Beberapa doktor dan jururawat yang berehat di kafeteria itu mula memandang ke arah Umay. Masing-masing terkejut dengan jeritan Umay.

"Ya wei. Dia cakap dekat ketua jururawat, Kak Liza. Katanya kalau Umay bercerai, dia nak masuk minang kau cepat-cepat"

Umay mula berasa tidak sedap hati. Semakin hari semakin melampau Naufal kepadanya.

"Gila ke mamat tu. Aku dah tolak cinta dia dekat Turki hari tu, dia still bebal nak dekat aku. Dah takde perempuan lain ke dekat dunia ni" marah Umay.

"Rileks sis. Aku pula yang takut tengok kau amuk macam ni"

Nuha hanya menelan air liur. Seriau juga dia melihat amarah Umay.

"Bahaya juga la lelaki macam ni. Dia macam obses dengan kau. Apa kata kau minta Yusuf datang hospital. Tunjuk yang kau ni dah bersuami. So takde la dia menggila dengan kau" cadang Nuha.

"Haish. Aku malas nak kaitkan Yusuf dalam hal ni. Dia tak perlu tahu pun. Dia pun ada masalah dia juga" nada suara Umay mula kendur.

"Nak tak nak kau kena bagi tahu. Isu ni dah besar tau dekat hospital kita. Kalau Yusuf dengar daripada orang luar. Habis kau" pesan Nuha.

"Nantilah aku fikir. Aku nak kena gerak ke bahagian emergency ni. Nanti kita borak lagi. Thanks bagi tahu aku" ucap Umay dan berlalu pergi.

Nuha hanya melepaskan satu keluhan. Dia berharap Umay segera memberitahu Yusuf tentang perkara itu. Dia risau jika Naufal mengambil jalan lain untuk mendapatkan Umay.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now