BAB 25 🍁

18.6K 1.2K 279
                                    

Umay meramas tangannya yang mula berasa berpeluh. Masa untuk dia bergerak ke masjid sudah hampir tiba. Dan majlis akad nikah mereka juga akan berlangsung selepas solat Isyak.

Nuha yang sedang mengemaskan tudung Umay hanya tersenyum. Dari riak wajah Umay sahaja dia tahu Umay sedang gelisah.

"Cantiknya kau, Umay" puji Nuha.

Wajah Umay yang sudah sememangnya putih tidak memerlukan sangat mekap tebal di wajahnya. Seri yang dimiliki oleh Umay juga sudah cukup memadai.

"Aku takut la Nuha. Kalau aku lari. Agak-agak sempat tak?" Ujar Umay.

"Kau gila ke Umay. Kita tengah tunggu papa kau datang ambil je ni. Jangan buat hal" balas Nuha.

"Kenapa cepat sangat masa berlalu wei. Aku tak ready lagi. Kenapa la aku pergi setuju dulu"

Penyesalan mula menerpa diri Umay. Terasa semuanya tidak sepatutnya berlaku.

"Haish. Jangan fikir bukan-bukan Umay. Kau tak nak malukan papa dengan mama kau kan. So jangan fikir nak lari" pesan Nuha.

Umay mengetap bibirnya dengan wajah sedih. Hatinya benar-benar dihambat rasa gelisah.

Ketukan di pintu membuatkan tubuh badan Umay tersentak. Nuha segera membuka pintu dan membenarkan Puan Khalisah untuk masuk.

"Mama" ucap Umay perlahan.

"Cantiknya anak mama. Akhirnya dapat juga mama tengok Umay pakai baju pengantin" puji Puan Khalisah dan mengamati wajah anggun Umay.

"Mama. Umay takut" luah Umay.

"InsyaAllah semuanya baik-baik je. Pihak lelaki pun dah ada dekat masjid. Papa minta Umay turun sekarang. Kita dah nak gerak" ucap Puan Khalisah.

Umay memegang dadanya yang berdegup laju. Hidupnya tidak pernah setakut itu. Tangan kanan yang dipegang oleh Puan Khalisah juga hanya direnung kosong.

Nuha di sebelahnya juga cuba untuk meredakan keresahannya.

Umay menarik nafas sebelum bangun. Walau apa pun yang berlaku, dia perlu hadapi hidupnya selepas ini. Masih ada banyak hal yanh harus dia selesaikan.

🍁

Yusuf sudah terketar-ketar sewaktu duduk di hadapan tok kadi itu. Dia tidak pernah rasa gementar seperti itu dalam apa jua misi mereka.

Shahim yang duduk di sebelah Yusuf sudah ketawa kecil. Dia tidak pernah melihat Yusuf setakut itu. Pertama kali dia melihat wajah Yusuf yang cukup tegang.

"Pengantin perempuan dah sampai Tok" muncul seorang lelaki untuk memberitahu.

Yusuf mula menarik nafas. Nampaknya dia tidak boleh melarikan diri lagi. Dia perlu menempuh perkara itu.

Shahim mula menoleh ke belakang untuk melihat wajah pengantin perempuan. Sejak dari pagi dia teringin mahu melihat bakal isteri kepada Yusuf.

"Eh?"

Eh?

Eh?

Mulut Shahim agak ternganga apabila melihat Umay yang berpakaian abaya putih melangkah masuk ke dalam masjid. Terkelip-kelip matanya kerana tidak percaya saat Umay duduk di bahagian tempat duduk pengantin perempuan.

Umay yang baru masuk juga sempat melirik ke arah Shahim. Cuma dia pelik dengan pandangan lelaki itu ke arahnya. Seperti melihat hantu. Umay mula cuak jika mekapnya hodoh.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now