BAB 27 🍁

19K 1.1K 65
                                    

Umay mengeraskan badannya di bawah comforter itu. Dia tidak mahu berbual dengan Yusuf pada malam itu. Risau jika 'malam pertama' mereka berubah menjadi lain.

Bunyi pintu yang ditutup menambahkan debar Umay. Umay terus berpura-pura untuk lena. Dia tidak sanggup untuk berhadapan dengan Yusuf.

Apabila katil itu bergerak, Umay mula berasa seram sejuk. Dia hanya mampu berdoa supaya Yusuf tidak berbuat apa-apa yang pelik kepadanya. Dia masih belum bersedia.

Tiba-tiba ada tangan yang menyentuh bahu Umay dari belakang. Umay cuba untuk tidak memberi apa-apa reaksi. Dia hanya membiarkan sahaja Yusuf memegang bahunya.

Perlahan-lahan Yusuf memusingkan tubuh Umay untuk mengadapnya. Selepas Umay sudah mengadapnya barulah dirinya berbaring.

"Tak elok tidur membelakangkan suami" bisik Yusuf dengan nada lembut.

Selepas itu, barulah Yusuf terlelap. Dia juga berasa penat kerana mengurus majlis mereka pada malam itu.

Umay mencelikkan matanya perlahan-lahan. Terasa sesak nafas apabila dia bertahan sebentar tadi. Malah dia tidak sangka Yusuf akan memusingkan badannya untuk mengadap Yusuf.

Umay merenung lama ke wajah Yusuf yang sudah lena itu. Dia tidak sangka itu adalah wajah sebenar Yusuf. Sebelum ini, hanya mata Yusuf sahaja yang dilihatnya.

"Hensem juga" bisiknya di dalam hati.

Lama dia termenung sambil memandang wajah Yusuf, akhirnya Umay terlelap juga.

🍁

Yusuf membuka matanya apabila terdengar bunyi jam penggera yang dikunci oleh Umay. Jam tersebut berada di meja sebelah katil itu.

Yusuf mengambil jam tersebut dan mematikan. Dia juga menguap buat seketika apabila ngantuknya masih tersisa.

Jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Yusuf memandang pelik ke arah sebelah. Tiada tubuh Umay di situ. Yusuf memandang pula ke arah bilik air dan dia melihat lampu bilik air itu menyala. Mungkin Umay sudah bangun.

Yusuf merenggangkan badannya terlebih dahulu. Dia juga tidak sangka yang dia boleh tidur dengan nyenyak di katil Umay itu. Sebelum ini, dia lebih suka berjaga sehingga ke pagi.

Bunyi pintu bilik air yang dibuka mengalihkan pandangan Yusuf. Matanya terus bulat apabila melihat Umay yang hanya berkemban ketika itu.

Umay yang terkejut kerana Yusuf sudah bangun segera membaling tuala mukanya ke arah muka Yusuf.

"Aduh!" Yusuf tidak sangka balingan Umay sekuat itu malah tepat ke wajahnya.

Umay dengan laju berlari ke bilik pakaiannya. Terasa mahu meletup wajahnya saat itu kerana malu. Dia tidak sangka Yusuf akan bangun seawal itu.

"Ya Allah. Malunya aku" bebel Umay berulang kali.

Yusuf yang mendengar suara Umay membebel dari bilik pakaian itu hanya tersenyum kecil. Dia tidak sangka Umay akan berkemban seperti itu. Malam semalam kemain tidur dengan tudung sarung.

Tanpa berlengah lagi, Yusuf terus berjalan masuk ke bilik air. Dia perlu membersihkan diri untuk solat subuh pula.

🍁

Habis membacakan doa, Yusuf berkalih ke belakang untuk mengadap Umay. Dia tersenyum saat melihat Umay yang bermain dengan bulu sejadah itu.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now