BAB 16 🍁

17.1K 1K 68
                                    

Yusuf berdiri tegak di hadapan Jeneral Dato' Seri Khalid. Beberapa tentera bepangkat tinggi juga berada di situ. Mereka baru sahaja tiba daripada ibu pejabat.

"Jelaskan pada kami macam mana dengan laporan semasa" ucap Jeneral Dato' Seri Khalid.

"Baik Tuan. Seperti mana yang Tuan dan yang lain tahu, pasukan Komando telah membanteras markas musuh di perairan Sungai Golok. Malah penduduk yang diculik juga sudah dibawa pulang. Masalah yang timbul adalah kerana terdapat seorang daripada musuh luar menyelinap masuk ke kawasan Kampung Gemersik. Disebabkan beliau hanya keseorangan, kami berpendapat ianya dari kes dendam. Mungkin dia sudah tahu tentang letupan yang berlaku di markas mereka" jelas Yusuf.

"Jadi kes ini boleh dikatakan sudah selesai?" Soal seorang Mejar tentera yang duduk berhampiran Jeneral.

"Kami masih tidak dapat memberi kata putus seperti itu. Kawalan kawasan di Kampung Indera juga sudah diketatkan. Sebarang risiko berkaitan pemberontak ini sukar untuk dinilai buat masa sekarang" sambung Yusuf.

"Saya faham. Sekarang ni, saya serahkan pada pasukan Komando untuk berjaga di dua buah Kampung ini. Sekurang-kurangnya seminggu untuk darurat ini berakhir" ujar Jeneral Dato' Seri Khalid.

"Baik Tuan" jawab Yusuf dan menundukkan badannya sedikit.

Selepas perbincangan itu selesai, Jeneral dan beberapa pegawai tertinggi lantas beredar. Mereka hanya mahu melihat dan memastikan keadaan di situ sudah terkawal.

Yusuf melepaskan nafas lega. Mujurlah tiada siapa yang dipersalahkan ketika itu. Jika perkara itu berlaku, timbul masalah besar di masa akan datang.

🍁

"Dr. Umay"

Teguran seseorang dari belakang Umay menyentak tubuh Umay. Dia sedang tekun melihat nama penduduk yang baru sahaja ditemui.

Umay lantas berpusing ke belakang dan melihat Shahim di situ.

"Tuan Im?" Tekanya teragak-agak.

Biasalah semua tentera yang berpakai hitam kelihatan sama di mata Umay.

"Macam mana Dr boleh cam saya?" Shahim terkejut apabila Umay dapat mengenalinya.

"Saya kenal suara Tuan Im. Lain dari yang lain" balas Umay dan tersenyum.

"Lain dari yang lain? Suara saya lunak sangat ke?"

Shahim menjenguk ke arah dokumen yang diteliti oleh Umay tadi.

"Tak juga. Kaki Tuan dah sembuh ke?" Soal Umay apabila teringat pada luka di kaki Shahim.

"Alhamdulillah dah. Ada jururawat dah bagi tahu saya yang luka tu dah kering. Dr tengah buat apa ni?" Soal Shahim lagi. Terjadi ramah pula.

"Saya tengah check nama penduduk yang baru ditemui pagi tadi. Lebih 15 orang sahaja yang masih belum dijumpai" jelas Umay dengan nada lemah.

"Dr jangan risau. Pasukan tentera bukannya sejenis yang lemah. Mereka semua ni berkaliber dalam melakukan kerja"

Umay menganggukkan kepala bagi mengiyakan kata-kata Shahim. Dia perasan ada beberapa askar yang masih belum berehat. Masing-masing cuba untuk mencari mangsa yang terkambus.

"Cara awak cakap dah macam Tuan Komando yang seorang lagi" ucap Umay tiba-tiba.

"Haa? Siapa? Tuan saya tu ke?" Shahim mula pelik.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now