BAB 47 🍁

18.1K 1.1K 88
                                    

Umay mula berdebar. Tangannya juga terketar-ketar apabila melihat Yusuf di pintu bilik.

Senyuman Yusuf ketika itu membuatkan Umay terus mengalirkan air mata. Dia seperti merasakan Yusuf benar-benar berada di situ.

Adakah itu mimpinya atau realiti?

"Yusuf..?" Ucap Umay dengan nada getar.

"Assalamualaikum Umay. Isteriku" ucap Yusuf dan tersenyum.

"Yu..suf?" Soal Umay tidak percaya.

Dirinya yang mahu berjalan ke arah Yusuf terhenti. Badannya masih sakit untuk bergerak laju.

Yusuf segera meletakkan begnya di atas lantai dan segera mendapatkan Umay. Tubuh Umay didakap erat seperti tidak mahu melepaskan Umay pergi.

Umay juga mendakap Yusuf dengan erat. Dia seperti tidak percaya bahawa Yusuf sudah pulang. Susuk badan itu sudah berada dengannya.

"Yusuf!" Ujarnya dengan nada tidak percaya.

"Ya Umay" balas Yusuf dan mengemaskan pelukannya.

"Yusuf.." kali ini nada suara Umay sudah berubah menjadi sayu.

Dia cukup kenal dengan suara Yusuf. Suara yang begitu dekat dengan dirinya. Suara yang sentiasa memenuhi ruang hati.

Air matanya dengan laju turun ke pipi. Malah tangisannya juga semakin menjadi-jadi.

Yusuf meleraikan pelukan mereka dan memegang kedua-dua belah pipi Umay. Dahinya dilagakan dengan dahi Umay dan di memejam mata.

"Saya rindukan awak sangat-sangat" ucap Yusuf dengan nada sebak.

Umay hanya memejam mata sambil mengalirkan air mata. Dia masih tidak sangka Yusuf bersamanya.

"Saya pun rindukan awak sangat-sangat, Yusuf" balas Umay dengan nada sayu.

Yusuf tersenyum dengan mata yang berair. Dahi Umay dikucup lama. Dia bersyukur tiada apa yang buruk berlaku kepada Umay.

Walaupun perkara yang diceritakan oleh Puan Maria menyentak tangkai hatinya, dia tetap perlu redha. Dia tahu Umay pasti akan berasa lebih sedih daripadanya.

🍁

Umay tidak lepas daripada memegang tangan Yusuf. Dia risau jika pegangan tangannya dilepaskan, Yusuf akan menghilang dan pergi.

Yusuf yang duduk di sebelah Umay hanya mengelus lembut rambut Umay. Dia juga kasihan melihat Umay seperti itu. Wajah Umay yang muram menyesakkan hatinya.

"Awak jangan tinggalkan saya. Saya tak nak awak pergi" ucap Umay tiba-tiba.

"Umay. Saya dah balik. Saya akan teman Umay dekat sini" balas Yusuf dan mencium lembut pipi Umay.

Lama Umay mendiamkan diri. Yusuf pula yang berasa tidak sedap hati. Dia tahu apa yang jadi kepada Umay. Tetapi hatinya tidak mahu bertanya selagi Umay tidak memberitahunya sendiri.

"Yusuf. Saya minta maaf sebab tak jaga anak kita dengan baik. Saya bukan ibu yang baik pada dia" luah Umay dengan nada sedih.

Yusuf yang mendengar luahan Umay tersenyum tipis.

"Tak apa Umay. Rezeki kita takde lagi. InsyaAllah suatu hari nanti, Allah akan hadiahkan untuk kita" pujuk Yusuf dan duduk mengadap Umay.

"Kalau saya tahu saya pregnant, saya pasti akan jaga dia dengan baik" sambung Umay lagi.

"Umay, isteriku sayang.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now