BAB 57 🍁

17.1K 1.3K 145
                                    

Mereka semua telah dibawa pulang ke Semenanjung Malaysia semula. Hanya beberapa tentera yang sememangnya bertugas di bahagian Sabah dikekalkan untuk mengawasi beberapa kawasan.

Di dalam kereta, Umay hanya mengunci mulutnya. Wajah Yusuf juga tidak dipandang langsung. Dia juga mahu melaksanakan perang kepada Yusuf.

Jika Yusuf merajuk dengannya, dia juga akan berbuat benda yang sama. Biar sama-sama merajuk.

Sampai sahaja di rumah mereka, Puan Khalisah dan Puan Maria sudah menunggu di luar rumah. Malah Tuan Adam juga segera mendapatkan kereta Yusuf.

Yusuf yang mahu membantu Umay berdiri hanya ditepis oleh Umay. Tersentak Yusuf apabila tangannya ditepis oleh Umay.

"Tak perlu sentuh saya. Papa saya ada" ucap Umay dan menggapai tangan Tuan Adam.

Tuan Adam juga perasan dengan kelainan suasana di antara anak dan menantunya itu. Nampak seperti sedang bergaduh.

Tuan Adam segera memapah Umay untuk masuk ke dalam rumah. Yusuf pula hanya ditinggalkan di belakang dan hanya mengambil beg-beg pakaian dirinya dan Umay.

"Macam mana boleh jadi macam ni Umay" ucap Puan Khalisah sambil melihat balutan di kaki kanan anaknya itu.

"Nak buat macam mana mama. Batu tu dah ditakdirkan untuk hempap kaki Umay" balas Umay dengan nada kendur.

"Tak apa. Asalkan nyawa anak mama ni selamat. Mama bersyukur sangat dah" ujar Puan Khalisah.

"Lepas ni Umay tak boleh banyak bergerak sangat. Apa-apa yang Umay nak, minta tolong Yusuf" ucap Puan Maria pula.

Yusuf yang baru sahaja turun dari tingkat atas segera mengambil tempat di sebelah Puan Maria.

Umay hanya mengunci mulut. Dia tidak tahu untuk berbalas apa.

"Haaa. Kamu Yusuf? Luka dekat perut tu macam mana?" Soal Tuan Adam pula.

"Alhamdulillah, dah hampir pulih papa. Dr cakap takde dah luka dalam atau sebagainya" jawab Yusuf. Itu sudah hakikat.

"Baguslah kalau macam tu. Risau papa bila dengar kamu kena tembak. Lepastu si Umay ni pula yang patah kaki" Tuan Adam meluahkan rasa risaunya.

"Mama dengan bonda stay sini kan?" Soal Umay sebagai penukar topik perbualan.

Puan Khalisah dan Puan Maria segera memandang antara satu sama lain. Mereka berdua pelik dengan permintaan Umay.

"Tak Umay. Bonda ada kerja outstation start esok. Jadi bonda tak dapat nak teman kamu. Maaf ya Umay" pinta Puan Maria dengan rasa pasrah.

Umay hanya menunduk kecewa. Dia terlupa Puan Maria masih bekerja. Yusuf pula hanya mendiamkan diri.

"Mama boleh kan?" Soal Umay lagi.

"Maaf Umay. Mama tak boleh teman Umay dekat sini. Mama terpaksa ikut papa kamu ke Langkawi. Ada hal kerja sikit. Kan papa"

"Aah Umay. Hal tu memang tak boleh tangguh dah sebab terkait dengan orang atas. Maafkan papa ya" balas Tuan Adam pula.

Umay mula berasa tidak senang duduk. Siapa yang akan menjaganya di rumah itu. Dia hanya mampu berharapkan Puan Khalisah dan Puan Maria sahaja. Begitu juga dengan Tuan Adam.

"Umay jangan la risau, Yusuf kan ada. Yusuf boleh jaga Umay dekat rumah" ucap Puan Khalisah. Dia perasan dengan riak wajah Umay yang kelihatan resah.

"Aah Umay. Yusuf pun tak pergi kerja lagi sekarang ni. Molek sangat dia jaga kamu" sambung Tuan Adam.

Yusuf menarik senyum sesaat. Itu yang dinanti olehnya. Dia mahu Umay berharap kepadanya seorang. Biar nampak tugasnya sebagai suami itu ada.

"Baik mama. Papa. Bonda"

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now