BAB 43 🍁

16K 983 88
                                    

Umay meletakkan beg Iwani di tepi katil. Buat masa itu, dia meminta Iwani untuk duduk di rumah sewa yang disewanya buat seketika. Rumah itu juga tidak jauh daripada hospital.

"Boleh Wani ceritakan pada akak tentang semua yang berlaku? Dan sejak bila benda ni berlaku" ucap Umay dan duduk di sebelah Iwani.

"Wani kenal dia waktu dekat universiti dulu. Dia selalu tolong Wani dalam semua perkara termasuk kewangan. Tapi lepas Wani sibuk jaga abah dekat hospital, perangai dia berubah. Dia asyik marah-marah dekat Wani sampai pukul. Lepastu dia minta Wani kembalikan duit dia. Tapi bukan dengan nilai yang sama. Dia gandakan. Sebab tu, Wani selalu minta duit dekat abah. Tapi abah selalu minta dekat Abang Yusuf. Tapi Abang Yusuf tak masukkan sebanyak yang Wani nak. Jadi Wani tak dapat nak bayar hutang Wani dekat dia. Disebabkan tu dia paksa Wani untuk layan dia sebagai alasan hutang Wani pada dia. Lepastu, dia dah hilangkan diri. Semua media sosial dia, Wani tak dapat nak contact. Dan Wani pun baru tahu yang Wani mengandung" jelas Iwani sambil menangis teresak-esak.

Saat itu, dia menyesal kerana hidup terlalu bebas. Yusuf pernah menasihatinya supaya tidak membuat Encik Syafik susah, tetapi semuanya terlambat. Dia juga mahu mencuba segalanya sehingga memerangkap diri sendiri.

Umay yang mendengar cerita Iwani berasa simpati. Gadis semuda itu ditipu oleh dunia luar. Terlalu disuapkan dengan keindahan dunia sehingga memerangkap diri sendiri.

"Kak Umay tolong jangan bagi tahu Abang Yusuf. Wani mohon sangat. Wani takut dengan Abang Yusuf" rayu Iwani.

"Tapi lama-kelamaan, perut Wani akan membesar. Waktu tu, Abah dengan Abang Yusuf pasti tahu"

"Wani minta sangat dekat Akak. Jangan bagi tahu Abang Yusuf. Kalau Abang Yusuf tahu, Wani mungkin mati. Wani takut sangat dengan Abang Yusuf" rayu Iwani dengan nada teresak-esak.

Umay yang mendengar rayuan Iwani terkedu. Setakut itu Iwani kepada Yusuf. Dia tahu Yusuf juga memiliki sifat barannya. Tetapi dia tidak pernah membayangkan Yusuf akan mencederakan orang lain.

"Bagi Kak Umay fikir dulu ya. Kak Umay tak nak hidup Wani terabai macam ni. Kak Umay tak nak Wani hidup dalam ketakutan" jelas Umay.

"Tapi Abang Yusuf tak pernah anggap Wani sebagai adik dia. Wani ni bukan adik dia tapi musuh dia. Kalau Kak Umay tak nak tolong Wani, Wani redha. Mungkin tempat Wani bukan dekat sini" ujar Iwani.

"Wani jangan cakap macam tu. Wani tetap adik Kak Umay. Kak Umay akan bantu Wani semampu yang akak boleh. Wani jangan risau. Wani jaga sahaja kandungan dan diri Wani" pujuk Umay dan memeluk tubuh Iwani.

Iwani hanya mampu menangis semahu-mahunya di bahu Umay. Dia tidak sangka masih wujud manusia yang mempunyai sikap simpati seperti Umay. Malah kakak iparnya juga sudi menerima dirinya walaupun dia tiada pertalian darah dengan Yusuf.

🍁

Yusuf melepaskan nafas penat selepas puas membantu beberapa rakyat Palestin untuk berpindah.

Bahu yang terasa sengal digerakkan sedikit untuk mencari keselesaan. Mereka semua masih berbaki sebulan sahaja lagi untuk kembali ke Malaysia. Pejam celik pejam celik, semuanya sudah hampir diselesaikan oleh pihak mereka.

"Kau okay tak ni?" Soal Shahim dari sebelahnya.

Sejak tadi dia melihat Yusuf seperti penat. Wajah Yusuf juga kelihatan seperti berada dalam kerisauan.

"Aku okay. Cuma aku rasa macam tak sedap hati" luah Yusuf.

"Kenapa? Kau rasa dia orang akan serang tempat ni lagi?" Duga Shahim.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now