BAB 41 🍁

17.5K 1.1K 74
                                    

Sebulan berlalu selepas kepergian Yusuf ke Gaza, Palestin. Tugas Umay juga berjalan seperti biasa. Dirinya juga jarang pulang ke rumah Yusuf.

Dia tidak mampu untuk duduk bersendirian di rumah itu. Hatinya pasti akan merindukan Yusuf.

Hujung minggu juga, Umay akan menjenguk Puan Maria dan Puan Khalisah. Kedua-dua ibu kesayangannya itu sering diajak berbual. Malah banyak perkara baru yang diketahui Umay berkaitan dengan diri Yusuf.

Situasi di hospital menjadi sedikit riuh apabila terdapat seorang pesakit mengamuk. Umay yang kebetulan baru sahaja selesai pembedahannya berasa pelik. Kakinya laju di bawa ke arah kaunter.

"Kenapa tu?" Soal Umay.

"Ouh Dr. Umay. Tu ha, Encik Syafik. Dia mengamuk bila Dr. Irfan nak masukkan ubat. Lepastu anak perempuan dia hilang entah ke mana. Dah dua hari tak muncul" jelas Sarah.

Umay yang mendengar nama Encik Syafik disebut segera berlari ke arah bilik itu. Dia melihat beberapa Dr dan nurse sedang berusaha meredakan kemarahan Encik Syafik.

"Panggil anak aku balik!! Aku tak nak duduk sini" marah Encik Syafik sekuat hati.

Irfan sudah stress dalam menangani sikap Encik Syafik. Jika Encik Syafik masih seperti itu, dia risau ianya akan memberi kesan kepada jantung Encik Syafik.

"Maaf menganggu Dr. Boleh tinggalkan saya dengan Encik Syafik sekejap" muncul Umay tiba-tiba.

"Kenapa Umay? Kau tahu nak redakan dia?" Soal Irfan perlahan.

"Tak apa. Aku cuba dulu. Aku nak kau dengan yang lain keluar dulu" balas Umay.

Irfan hanya mengangguk dan meminta nurse yang lain untuk tinggalkan Umay di situ. Masing-masing mula keliru dengan kehadiran Umay. Encik Syafik yang melihat Umay hanya menjeling.

"Aku takde masa nak dengar cakap kau. Keluar!" Tengking Encik Syafik.

"Assalamualaikum Abah. Maafkan saya sebab lambat kenalkan diri saya pada abah. Saya Umay, isteri Yusuf" ucap Umay dan tersenyum tipis.

Encik Syafik yang mengetahui bahawa Umay adalah isteri Yusuf tersentak. Dia tidak sangka isteri Yusuf bekerja di hospital itu sebagai seorang doktor.

"Kau kerja dekat sini?" Soal Encik Syafik. Sukar untuk mempercayai.

"Ya abah. Saya dah bekerja dekat sini sejak 4 tahun yang lalu. Saya tak sangka rupanya bapa mertua saya adalah pesakit di hospital ni. Maafkan saya"

Encik Syafik mula berasa malu. Dia yakin pasti Umay mengetahui tentang sikapnya di situ.

"Lepastu kau jumpa aku ni kenapa? Sebelum ni kau tak pernah pun lawat aku. Sebab kau malu dengan nurse, Dr yang lain?" Perli Encik Syafik.

Umay hanya mampu bersabar ketika itu. Dia sudah mengetahui bagaimana sikap Encik Syafik. Yusuf juga memintanya untuk menjauhi Encik Syafik jika di hospital. Tetapi sekarang dia perlu memujuk Encik Syafik untuk kekal di situ.

"Saya berdiri dekat sini sebagai menantu abah. Saya harap abah dengar nasihat Dr. Irfan. Tunggu sehingga Abah dibenarkan untuk balik. Jangan buat hal seperti ini sebab ianya dah menganggu ketenteraman pesakit lain. Kalau abah tak nak dengar cakap Dr. Irfan, at least abah fikir tentang diri saya dan Yusuf. Jangan malukan kami berdua" tutur Umay dengan lembut.

Encik Syafik lantas tersentap. Dia tidak sangka Umay akan menegurnya seperti itu. Terasa air mukanya jatuh ke lantai.

"Kesihatan abah pun tak berapa baik. Jadi jangan susahkan keadaan. Saya tak nak Yusuf sedih bila dia tahu abahnya sakit. Jangan lukakan hati Yusuf. Itu sahaja saya minta. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum"

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now