BAB 18 🍁

17.1K 1K 98
                                    

Yusuf baru sahaja selesai memeriksa kawasan sempadan dan juga kawasan letupan. Pada hari itu, terlihat tiada lagi tanda-tanda penceroboh mahupun musuh luar. Semuanya kelihatan seperti sedia kala.

Yusuf bergerak ke arah bekas tapak dewan rakyat itu. Dari jauh dia dapat melihat Umay yang sudah berada di bawah khemah.

"Assalamualaikum Dr" sapanya terlebih dahulu.

Umay yang sedang mengisi nama di dalam dokumen itu menoleh ke kiri. Selepas melihat Yusuf di sebelahnya, Umay kembali memandang dokumen itu. Salam juga dijawab perlahan.

Yusuf yang perasan dengan riak wajah Umay sudah dapat meneka. Pasti gadis itu tidak suka bertemu dengannya.

"Boleh saya tahu, macam mana keadaan pakcik semalam?" Soal Yusuf.

Walaupun dia sudah tahu bahawa pakcik itu selamat, dia tetap ingin bertanya. Dia mahu Umay sendiri yang memberitahunya.

"Alhamdulillah. Pembedahan tu berjaya. Terima kasih juga dekat Tuan sebab bantu kami" ucap Umay tanpa memandang ke arah Yusuf.

Yusuf yang mendengar suara Umay tersenyum tipis. Akhirnya keluar juga suara itu.

"Ada berapa orang lagi yang masih belum jumpa?" Soal Yusuf dan mengambil dokumen yang dipegang oleh Umay.

Umay yang terkejut dengan cara Yusuf hanya merengus kecil. Sakit pula hatinya.

"Tinggal 5 orang sahaja lagi" jawab Umay dengan wajah tegang.

"Alhamdulillah. Saya harap semuanya akan diselamatkan" ucap Yusuf dan meletakkan semula dokumen itu ke atas meja.

"Kalau Tuan takde apa-apa nak cakap lagi. Tuan boleh pergi, saya ada banyak lagi kerja nak buat" ujar Umay tanpa memandang ke arah Yusuf. Kental betul hatinya ketika itu.

"Asalkan kerja tu bukan untuk santau saya ya" perli Yusuf dan berlalu pergi.

Umay mendengar sindiran Yusuf hanya ternganga. Dia tidak sangka Shahim akan memberitahu Yusuf. Wajahnya terus berubah merah. Malu apabila tindakannya diketahui oleh Yusuf.

"Tak guna punya Tuan Im. Tak boleh simpan rahsia" bebel Umay sendiri.

🍁

Naufal melepaskan nafas lega saat nama Umay tertera di dalam senarai nama sukarelawan HKL yang terselamat. Lega hatinya apabila mengetahui Umay dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sukarelawan yang dihantar ke sana iaitu sebanyak 20 orang. Dan semuanya selamat dan ada di antara mereka memerlukan rawatan di Hospital.

"Alhamdulillah. Mujur semuanya baik-baik je" ucap Nuha yang kebetulan berada di situ juga.

"Umay ada call kau ke?" Soal Naufal kepada Nuha.

"Setakat ni memang takde. Aku cuba call dia pun tak bersambung. Mungkin takde line dekat sana" balas Nuha.

"Aku harap macam tu la. Bila la dia orang nak balik" ucapnya dengan nada sedikit merungut.

"Selesai kerja dia orang dekat sana, dia orang balik la sini. Kita doakan je la yang urusan dia orang dipermudahkan. Kau pulak yang nak merungut kenapa?" Tegur Nuha.

Dia tidak suka dengan sikap Naufal. Naufal kelihatan seperti pentingkan diri sendiri. Sikap selfishnya itu juga kadang membuatkan doktor dan jururawat yang lain tidak mahu berjumpanya.

Tetapi jika Naufal bersama Umay, sikap Naufal lantas berubah. Seperti orang baru. Layanannya kepada Umay juga berbeza.

"Aku cuma risaukan si Umay. Kalau jadi apa-apa kan susah. At least call la cakap diri tu selamat" bebel Naufal.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Where stories live. Discover now