SPECIAL BAB 1 🍁

17K 998 111
                                    

Umay duduk di bangku luar chalet tersebut. Penat tubuh dapat dihilangkan dengan berehat di situ. Angin pantai yang agak lembut juga membuatkan badannya berasa sedikit segar.

Tiba-tiba muncul Yusuf di sebelah dengan membawa segelas air susu.

"Nah sayang" hulurnya dengan sebuah senyuman.

"Terima kasih Encik Suami" balas Umay dan meneguk sedikit air susu itu.

"Mesti awak rasa lega kan dapat berehat"

"Sudah semestinya. Tapi saya juga risau tinggalkan dia orang dekat rumah. Awak rasa boleh percaya ke dekat anak buah awak semua tu?" Soal Umay dengan nada teragak.

"Boleh tak boleh. Itu dah arahan saya untuk dia orang. Saya tetap nak dia orang jagakan untuk kita" balas Yusuf dengan nada serius.

"Saya pula yang rasa serba salah"

"Jangan risau, Umay. Saya bawa awak pergi bercuti sebab nak awak rehat. Awak dah terlalu banyak bekerja. Tambah lagi dengan jaga anak. Apa salahnya berehat untuk tiga hari" pujuk Yusuf.

"Hmmm. Kalau macam tu, kita call dia orang boleh tak. Saya tak senang duduk pula" luah Umay.

Pertama kali dia meninggalkan anak kembarnya itu dalam masa yang agak lama. Lagi pula, kembar tiga itu baru sahaja berusia setahun. Usia yang cukup aktif bagi mereka.

"Saya dah try call Im tadi. Tak diangkat call saya. Mungkin tengah busy menjaga" balaa Yusuf.

"Umay jangan risau. Kalau negara ni pun dia orang boleh jaga, tak kan anak kita tak boleh kan. Sekarang ni, saya nak awak layan saya sahaja. Kita enjoy dan rehat secukupnya dulu. Boleh kan sayang?" Pujuk Yusuf dengan nada suara yang dilembutkan.

Umay yang mendengar kata-kata Yusuf lantas termakan. Dia cuba untuk mempercayai anak buah Yusuf dalam menjaga kembar tiga itu. Umay hanya mampu berdoa supaya semuanya baik-baik sahaja.

🍁

"Woi Naim!!" Sergah Shahim dari arah belakang.

Naim yang sedang tekun membancuh susu terus terkejut. Nyaris sahaja botol susu itu jatuh ke atas lantai.

"Kau asal sergah aku tiba-tiba?" Amuk Naim.

Dia sudahlah pertama kali membuat susu botol. Tiba-tiba pula si Shahim menyergahnya dari belakang. Hampir luruh jantung.

"Yang kau lama sangat buat susu tu kenapa? Kau buat susu ke atau masak nasi goreng. Dah lebih 10 minit aku tunggu dekat depan" bebel Shahim.

"10 minit je kot. Itu pun dah bising. Kau ingat senang ke nak buat benda ni. Kena ikut sukatan yang betul tahu tak" balas Naim dan menayangkan botol susu itu.

"Kalau aku sebat kau Naim. Tak kahwin kau nanti" nada suara Shahim mula seperti mahu marah.

Setakat letak susu tepung ke dalam botol dan letak air. Semua orang boleh lakukannya dalam masa yang singkat. Tetapi bukan kepada Naim.

Boleh pula Naim menaip cara-cara membuat susu bayi di Google Chrome. Macam manalah si Shahim tidak angin.

"Kau pergi jaga budak-budak ni sebelum aku sumbat botol tu dekat mulut kau. Biar aku yang settlekan" arah Shahim dan merampas botol susu daripada tangan Naim.

Naim lantas mencebik. Sakit juga hatinya apabila dimarahi oleh Shahim. Ada sahaja yang tidak kena.

Naim yang memandang ke arah Haffaz dan Hayder hanya mengeluh. Hidupnya benar-benar akan letih pada hari itu.

SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1Onde histórias criam vida. Descubra agora