Part 1

2K 54 3
                                    

DIA melangkah dengan penuh bergaya di balai ketibaan KLIA. Cermin mata hitamnya dibuka. Senyuman di bibir menghiasi wajahnya.

'Finally aku sampai pun Malaysia' gumamnya dalam hati. Selepas dua minggu dia berada di Bali untuk shooting terakhir drama terbarunya 'Unconditional Love'.

Dia melihat kearah belakang. Manajernya sedang menarik luggage nya. Dia meneruskan langkahnya tanpa menghiraukan orang ramai yang dari tadi memandang ke arahnya. Lantaklah. Kisah apa aku.

Langkahnya yang laju tadi tiba-tiba berhenti. Skrin besar dihadapannya dipandang dengan wajah tak puas hati. Dia melihat seorang perempuan yang sedang di interview oleh wartawan. Dia mengetap gigi. Tangannya digumpal.

"Fuck!!"

"Cik Amina, okey?" Tanya manajernya, Aidil. Dia memandang sekilas ke arah Aidil tanpa menjawab pertanyaan itu.

Matanya berair kerana terlalu marah. Cermin mata hitam ditangannya dipakai. Langkahnya melaju ke arah kereta tanpa menghiraukan Aidil.

Badannya terus membolosi kereta yang sudah sedia terparking di hadapan klia itu. Tabnya dibuka. Article tentangnya dibaca satu persatu. Dia berdecit. Dadanya berombak.

Bunyi hentakan pintu kereta mengejutkannya. Aidil sudah masuk ke tempat pemandu. Seat belt dipakai. Belum sempat kereta bergerak, Amina bersuara.

"Aidil. Kalau wartawan call untuk interview I, you jangan jawab. I tak nak nanti muncul article pelik-pelik pasal I. You tahu kan wartawan ni macam mana? Suka putar-belit fakta." ujarnya kepada Aidil. Article tentangnya menjadi trending sekarang ini apabila postingan yang dibuat olehnya menjadi viral sejak kelmarin. Dia telah membuat postingan bahawa Belle Aulia iaitu pelakon yang semakin sensasi itu telah berpura-pura baik didepan publik. Dia memang benci Belle sejak dulu lagi. Sejak mereka masih sekolah.

"Baik, cik."

Dia menyambung membaca komen-komen netizen yang dilemparkan kepadanya. Majoritinya semua hate comments. Dia mengeluh. Tabnya diletakkan diatas riba. Pandangannya dilemparkan ke arah luar tingkap. Fikirannya menerawang kejadian dulu. Detik-detik dimana dia mula membenci Belle.

Langkah dia diatur memasuki kelas. Dia melihat Belle duduk bersama-sama geng perempuan yang glamour dan kaya dalam kelas. Langkahnya mendekati Belle.

"Belle, kenapa kau buat macam ni kat aku.. Apa salah aku sampai sanggup kau buat macam ni dekat kawan kau sendiri?" Belle bangun dari duduknya. Pandangan bengis ditunjukkan.

"Kau tanya aku? Sepatutnya kau tanya diri kau sendiri. Sesuai ke kau nak berkawan dengan aku. Dah la hodoh. Gemuk pula tu. Ada hati nak berkawan dengan aku. Kau memang tak sedar kan selama ni aku tak pernah suka pun berkawan dengan kau." gelak ketawa pelajar-pelajar memenuhi ruangan kelas. Belle tersenyum sinis. Tangannya memeluk tubuh.

"Selama ni kau anggap aku, apa?" suaranya sudah bergetar-getar menahan tangis.

"Sampah.. Maybe sampah kot. Sebab tu la Ziyad pun buang kau. Sebab kau dengan sampah sama je. Takde beza pun. Dua-dua untuk dibuang." air matanya menghiasi wajahnya selepas mendengar ucapan Belle tadi.

"Lepas ni kau jangan cuba-cuba nak rapat dengan aku lagi.. Aku jijik." ucap Belle sambil menggosok-gosok kepala Amina. Kawan-kawan Belle semua tersenyum sinis kearahnya.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now