Part 20

781 26 0
                                    

BUNYI tangisan memenuhi ruang kereta. Ryan hanya memandang Amina yang sedang menangis. Tangan Amina menutup mukanya yang sudah lencung dengan air mata. Badannya sedang bergetar-getar ketakutan.

"Are you okey?" tanya Ryan sambil menggosok-gosok belakang Amina bagi meredakan tangisan.

"I takut. I tak tahu nak buat apa. I tak sangka yang I akan tengok benda tu. I tak pernah tengok benda tu depan mata I sendiri. I takut. I takut diorang akan bunuh I macam mana diorang bunuh pakcik tu. I tak nak mati." Amina masih lagi tersedu-sedu dengan tangisannya.

"I takut diorang tahu siapa I. I takut diorang buat benda yang sama dengan apa yang diorang buat dekat pakcik tu."

Amina pandang Ryan disebelahnya. Tangan Ryan dicapai sebelum digengam kemas.

"Ryan you kena selamatkan I. I tak nak mati. Kalau you tak nampak I dalam seminggu, you terus report polis tau. Mungkin masa tu I dah kena tangkap dengan diorang. You kena report polis cepat-cepat tau. I tak nak mati dekat tangan diorang." ujarnya dalam esakan.

"Shhh...Dah. Stop nangis. You dah selamat sekarang." tubuh Amina di tarik masuk dalam pelukannya. Belakang gadis itu digosok-gosok untuk meredakan tangisannya.

"Tapi laki tu tak selamat, Ryan." Amina mendongakkan kepalanya memandang Ryan. Air mata Amina dipipi sapu bersih.

"Dah, you lupakan apa yang you tengok tadi." pujuk Ryan lagi.

"Tak semudah tu, Ryan. I nampak dia kena tembak. Depan mata I Ryan. Macam mana you boleh suruh I lupa kan, Ryan. You takde dekat tempat I." sambil menyembamkan kepalanya didada Ryan.

"I tengok jugak tadi." jawab Ryan sambil mengelus-ngelus rambut Amina. Amina mendongakkan semula ke wajah Ryan. Dahinya berkerut.

"Kalau you tengok jugak sepatutnya you tahu perasaan I."

"Okey sekarang ni apa kata I hantar you pulang dulu. Lepas tu you tenangkan diri you dulu, okey?" cadang Ryan sambil meleraikan perlukan mereka. Kedua-dua bahu Amina dipegang. Senyuman diberikan kepada Amina.

"Adik I... Adik I masih dalam club." Ryan berfikir sejenak.

"Okey macam ni. Apa kata I ambik adik you lepas tu kita balik?" cadang Ryan sambil menyelitkan rambut Amina dibelakang telinganya.

"Kereta I?"

"Esok I suruh member I ambik. Bak sini kunci kereta you." minta Ryan. Amina terus menyelongkar beg tangannya lalu mengerahkan kunci keretanya kepada Ryan.

********************

"PIHAK polis telah menjumpai mayat seorang lelaki yang disyaki telah ditembak dua kali di bahagian kepala. Mangsa yang dikenali Abdul Hakim bin Abdullah yang berumur 41 tahun itu telah dipercayai mati di tempat kejadian sekitar pukul 12 hingga 1 pagi semalam. Pihak polis juga tidak dapat mengesyaki motif pembunuhan ini. Orang awam dimaklumkan sesiapa yang mengandungi maklumat tentang kejadian tersebut sila laporkan kepada pihak polis berdekatan. Saya Nur Suhaida Hasan melaporkan."

Berita di televisyen itu telah memaparkan kejadian semalam. Kejadian pembunuhan yang di saksikan sendiri olehnya.

Dia mundar-mandir di ruang tamu. Dia tak tahu apa yang patut dia buat sekarang. Adakah patut dia melaporkan hal ini kepada pihak polis. Kalau dia lapor, macam mana pulak kalau dia akan diculik dan dibunuh seperti lelaki semalam tu. Tidak... Tidak... Dia tidak boleh melapor.

Fikirannya semakin berserabut dengan kes ini. Kuku jari tangannya digigit. Dia keliru. Apa keputusan yang dia patut ambik.

"Apa aku patut buat." gumamnya sendirian.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now