Part 2

1K 37 6
                                    

Tangan Amina terus mencapai telefon bimbitnya yang berada disebelah katilnya. Matanya masih kabur ditenyeh beberapa kali. Jam ditelefonnya dilihat. Terbuka luas matanya. Mendadak dia bangun dari katilnya.

"Shit. Kenapa Aidil tak call aku. Tak pasal-pasal aku lambat sampai set. Bodoh punya Aidil."Sambil kakinya terus berlari kedalam bilik mandi.

Keluar daripada bilik mandi dia terus ke almari mencari baju yang sesuai untuk dipakainya. Seluar slack pendek paras lutut berwarna lilac, baju t-shirt putih dan blazer berwarna lilac dicapainya. Selesai sahaja memakai pakaian dia terus ke meja solek untuk berdandam.

Dia lebih dikenali sebagai artis yang suka menggunakan make up yang tebal. Hal itu jugalah yang menyebabkan ramai yang tidak menyukainya kerana mengatakan bahawa dia sebenarnya berwajah hodoh. Tambahan lagi tidak ada seorang pun yang pernah melihat wajahnya tanpa make up.

Hal ini jugalah yang menyebabkan orang selalu membandingkannya dengan Belle Aulia. Belle mempunyai wajah kuning langsat, berkulit mulus malah tiada sebutir jerawat pun dimukanya. Belle juga tidak suka memakai make up tebal dan memilih solekan yang nipis. Malah jika dia tidak bersolek pun wajahnya sudah menyerlah.

Amina duduk di kerusi di hadapan meja soleknya. Pandangannya terus melihat diri sendiri sambil mengeluh.

"Kalaulah kulit muka aku secantik Belle mesti aku tak perlu make up kan." Keluhnya dihadapan cermin. Tangannya sudah mula mendandam dirinya sendiri sehinggalah dia puas dengan hasilnya.

Kakinya terus melangkah ke meja yang berada bersebelahan dengan katil untuk mengambil telefonnya. Nama Aidil dicari dalam contact nya lalu terus di call nya. Tak sampai beberapa saat panggilannya disambut.

"Aidil, kenapa kau tak kejutkan aku untuk shooting pagi ni! Kau tahu tak yang aku dah lewat sekarang. Kau pun batang hidung kau pun aku tak nampak lagi depan kondo aku asal? Kau dah rasa diri kau dah besar sangat ke sampai kau tak tepat masa datang rumah aku?" Marah Amina apabila Aidil tidak muncul-muncul didepan kondonya. Selalunya Aidil yang aku menelefonnya untuk mengejutkannya. Tapi hari ini Aidil tidak menelefonnya. Dah la dia ada slot untuk pagi ini.

" Wait, Cik Amina. Jangan marah dulu. Sebenarnya Cik tak ada shoot untuk pagi ni. Shooting ditangguhkan sebab cik kena rehat dulu sebab cik baru balik dari Bali kan. So, producer bagi cuti 2 hari sebelum start shooting balik." Terang Aidil panjang lebar.

"Kenapa kau tak cakap dekat aku awal-awal. Kalau tak takde maknanya aku nak bangun awal-awal macam ni." Keluh Amina tak puas hati.

"Saya dah mesej cik semalam. Maybe cik tak perasan kot." Senyap sekejap Amina. Dia terus membuka aplikasi whatsapp untuk memastikan betul ke yang Aidil sudah memberitahunya. Yes.... ada satu chat daripada Aidil yang belum dibacanya kerana dihantar pada pukul 12 malam manakala dia tidur awal semalam jadi dia tidak sempat membacanya.

"Ouh. Sorry-sorry aku tak perasan yang kau mesej aku semalam. Lain kali inform awal sikit kalau tak takde la jadi macam ni." Sempat lagi dia marah Aidil. Sebenarnya dia nak cover malunya kerana telah memarahi Aidil terlebih dahulu padahal terang-terangan salahnya.

"Okey, Cik Amina."

"Okey la... Kalau takde pape aku letak dulu." panggilan terus ditamatkan. Lalu dia terus memukul kepalanya sendiri.

"Bodoh. Asal aku tak tengok chat dulu. Tak pasal-pasal aku dapat malu depan Aidil." Lalu dia pun terus menuju ke dapur untuk membuat sarapan untuk dirinya sendiri.

Kabinet dapurnya terus dibuka. Satu bungkus roti diambilnya lalu diletakkan diatas meja. Dia terus mencapai cawan yang berada di rak untuk membuat air kopi. Itulah sarapannya setiap hari. Roti dan kopi kerana dia terlalu menjaga badannya kerana dulu sebelum dia menjadi pelakon tubuhnya agak berisi tetapi bukan gemuk. Jadi sekarang dia selalu memakan makanan yang kurang berlemak supaya dia dapat maintain kan tubuh badannya.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now