Part 50

1.2K 39 8
                                    

PUAN Mahiran berjalan perlahan-lahan menuju ke sekujur tubuh yang sudah kaku itu. Kakinya lemah. Jiwanya tak kuat apabila menerima perkhabaran yang anak perempuan kesayangan dia sudah tiada.

Hati ibunya luluh. Dia lemah. Perasaan dia sekarang ni semua bercampur baur. Sedih, menyesal, ralat semua ada. Tapi dia tahu. Dia tahu yang dia sudah terlambat untuk rasa semua tu.

Langkahnya sudah berhenti di sebuah sekujur mayat yang diletakkan di atas stroller besi itu. Kain putih yang menutupi muka itu diselak. Dada puan Mahiran berombak laju.

"Ya, Allah!!"

Lututnya lemah. Air matanya sudah bercucuran keluar. Kedua tangannya menutup mulutnya supaya tidak mengeluarkan sebarang esakan. Badannya terundur sedikit kebelakang.

Sekarang ni dia tidak dapat lagi sembunyikan kesedihan dia. Tubuhnya terjelupuk di atas lantai. Semua sendinya terasa lemah.

Tadi dia ingat dia kuat. Tapi dia tidak sekuat itu. Dia tak sanggup melihat wajah anaknya yang pucat lesi yang dah tak bernyawa. Hal itu membuat dia lemah.

Esakan keluar juga sehingga memenuhi ruangan itu. Ibu mana yang tak sedih melihat keadaan anak dia sekarang ni. Anak yang ditatang bagai minyak penuh akhirnya meninggalkan dia juga.

Satu-satunya anak kandung dia pergi terlebih dahulu sebelum dia. Tak guna kalau dia meratapi pemergian anaknya sekarang. Melina takkan pernah kembali lagi kepadanya.

"Ya, Allah anakku." kedua-dua tangannya menutupi bibirnya supaya tidak mengeluarkan esakan. Air matanya bercucuran keluar merembes pipinya. Nafasnya terasa tersekat di kerongkong akibat tangisan.

Ya Allah, kuatkanlah hambamu ini untuk menerima sebarang ujianmu. Sesungguhnya aku redha. Aku redha ya Allah jika kau ingin ambil anakku untuk menguji keimananku di dunia ini, ya Allah.

Ktak!!

Pintu ruangan itu dibuka kasar dari luar. Muncul Amina disitu bersama muka yang sembap. Dia terus meluru ke arah tubuh yang kaku itu. Belle juga turut masuk ke dalam ruangan itu selepas Amina masuk. Dia juga terkejut dengar perkhabaran itu. Macam tak percaya.

Amina terus meraung kuat selepas melihat keadaan Melina yang kaku tak bernyawa. Badan kaku itu digoncang-goncang supaya tubuh itu kembali sedar. Air mata yang merembes keluar di biarkan.

"Mel... bangun, Mel. Jangan tidur macam ni. Jangan prank aku macam ni. Tak lawak la, Mel." raung Amina.

"Kau janji yang kau nak bersama aku, Mel. Kau nak jaga aku. Semalam baru kau cakap yang kau akan selalu dengan aku. Hari ni kau dah pergi." suaranya bergetar-getar tahan tangis.

"Mana janji kau semalam, Mel? Mana?" esak tangisnya dia tahan. Dadanya terasa sesak.

Masih lagi dia ingat semalam masa mereka keluar pergi pantai, Melina ada janji untuk menjaganya. Tapi tak sampai dua puluh empat jam, perempuan tu sudah pergi.

Belle sapu air matanya yang bertakung di tubir matanya. Dia sebagai orang luar pun sedih. Apatah lagi kalau dia duduk di tempat Amina. Dia tak boleh bayangkan betapa hancurnya perempuan tu sekarang ni.

"Mel, bangun la. Aku janji yang aku jaga kau betul-betul. Aku janji yang aku akan turut apa yang kau nak. Aku janji aku bagi semua barang aku untuk kau pinjam. Aku janji yang aku takkan kedekut lagi dengan kau. Yang penting sekarang ni kau kena bangun." teresak-esak Amina nangis. Tapi Melina masih lagi tidak bangun.

Belle yang tak sanggup tengok keadaan Amina itu terus meluru ke arah Amina. Bahu itu dipeluk untuk meredakan tangisannya.

"Mel..." panggilnya lirih. Bibirnya dikemam supaya tidak mengeluarkan esakan.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now