Part 22

577 22 1
                                    

PAGI ini Amina ada meeting tergempar. Meeting mengenai pengambaran shooting dramanya iaitu drama 'Cinta Sejati' iaitu arahan daripada Dato Badawi Hasyim. Dia tahu apa yang hendak dibincangkan. Tak lain tak bukan pasal Farid Baihaqi. Faridkan hero dalam drama tu jadi shooting drama tu agak terganggu sedikit akibat daripada konflik lelaki itu.

Bukan itu sahaja, media sosial sudah kecoh mengenai isu itu. Malah ramai netizen-netizen di luar sama yang tidak percaya dengan isu ini. Ada yang mengatakan Farid difitnah. Ada juga mengatakan gimik semata-mata untuk mempromosi drama baru. Malah yang paling dia tidak boleh brain sekali adalah ada juga peminat-peminat tegar Farid membuat kempen derma untuk mengikat jamin lelaki itu. Diorang ingat ni kes kecil ke mahu ikat jamin? Ni kes pembunuhan tau. Bukan setakat tu je, Farid juga merupakan pengedar dadah terbesar dekat Malaysia ni. Memang tidak boleh diikat jamin la melainkan ke tali gantung saja.

Amina terus bergegas masuk ke dalam bilik meeting. Dia memandang sekeliling. Semua orang sudah sampai kecuali dia. Maksudnya dia orang terakhir yang hadir.

"Sorry I lambat. I ada hal sedikit tadi." kata Amina. Dato Badawi memandangnya dengan pandangan yang tajam. Mungkin bad mood.

"Duduk." arah Dato Badawi mendatar. Amina menundukkan kepalanya sebelum bergegas pergi duduk di salah satu kerusi kosong disitu.

"Sekarang sudah cukup kan?" Serius sahaja muka Dato Badawi memandang semua orang. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Dah." jawab semua orang dalam bilik meeting itu.

"Jadi kita boleh start meeting sekarang. Seperti yang kita semua tahu, artis penting dalam drama baru aku sekarang terlibat kontroversi. Bukan artis sampingan tau. Tapi watak utama dalam drama ni." kata Dato Badawi sambil berjalan ke hulu ke hilir.

'Tak reti duduk ke orang tua ni? Kalau dah tua buat la cara macam orang tua. Ni tak, dari tadi lagi berdiri. Tak sakit kaki ke orang tua ni? Kalau duduk kan lagi baik. Bukannya kalau duduk tak boleh bercakap.' Amina mengata dalam hatinya.

"Seperti yang aku kata dulu, sesiapa yang buat hal sebelum atau semasa selesai shooting, aku tak teragak-agak akan saman mereka. Bahkan ketika drama sedang ditayangkan pun, kamu semua tidak diperbolehkan membuat kontroversi murahan macam ni."

"Sekarang aku sudah rugi hampir 7 juta. Siapa nak bayar? Kamu semua nak bayar?!" marah Dato Badawi sambil menghempap meja dengan kasar. Terkejut beruk dia. Dadanya digosok perlahan. Kus, semangatnya.

Kalau nak marah pun, marah la Farid sorang. Kenapa nak babitkan semua dekat sini cemuhnya dalam hati sambil mencebikkan bibirnya.

"Korang tahu tak yang drama ni hampir 90 peratus siap. Tapi disebabkan perangai Farid yang bodoh tu habis drama aku rosak!!" Amina buat-buat pekak sahaja. Dia malas sebenarnya mahu mendengar leteran Dato Badawi ni. Buat sakit telinga sahaja.

"Korang tahu tak yang sekarang ni aku terpaksa cari hero baru dalam drama ni. Korang tahu tak yang kita terpaksa shoot balik scenes dalam drama ni. Berapa lama lagi kita nak habis kan masa untuk buat semua ni?!" Amina sudah mula berasa bosan. Dia melilau matanya memandang sekeliling. Tiba-tiba matanya terhenti tepat pada mata Amanda yang turut sama memandangnya. Amanda memandang tajam ke arahnya.

'perempuan ni dah kenapa pandang aku macam tu. Kalau tak puas hati, cakap la terus. Tak gentle la main pandang-pandang macam tu.' dia mencemuh dalam hati.

Akhirnya meeting selesai juga setelah lenguh punggung dia duduk diatas kerusi. Satu habuk pun dia tidak faham apa yang dikatakan oleh Dato Badawi. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tapi dia tak kisah pun sebab kalau ada benda penting mesti Aidil akan inform dekat dia memandangkan Aidil juga turut serta dalam meeting tadi.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now