Part 14

559 25 0
                                    

PINTU bilik Melina dibuka. Melina tiada di katilnya. Pelik. Pagi-pagi Mel bangun. Tiba-tiba dia terdengar seperti orang sedang muntah di dalam bilik air.

"Mel!!"

Langkahnya terus meluru ke arah bilik air. Pintu bilik air dirempuh kasar. Dia melihat Mel sedang membongkokkan badannya di sink. Mel kelihatan terkejut melihatnya.

"Kau okey, Mel? Dia terus melangkah ke arah adiknya lalu menggosok belakang adiknya itu.

"Aku okey."balasnya agak lemah.

"Kau kenapa ni? Kau sakit apa?" tanyanya penuh khawatir. Muka adiknya agak pucat seperti orang sakit parah sahaja.

"Perut aku masuk angin je la. Kau tak payah la risau." jawab Melina sambil memegang abdomen belah kanannya.

Melina terus keluar dari bilik mandi diekori oleh Amina dibelakang. Dia terus merebahkan badannya ke atas katil.

"Kau nak apa pagi-pagi buta dah tercegak dalam bilik aku ni?" tanya Melina sambil menarik duvet membungkus badannya.

"Aku nak ajak kau pergi jogging sebenarnya. Tapi tak jadi tengok keadaan kau macam ni." Melina hanya mengangguk.

"Pucat sangat muka kau ni. Jom la pergi klinik. Mana la tahu ada apa-apa ke?" ajak Amina apabila melihat keadaan adiknya yang agak lemah.

"Tak payahlah. Kau boleh keluar aku nak rehat ni." Melina cuba menutup matanya.

"Aku tak kira. Aku nak bawak kau pergi klinik jugak." Amina terus mencapai beg tangan Melina yang berada di atas meja solek.

"Kau tak payah la sentuh barang aku!!" terkejut Amina dengan jerkahan adiknya itu. Melina terus bangun daripada katil lalu terus merampas beg tangannya yang berada dalam pegangan kakaknya itu. Rampasan terlalu kasar menyebabkan semua barang yang berada dalam beg itu jatuh bersepah.

"Mel. Kau kenapa ni?" tanyanya agak musykil apabila melihat perubahan perangai adiknya. Dia melihat adiknya mengutip barang-barang yang bersepah atas lantai. Melina terus berdiri memandang kakaknya.

"Keluar!!" arahnya sambil menunjuk ke arah pintu. Matanya merah menandakan yang dia sedang marah.

"Mel, kau ada sorok sesuatu dari aku ke?" tanyanya lagi apabila dia melihat seperti Melina menyorokkan sesuatu di belakang badannya. Seperti botol kecil yang berwarna putih.

"Aku cakap keluar. Keluar lah!!" Dada Melina sudah berombak kencang.

"Okey, aku keluar. Kalau ada apa-apa kau panggil aku. Aku ada dekat bawah." akhirnya Amina terpaksa juga mengalah dengan perangai adiknya.

********************

FIKIRANNYA asyik terfikir kejadian tadi. Kenapa perangai Mel macam tu. Semalam Mel macam okey je. Mel ada sorok apa-apa dari dia ke. Selalunya Mel akan cerita semua benda dekat dia. Tapi kali ni macam pelik. Adiknya nampak seperti orang sakit je tadi. Atau mungkin adiknya sebenarnya mengandung? Dia muntah-muntah sebab morning sickness kot.

Ishhh..

Minta dijauhkan lah. Takkan lah adiknya mahu membuat benda itu. Tak mungkin... Tak mungkin..

Dia masuk ke dalam bilik adiknya semata-mata mahu mengajak adiknya berjogging di taman. Tapi niatnya dibatalkan apabila melihat keadaan adiknya seperti itu. Takpe la dia berjogging seorang pun apa salahnya.

Dia terus mencari tempat duduk untuk berehat. Apabila jumpa dia terus menuju kearah kerusi tersebut lalu melabuhkan punggungnya disitu. Peluh dilehernya dilap lalu membuka air mineral untuk diminum.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now