Part 7

765 30 1
                                    

"HUH." Telefon ditangannya dilemparkan ke atas meja di hadapannya. Dia memandang ke hadapan dimana kru-kru sedang sibuk shooting salah satu babak yang ada di drama di drama 'Cinta Sejati' sambil memeluknya tubuhnya. Mukanya masam. Drama yang dibintanginya itu akan ditayangkan pada tahun hadapan itu.

Babak itu tidak memerlukan keterlibatan dia kerana itu untuk babak heroin bersama hero drama tersebut. Manakala dia pula hanyalah diberi watak orang ketiga. Dia disuruh berehat di dalam khemah terlebih dahulu sebelum menunggu babaknya nanti.

Aidil yang melihat keadaan Amina itu terus bergegas datang ke arahnya.

"Ada apa yang boleh saya bantu?" Tanya Aidil apabila melihat mood tidak baik bosnya itu. Amina terus menunjukkan kearah telefon bimbitnya.

"Kenapa video tu boleh viral?" Sambil memandang wajah Aidil yang sedikit ketakutan. Aidil melihat ke arah telefon itu.

Video semasa dia jatuh ke dalam kolam dan diselamatkan oleh Ryan. Sekarang ni dia sangat malu. Tidak tahu pula ada yang merakam dia semasa jatuh pada malam itu. Muka dia sangat hodoh masa itu dimana rambutnya berserabai, maskaranya cair dan yang paling memalukan adalah dimana dia terjatuh semula ke atas lantai selepas cuba untuk berdiri.

Lantai agak licin kerana lantai itu basah apabila air ditubuhnya itu terkena lantai. Ahhhh.... Mana dia nak sorok mukanya ini.

"Saya tak tahu cik Amina. Mungkin orang yang rakam ni yang viralkan." Jawab Aidil.

Jawapan Aidil membuatnya semakin marah.

"Memang la orang yang rakam tu yang viralkan. Kalau tak, siapa lagi! Bodoh!"Marahnya.

"Dah la pergi sana. Aku nak duduk sendirian kat sini." Halaunya. Aidil pun terus melangkah pergi dari situ.

Babak untuk hero dan heroin itu sudah selesai. Mereka melangkah ke dalam khemah di tempat dia berada sekarang untuk berehat. Dia melihat wajah hero dan heroin itu sudah tersenyum sebelum si lelaki itu menyelitkan rambut si perempuan itu ke belakang telinga. Tisu diambil lalu disapu pada dahi si perempuan itu untuk mengelap peluh perempuan itu. Perempuan itu hanya tersenyum malu.

'Menyampah.'

Siapa yang tak kenal dengan couple artist dua orang ini iaitu Amanda Watson dengan Farid Baihaqi ini. Mereka dikatakan sudah bercinta selama 2 tahun setengah dan menjadi pasangan artis yang paling terkenal di Malaysia kerana mereka dikatakan serasi bersama. Mereka juga dikatakan pasangan couple yang paling diimpikan oleh semua orang kerana dikatakan lelaki itu sangat sweet dan sangat memahami pasangannya.

Dia tahu kenapa pengarah memanggil dua orang ini untuk berlakon drama ini. Tak lain tak bukan kerana pasangan ini paling hot dan famous di Malaysia. Manakala dia pula artis sensasi yang tak pernah lepas dari kontoversi. Mungkin inilah strategi untuk menaikkan rating drama.

Dia pun dipanggil untuk melakukan satu babak dimana dia harus berpura-pura jatuh dan memeluk watak hero itu. Farid terus memegangnya supaya dia tidak jatuh. Dia pun terus memandang muka Farid. Farid juga memandang wajahnya. Slow motion.

"Are you okey?" Tanya Farid.

"Ya, I'm okey."

Sambil membetulkan badannya. Pelukan dibadannya di lepaskan. Selepas itu dia berpura-pura jatuh semula.

"Kenapa ni? Terseliuh ke?" Farid cuba untuk memeluk pinggang Amina supaya tidak jatuh.

"Tak tahu lah. Kaki I sakit sangat. Mungkin terseliuh kot. You boleh tolong bawa I kat situ tak?" Tanya Amina dengan gedik sambil menunjukkan kearah kerusi yang terdapat di taman itu.

Tanpa balasan Farid terus mencempung badannya ala bridal style menuju ke arah kerusi. Badannya diletakkan disitu. Farid menundukkan tubuhnya lalu memegang kaki yang dikatakan terseliuh tadi. Kakinya dibelek.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now