Part 47

952 36 2
                                    

"AKAK, boleh Mel masuk?" Melina jenguk ke dalam bilik kakaknya. Dia runsing sebenarnya. Dari pagi lagi kakaknya tidak keluar bilik. Makan pun tidak. Sejak kejadian tu, susah dia mahu lihat wajah kakaknya sendiri walaupun mereka tinggal satu rumah.

Amina sudah tidak tinggal di kondo lagi memandangkan rumah Ryan disebelahnya. Amina tidak mampu lihat perempuan lain yang keluar dari rumah Ryan. Bukan dia lagi.

"Aikk, takde?" gumam Melina sendirian apabila kelibat kakaknya tiada di dalam bilik.

Dia menguakkan pintu bilik dengan lebih luas. Kakinya mengorak masuk kedalam ruangan itu. Dia lihat pintu sliding door terbuka luas. Dia terus berjalan ke arah balkoni bilik itu.

Tepat sangkaannya. Kakaknya sedang termenung di situ sambil duduk di atas kerusi malas. Dia mengambil tempat di sebelah perempuan itu.

"Kau okey?" tanya Melina. Amina pandang wajah Melina sekilas dengan wajah sembap. Matanya bengkak. Muka pucat. Macam orang sakit.

"I'm okey." balas Amina sambil menghadiahkan senyuman tipis.

"Kau sakit ke ni?" tanya Melina risau. Muka kakaknya jelas menunjukkan yang dia tak okey. Macam mayat hidup pun ada.

"No. I just tired." balas Amina lemah. Dia penat untuk fikir tentang kehidupan dia sendiri. Penat dengan dunianya.

Melina menghela nafas berat dengar balasan kakaknya.

"Berehat la dulu kalau penat. Berhenti fikirkan semua tu."

"Tapi.." belum sempat Amina habiskan bicaranya, Melina sudah mencerah.

"Tak semua benda harus selesai hari ni, kan?" tanya Melina lembut. Amina diam sejenak.

"Hati aku sakit. Mungkin ada luka. Tapi aku tak tahu luka kat bahagian mana." kata Amina.

"Lepaskan semua orang yang buat kau sakit. Orang tu tak layak untuk dapatkan perhatian kau pun." ujarnya. Berharap kakaknya cepat sedar dan bangkit semula macam dulu lagi.

"Tapi aku tak sanggup." balas Amina lemah.

"Why?"

"Aku terlalu sayang dia. Sampai aku lupa cara untuk buang dia dalam hidup aku." balas Amina.

"Dia alasan kenapa aku happy selama ni. Dia alasan kenapa aku bangkit untuk teruskan langkah aku. Dia yang ada time aku jatuh." sambungnya lagi. Melina sudah mengerutkan keningnya tidak percaya.

"Really, akak?" tanya Melina tak percaya. Habis tu selama ni dia apa? Tunggul? Dia yang selalu ada dengan perempuan tu. Bukan Ryan. Ryan baru je hadir dalam hidup kakaknya.

"Cuba kau tengok keadaan kau sekarang ni. Sekarang ni kau tengah jatuh tau. Ada dia kisah ke? Dia ada ke dengan kau sekarang ni? Dia dah takde, kak. Dia dah tak kisah langsung dah pasal kau. Mel je ada dengan kau sekarang ni. Kau tak boleh nampak ke? Ke kau memang tak pernah nampak aku sebelum ni?" marah Melina. Bengang dengan kakaknya.

"Tapi aku tak boleh hidup tanpa dia."

Melina hembus nafas perlahan. Bercakap dengan kakaknya sekarang perlukan kesabaran yang tinggi. Dia pun perlu sedar yang keadaan kakaknya tidak stabil. Jadi kakaknya juga tidak dapat berfikir dengan waras.

"Dah habis dah akak nak cerita pasal dia?" Amina diam. Tidak balas pertanyaan Melina.

"Macam mana kau boleh sayangkan dia kalau dengan kau sendiri dia buat macam ni? Macam mana kau boleh sayang dia jika kau saja hanya jadi alat untuk penuhi kehendak dia? Macam mana kau boleh sayangkan dia sedangkan dia tidak pernah inginkan kau selama ni?"

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now